BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jul 29, 2009

Pengajian Am - Korang dapat berapa??

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.

Jul 28, 2009

Kisah Hantu 'Ceplos- Mana Hantu??'

Sekarang ni banyak tul kisah hantu kat dalam tv, filem dan media massa. Perghh hebat tul kalau bab hantu setan ni dalam masyarakat Melayu. Semua kejadian tu memang wujud dan memang dibuktikan kewujudannya atas mukabumi ini. Masalahnya sekarang mengapa ramai orang nak 'menjernihkan' hantu tu daripada perangainya yang memang buruk tu.
Ok contoh terdekat sekarang ialah drama hits 'Ceplos' yang menunjukkan hantu tu baik dengan menolong orang atau tuannya. Baik sungguh penerbit tu dengan mensuci murni perangai setan jadi baik. Kesannya kalau orang x fikir langsung adalah setan ni boleh buat kawan le. Dah jadi cam kartun orang putih 'Casper' dimana hantu a.k.a setan tu baik dengan tolong orang. Memang pelik tul le kenapa kita juga nak ikut cam orang putih tu. Kalau dah setan tu tetap le setan, memang jahat walau buat, pikir, ubah, repair camanapun. Dulu ada cerita 'Anak Pontianak' yang menunjukkan pontiak tu baik dengan menolong orang. Hahaha memang lawak le pontianak tu cam 'Hulk' boleh tuko2 rupa nak lawan orang jahat. Mujurle 'anak pontianak' tu kira lawa le juga bole le tenguk tambahan pulak kalau dia x pakai baju....hahahaha. Camtu le obsesnya orang kita dengan hantu, setan, jin sampai makhluk camtu tu pun nak dipulihkan akhlaknya.
Sedihnya anak-anak kita pun suka bebenor tengok cerita camtu. Habis pemikiran 'kain putih' anak kita diconteng2 dengan warna hitam dan kelabu. Kalau mungkin nanti dia orang dah besar boleh pikir menda camtu salah tetapi obsesnya pada hantu tentu ada ada. Jadi le dia orang cam kita ni apa salahpun semua hantu. Duit hilang kata toyol, accident kereta kata nampak hantu padahal dah ngantuk. Kalau hantu tu ada persatuan tentu dia orang hantar memorandum bantahan sebab semuanya salah dia orang.
Generasi kita dimomokan dengan takut pada hantu. Jgn jalan waktu senja nanti disorok hantu kopek. Jgn jawab salam nanti ada hantu kum-kum. Jgn mandi lama nanti ditarik hantu air. Semuanya x boleh sampai kita jadi takut. Pastu kalau nak terkucil waktu malam kena le gerak orang tua sebab takukan hantu. Kita juga kena marah sebab ajak dia orang temankan ketandas yang jauh dari rumah. Hahahaha....semua salah, memang pening kepala. Tapi persoalannya ada ke orang mati kena cekik dek hantu?? Cuba gak cari jawapan tu tapi x pernah jumpa le.
Kepercayaan kepada perkara ghaib tu memang boleh tapi xmau le melampau2 sangat sampai hidup kita ni seolah2 'diselubungi misteri nusantara'. Semua berpaksi pada menda ghaib, hantu, setan wat apa pun. Kita ni sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T untuk menjadi khalifah dimukabumi ni. Apa le hantu setan tu sampai kita takut sangat dan terjajah oleh kengerian terhadap makhluk tu.

Jul 24, 2009

Reunion USA '87 - Jejak Kasih 2009

Anda mengenali sidia ini??? Comel betul.....ahak's.

Tinggalkan pesanan anda di sini untuk dijejaki tapak kakinya itu....wakakaka
Tidak ditemui hampir 22 tahun!! Tentu lagi membesar

Jul 23, 2009

Koleksi Lawak

Ibu Muda Dan Doktor
Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.
"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak."
"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis.


Kisah Penjual Kuih

Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuahperkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuihtinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuhkain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kaintersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.

Dari jauh,pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yangberwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanitaitu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek denganmendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengandahsyat sekali.

Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanitatersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa Puan?" Dengan selamber wanita itu menjawab..."....yang tinggal cuma karipap dan pulutpanggang aje..."


Bilik No. 36

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 36 ada pesakitnya.

Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 36 itu kosong.

"Bagus sekali!" kata lelaki tersebut. "Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!"


TEKA AYAM

Ajoi : "Apa yang engkau bawa tu?"
Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat.. kesemua
dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"
Ajoi : "Emmmm.. tiga kot..?"


DIET


Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet. Doktor berkata kepadanya... "Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong... " Lelaki menjawab... "Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"



PERKAHWINAN KERABAT


Ajoi adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah... . Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira.. Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... Secara tidak disengajakan Ajoi telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah... Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah.. "Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin... ?"

Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab.. "Ajoi.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja... .. Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama... . sedangkan awak bukan kerabat saya Ajoi... ."


Jul 19, 2009

Reunion USA '87 - Jejak Kasih 2009

Semalam 19/07/2009 perjumpaan dengan member2 lama kat Roti Segar Titi Gantung. Kehadiran Mior Zaidi, Salim, Latif, AK, Li Kecik a.k.a Kaloi, Mi Nusi, Khairul Anuar (Haji). Memang best kalau jumpa kwn2 lama ni sbb keluar le citer lama semasa muda remaja ari tu. Satu lagi syok tengok kwn2 sbb setengah tu cam mengandung 3 bulan kerana perut yang membuyut. Tapi paling ketara Latip sebab dah cam Sultan Azlan memutih salju rambutnya. Yg lain nampak cam maintain je terutamanya AK perghh sempoi cam dulu juga. Kita orang bincang le pasal reunion ni, so ketetapan dah diambil le secara dasar. Tarikh reunion : 26/09/2009
Tempat : Rest House Cempaka Sari, Parit
Masa akan ditetapkan nanti
Bayaran RM20.00 x bilangan keluarga. Sape yang bini 2 tu kena tinggi le charge...hahahaha
Jadi sesiapa yang berminat boleh le contact no aku(Nasir) -0194403103, Salim -0126789941, Mior Zaidi -0195706516, Latip-0195086952, Li Kecik-0194334559, Haji Khairul Anuar -0165629035, AK-0124862855, Mi Nusi(Tuan Presiden)-0125720409.
Sesiapa ada no contact member lain tu sila le inform pada salah sorang kwn kita. Sila panjang2kan mesej ni supaya majlis ni sukses! Pada tarikh 16/8/2009 satu lagi perjumpaan pra reunion akan diadakan dan ditaja oleh tokey khemah cap sardin iaitu Mior Zaidi dengan motto 'Sewalah khemah saya dan anda saya belanja'. Maybe kat Medan ikan bakar di area Manjung. So sape ada kelapangan datanglah beramai-ramai dengan perut kosong disamping kita makan dan membincangkan projek reunion nanti.

Jul 17, 2009

Reunion....USA SMIS

Salam...ISKANDARIAN!! Dimaklumkan bahawa Ahad ni 19/07/09 majlis walimatulurus...opps pra reunion nak diadakan kat Sri Iskandar dan ditaja oleh Salim yang handsome tu. Tempat akan diberitahu kelak dan dijangkakan pada pukul 10.00 pagi sebab petang tu aku ada hal nak gi dating...hahaha. So sape yang berminat nak gi jumpa sila le contact aku 0194403103 atau Salim (no cari sendiri). Salim kata nak ajak Hashan, Gee, Bonyo dan spesis cikgu2 yang lain (ramainya cikgu geng kita ni). Nak buat kat Pekan Parit x berapa best kata Salim sebab xde kedai makan kecuali Hailam Shamuk, kembang tengkuk kalau nak makan. Katanya kat Sri Iskandar ok ada le port yang sesuai. Lantakle Salim janji ko belanja kalau kat Tanjung Belanja pun aku ikut!!

Lepas perjumpaan tu nanti mungkin boleh ditetapkan kat mana reunion yang grand tu nak diadakan, maybe kat Langkawi ke!. Nanti kita minta Albanjari (Mat Pot) sponsor dengan Kopi Kajungnya tu.

Adios, jumpa kat Seri Iskandar.

IBC.....Part 4

Balik dari konsert Sweet Charity memang kat asrama dah kecoh sebab malam tu ada sport check nak cari budak yang keluar asrama. Alamak kantoi le camni!! Didapati 'geng2 jin' ni dah hilang kalau sorang tu kira halal le juga tapi ni dah ramai sangat kalau apa jadi haru biru juga Cikgu Mat Saad nak explainkan kat Pengetua. Tapi paling sentol sekali ada pulak jadi 'spy' pergi repot kat cikgu sapa yang menghilangkan diri pada malam tu. Semua nama-nama yang menghilang telah masuk senarai tapi nama aku x masuk pulak. Maybe aku budak baik kut jadi orang x sangka le sangat. Diulangi budak baik. Keesokan harinya operasi geng aku pun bermula untuk mencari 'spy' yang melapurkan pada cikgu Mat. Naya le bebudak semua ke pangil dan diberi penampar Jepun macam le dia orang yang salah padahal kita orang yang gatai keluar asrama. Dah le salah keluar asrama pegi tampar pulak bebudak jadi berganda2 salahnya tu. Memang kerat 4 mana nak mengaku bebudak junior tu, kalau mengaku ada kut yang jadi hilang ingatan. Habis tu Cikgu Zaman Penolong Kanan yang garang cam rimau tu dah tau sapa yang keluar asrama. Kena le panggil ngadap kat bilik Guru Besar dan dititahkan hukuman rotan serta kena keluar dari asrama mandotori berkuatkuasa serta merta. Hah...naya camtu sampai Cikgu Mat pun dah x boleh cover sebab kesalahan tu memang berat serta dicampur dengan dosa2 yang lalu memang xde ampun. Ya ampun!!....aku masih lagi selamat xkena keluar tapi Lan, Mi, Kucai, Ajak, Zali, Soid, Shahrul dah diperintahkan hincit dari asrama dengan kadar segera tanpa ada notis. Menung le aku sorang2 kat dalam asrama geng2 dah keluar dah macam orang gila talak semua x kena.
Kesan dari peristiwa tu aku hilang mood nak belajar dan sebetulnya aku memang dah kurang minat belajar dalam kelas 5 Sains 1 yang memang skema tu. Mana tak tensen tenguk dia orang duk ngadap buku aje lain benor dengan aku nak kecoh aje. So mana ada member yang baik cam aku ni kecuali Mior Azhar dia ni kira best juga ada gila le juga. Aku yang dari 4 Sains 2 dulu mana biasa belajar diam2 mesti kecoh punya dan happy. Kena pulak campur geng skema mana tak belah kepala aku mau koma 4 malam kalu buat cara dia orang asyik2 duk ngadap buku aje. Tu le sebab dia orang pandai kut duk baca buku je bukan cam aku yang prinsipnya 'janji bahagia'.
Satu hari tu aku ponteng kelas English cikgunya Puan Shashikala dan kena le panggil dengan dia. Dia punya le tanya dalam bahasa orang putih dan aku duk nganga je dengar dia cakap cam budak kampung belajar PPSMI . Lastly selamba je aku cakap' saya x faham apa cikgu cakap' bengkek semcm je cikgu ngan aku. So, dia pun dah xtau camana nak nasihat aku yang dah tensen nih disuruhnya aku gi ngadap Cikgu Zaman. Pastu nama ke annouce kat speker kenduri kawin kat sekolah pulak tu. Hampeh tul.... glamour le kejap aku masa tu. Dengan hati yang dap dip dup terpaksa le memberanikan diri jumpa Cikgu Zaman yang masa tu memang aku x suka lansung cam nak gi calar je kereta dia tu. Sebab dia ni suka rotan murid dan buh penampar. Bila dah ngadap tu apa lagi kena le kaunseling macam2 dipujinya aku tapi lastly berbirat juga tangan kena rotanlogi. Dia suruh aku sedar sebab katanya ada le can nak berjaya untuk masa deman dei bangsa dan nusa....citttt tetap juga aku kena rotan. Selesai je keluar bilik hukuman tu memang aku bengang gila dan malas nak masuk kelas yang aku rasa ntah apa2 ntah tu lalu terus masuk asrama gi tidur. Rupanya aku telah diskodeng oleh cikgu Zaman dari atas tengok kepontengan aku tu. Apa lagi menonong dia follow dan terus tangkap aku yang sedang memhibratekan diri atas katil asrama. "Kamu lagi yang buat salah!!" kata cikgu Zaman seolah terperanjat beruk pada hal memang dia tau salah aku tu. Lagipun memang dia tengah cari ada sorang lagi geng konsert yang x dapat dikesan maksudnya aku le tu. Notis 24 jam kena keluar asrama hari tu juga xde kesian. Aku yang memang duk tensen ni bukannya susah hati tapi lagi suka kena hincit dari asrama sebab kat luar tu dah menunggu geng2 aku. Adios le ASPURA SMIS....chow cin cau!!

Jul 13, 2009

IBC....part 3

Hampir separuh tahun hidup penuh dengan ceria masa duduk asrama tu. Memang 'happy gila' sebab semua perkara hendak dibuat maklumlah jiwa remaja. Takat lari hostel tengah malam pergi makan kat Restoran Tawakal tu dah jadi mainan biasa. 'Port'nya pulak bawah tangga pulak tu duduk sambil hisap rokok 'Duke' yang mahal tu. Mamak tu jual kira batang sebab sekotak kutu x ada duit nak beli. Maka jadilah 'jin bawah tangga' kalau lepak kat Tawakal dan mamak tu pun dah biasa sangat dengan muka kita org siap bagitau cikgu Mat ada datang nak ngole kat situ. Apalagi semua cabut dulu le dari kena tangkap. Dalam perjalan balik ke asrama apa yang jumpa tepi jalan tu kira kami punya le. Tebu, betik, durian dan apa saja spesis yang boleh mengenyangkan perut habis kena sebat. Kesian juga kat orang yang tanam tu tapi masa tu perut ni asyik nak berteman nak buat camana.

Tapi ada satu kes yang besar juga berlaku pada geng2 terutamanya Form 5 SMIS dan keseluruhan budak hostel pada tahun 1985 tu. Kes pergaduhan budak pengawas Cina ayng ada taekwando duk aksen dengan geng2 Melayu. Mulanya kes ni biasa aje cuma melibatkan segelintir bebudak aje bergaduh atas bukit dekat sekolah. Dari kes yang kecil ni mula melibatkan perasaan 'perkauman' apabila bercampur dengan orang luar yang nak jadi hero waktu tu. Boleh dikatakan semua budak hostel 'bersatu teguh bercerai roboh' bersama-sama dengan hero2 luar seperti Pejui, Ajak Bandar, Dollah Mamak serta spesis samseng sekolah. Bersungguh benar waktu tu nak bergaduh siap bawak kayu,besi, kayu hoki dan paling lawak Dollah Mamak bawa pemecah ais batu abang dia punya. Tak berniaga le abang dia ari tu!! Tapi mujur juga cikgu dapat tahu cepat dah terus setelkan masalah tu kalau tidak rasanya mau jadi kes berdarah juga sebab bilangan Cina dan Melayu semakin ramai pergi ke bukit dengan senjata masing2. Cikgu Mokhtar dan Cikgu Mat dapat selesaikan masalah dengan menenangkan kedua-dua pihak. Kalau tidak entahle maklumlah masa tu semua bukan fikir apa pun cuma nak gaduh je. Kami semua kena panggil dan dinasihatkan oleh Cikgu Mokhtar supaya bertenang tapi masa tu kepala duk pikir camana nak gaduh je. Dekat seminggu juga kita kat asrama berjaga atas nasihat cikgu Mat. Kami semua budak asrama berjaga sampai pagi dengan senjata seperti kayu hoki atas dasar keselamatan. Siap duduk bertenggek atas bumbung asrama mengawasi keadaan sambil hisap rokok....hahaha.
Cikgu Mokhtar sekarang ni pun kat PPD Perak tengah dah jadi ketua kat situ....patut le boleh setel problem ari tu sebab kepimpinan cikgu terserlah dah dari dulu lagi....cayalah.

Setelah tempoh berlalu sehingga pertengahan tahun maka tragedi berlaku pada geng hostel aku ni dan membuatkan semua jadi haru biru. Diberitakan satu konsert Sweet Charity nak diadakan di Pulau Tiga Kiri nun jauh lebih kurang 40 km dari Parit. Perghh...jauh gila le masa tu lagipun mana ada bas tengah2 malam ni gi sana. Tapi semua geng dah pakat juga nak pergi walau apa pun rintangan yang terjadi. Zaman 'Rock Kapak' baru je nak melanda masa tu sebab group Search pun baru satu album je ada. Group Sweet Charity ni kira otai rock le masa tu, so mana boleh lepas konsert nanti tak rock le. Bersemangat sungguh nak pergi waktu tu tapi masalah nak naik apa pergi sana?? Bas memang dah takde waktu malam camtu. Motor pulak sapa yang ada pun? Harapkan Zali budak Bota je ada dengan Honda Fame Belalang tu. Motor pulak tu dah kena jeck kat seat dia kasi tonggek cam belalang cam tak bagi orang tumpang je. Orang nak pergi ramai tapi motor ada sebijik je mau le roboh kalu semua pergi celapak juga. Tapi ialah dah namanya intelligent semua boleh jadi punya. Ada kawan2 sangup balik kampung amik motor ayah walhal motor tu nak wat gi menoreh. Aku apa yang ada cuma boleh tumpang aje le tapi bagi le duit minyak kalau tak gerenti kena tinggal. Dapat le juga kumpul 3 biji motor masa tu tapi orang nak pergi ramai habis camano? Hari dah semakin jauh malam keputusan harus diambil juga camana nak pergi konsert tu. Lastly, naik sampai 3 orang kata ko!! Dari pekan Parit ke Pulau Tiga Kiri tu naik 3 orang 1 motor tanpa ciri2 keselamatan. Mana ada helmet tapi sebab semua kepala memang dah keras cam batu sesah juga naik motor tu. Punya le susah nak sampai ke tempat konsert waktu tu sebab macam2 hal berlaku. Ada yang lewat terhengeh2 nak mandi le, nak makan le macam2 le. Nak rancang juga camana boleh keluar dari asrama tanpa dapat dijejaki nanti kena tangkap lagi haru sebab tempat ni agak jauh. Plan tu kena rancang betul2 kalau kena tangkap memang boleh kena buang asrama... Pastu kena pulak singgah ke Layang2 Kanan sebab nak gi tumpang kawan Shahrul (junior aku) sebab motor pun x tahan sampai 3 orang duk celapak atas dia. Punya le lambat nak sampai ke sana maklumlah Pulau Tiga Kiri masa tu memang jalannya susah dengan rosaknya sampai terpikir juga aku nak tanya Ramli Sharip mengapa le Sweet Charity sanggup nak wat konsert kat sana. Kiranya pendalaman juga le tempat konsert tu tp sampai juga group rock hebat camtu ke sana. Tapi paling hampeh dan sentol, aku dan geng sampai sebaik aje Ramli Sharip melaungkan ucapan 'Sekian, Terima Kasih'. Uwaaaaaarghhh....dah le jauh bila sampai konsert dah habis!!! Cilako, gilo, arghhhh...memang geram tul waktu tu x dapat tengok konsert. Penat je datang. Tapi kena le balik takan nak pukul Sweet Charity kut kang kena belasah balik lagi haru.
Tapi bila dah sampai ke asrama ermm.....memang tragedi telah berlaku.........!!

Jul 8, 2009

IBC...Part 2

Tahun 1985 penuh warna-warni kisah aku dan kawan2 kat hostel. Maklumlah nak amik SPM, mana nak bersuka ria lagi tentu best hidup camtu. Aku stay kat bilik Hamdan (nama Pengetua lama) kiranya bilik tu mmg meriah le sbb ramai taiko2 duk kat situ. Aku cuma tumpang tui aje sbb bukan berani benor. Sama dorm ngan aku Ajak Rengkeh, Lan Wak Kama, Kucai,Shuib (form 6), Abang Zul dan ramai lagi le. Mmg best ngan dia org ni sbb jenis xkisah suka tolong kengkawan.

Saat paling indah dan syahdu time cuti Sabtu dan Ahad sbb masa tu bole bergolek gelantang sampai xsedar diri. Bila mlm minggu projek 'Blue' pun dirancang siap kolek duit member2 nak gi sewa deck or player zaman batu dulu cap Panasonic. Berat nak mampus kalau orang tgk skrg mungkin kata benda tu tempat timbang sekerap dengan besornya. Pastu cukup susah pulak nak connect kat TV kalau set masa kul 12.00 mlm mau le sampai 2.00 pagi bole tengok. Sewa masa tu mungkin RM20.00....huh kira mahal le tu. Tape lagi dah kira berapa tu, sbb tu kena kolek ngan member kalau sorang mau habis elaun setahun baru bole tengok. Masa tu punya le excited nak tgk menda haram camtu, lagipun mmg susah masa tu menda sulit camtu. Kalau skrg dalam handphone pun dah berlambak.
Kalau xde projek camtu gi pulak ke dapur hostel amik bihun waktu tgh malam. Apa yg ada dalam dapur kutu gi sebat janji boleh masak ngan ayor panas je kira sedap le tu. Kalau ikutkan apa le yang sedap benor bihun tu tapi kalau dah ramai semuanya kira jadi. Satu hari tu ayam orang kampung lepas masuk asrama. Kita org pun ligan sampai dapat dan suruh Mi Salleh gi semelih sbb nampak dia ni nampak pandai le ckit bab tu dari kita org. Ayam dah ada gi pulak amik bihun kat dapur untuk menambah kekenyangan. Selesai je makan baru le nak gi tanya Mi apa yang dibacanya waktu semelih ayam tadi....pada hal ayam pun curik...huhuhu. Ada ka katanya 'Aku gi baca ABC aje pastu semelih le....' arkkkkk!!!
Kalau dah sedap makan lepas tu mesti nak merokok. Perghh sedap je menghembus rokok kongsi sama kawan2. Tapi kalau line x clear dalam dorm kena le naik 'bulan' untuk hisap rokok. 'Bulan' tu sebenornya atas bumbung asrama, indah sungguh panaroma atas tu...hehehe. Lagipun cikgu Mat mana boleh panjat bumbung takut runtuh sbb badan dia besor!!. Kata Pejui ada org kena tangkap kat atas bulan tu....sapa aku xtau le sbb aku x pernah kena bab merokok ni. Aku main aci nyuruk sebelah almari je ngan cikgu Mat. Dia pun susah nak syak sebab kat belakang almari mana ada org berani nak nyuruk kat ctu. Tapi sebenornya aku pun x berapa berani, sesak napas dan kuar peluh jantan betina juga le kat situ. Lagi satu port nak nyuruk dalam almari...hahaha...ni berani giler sbb kalau kena sport check almari apa le alasan duk kat situ. Takan kata tidur kut? Port paling brutal yang dicipta oleh Kucai adalah bawah katil hujung sekali kat tepi dinding. Huh mmg brutal gila kalau duk kat ctu nampak cikgu jalan cari budak ponteng, kita duk bawah katil berpeluh. Aku ada wat sekali pastu tobat xnak buat dah...mau sawan duk bawah tu walau mmg org x perasan.
Kalau port yg internasional kena le lepak kat Pulau Cempaka Sari, kat situ awek pun ramai tambah ada pekan Senin...perghh turun semua awek kg kita pun jual muka le kalau tak dapat siap kata kat awek tu plak. Kunun2nya muka hensem le tapi kalu awek x layan mana bole jatuh maruah yang mmg xde tu...kah kah. Kalau xde awek gi tgk baju bundle pun kira ok le. Nak beli mana ada duit, saja duk gatal pi tanya. kalau dah penat gi le makan kat kedai Pak Harun order mi goreng ngan ais kacang. Kira sedap le juga tapi yg penting kosnya murah..... cukup le RM1.00 sorang. Memang meriah pekan Senin waktu tu sbb pekan sehari mmg kurang ada kat Perak Tengah waktu tu. Ramai le org Bota, Lambor turun waktu tu naik bas Seri Perak dan bas hijau (jawi) gi pekan Parit nak beli barang keperluan sambil makan mi helam syamuk.
Dah suka bersuka ria maka waktu sekolah le paling malas sekali. Kena plak aku belajar Sciene nak pecah kepala duk hafal formula. Mujur le Cikgu Ding Poh Chee lawa, kalau dia ngajor Add Math punya le suka. Tapi kena cikgu Tan Kim Teng ngeletor juga badan sbb dia ni garang suka bertanya waktu ngajor kalau x betol mau dilempornya duster ke muka. Semua org mesti kena tanya punya mmg dia x lupa. Tapi specialnya aku sbb dia x perasan yang aku tak pernah kena soal sampai dekat setengah tahun. Tergaru2 le kat kat tangan dia tu sbb camana aku dia bole x tanya sbb org lain semua dah kena. Dua tiga kali dia tanya aku betul ke x pernah kena soal dalam kelas. Memang le sbb aku ada ilmu halimunan dan aku budak baik ....hahaha

Jul 2, 2009

Haru Biru Blue's Pakatan Rakyat

Seminggu dua ni perihal politik PR berlangsung hangat, panas!! Satu cabaran pada PR untuk membuktikan bahawa mimpi bersama itu boleh dilaksanakan kedalam realiti. Panas pungkoq juga le PR ni camana nak setelkan kontraversi yg melanda...

Nun kat Kedah pasal babi pun jadi kecoh haru biru dah ada kawan minta cerai, talak berapa xtau le. Kat Penang dah ngopla jingga kena salap buah pala pening duk cium bau dia. Camana ni bro...?? Tak sampai satu penggal dah kelam kabut ni, hangpa x pernah buat mesyuarat tingkap ka camana nak tidur sebantal ni. Ni duk berkelahi buat malu je, abis camana orang nak pi sokong hangpa ni?? Orang duk perati je perangai hangpa lagu mana, abis le camni PRU akan datang jenuh nak kampui semua masalah bagi selesai.
Memang kalau camni graf sokongan kat PR merosot le. Aku berani kata jika tengok perkembangan yang berlaku sekarang ni. Bukan kata org aku sendiri pun dah naik konpius, muak dengan ragam politik camni. Dulu ada harap le juga kut ada perubahan berlaku tapi la ni... hampehhh!! Dalam PR sendiri pun haru biru blues ni kan pulak kalau satu negara hangpa pegang mau le tunggang langgang. Bukan nak kata tapi tengok sendiri apa yang jadi sekarang ni. Tapi paling best ulasan DSAI 'ini mainan media arus perdana'...huhuhuu. Dari dulu tu le alasan yang keluar dah naik basi, muntah jadinya. Masa dulu kata rakyat dah tak percaya media perdana sbb ada alternatif lain seperti blog, onlines paper dan macam2 lagi le. Tu alasan masa menang PRU12 dulu kata rakyat dah cerdik pandai cari berita. Tapi sekarang kata rakyat kalut sebab 'mainan media arus perdana'! Nak tanya le sekarang rakyat dah tak cerdik lagi ke duk percaya media arus perdana ni?? Ni seolah dah mempermainkan hati dan perasaan aku....oh tidakk tak rela you!! Kiranya rakyat dah tak berapa reti le nak buat pertimbangan tentang isu sekarang.
Lagi satu yang tak puas hati tentang PR dan penyokong depa ni kalau kita duk sanggah sikit pendapat huh satu dunia depa duk salahkan.
Tuan,
apa yg tuan ckp betul dan apa yg MB kedah buat pun betul, tengok mcm kat melaka, bila kebun babi dah luas dah lama bertapak, apa yg MB dia blh buat, masa tu demo mcm nak rak pun tak guna, last2 senyap mcm tu aje.
aku pun pelik, org kafir ni tak makan babi tak blh ke.

JULY 2, 2009 6:49 PM

Depa sekarang bawa isu kat Kedah jadi kena selesaikanlah dan bincangkan isu tu dulu. Ni pi campur hal negeri Melaka camana plak, tak ke marah orang kat sana. Lagi satu duk pelik orang bukan Islam makan babi pehal plak?? Dah depa nak makan lantak le, nak marah buat apa depa dah suka. Tapi kalau orang Islam duk melantak menatang tu wajib le kita marah sbb benda tu haram pada kita. Ni duk pi salah pasal apa depa makan, lagi marah le orang bukan Islam kat kita. Kalau kita buat ulasan pun jgn le sentuh sensiviti orang lain hormat le sikit nanti baru le orang hormat kat kita. Baru senang nak berunding ni tak kalau orang tu x ikut kata kita semua orang tu salah. Pikiaq le ckit dik oii!! Camtu le realiti geng PR ni bukan saja di alam maya ni tapi kat luar sana pun sama saja. Tu kadang2 kalau nak berbincang secara baik mmg malas sbb apa hal mesti kena belasah kalau x sokong cakap depa. Kena le ubah standard pemikiran tu sikit jangan asyik2 nak belasah orang, semua orang buat tak betul nanti kena batang hidung sendiri susah. Macam kawan aku ni masa dulu punya le kuat sokong PAS orang dah nak lantik jadi Ketua Pemuda kira hebat le tu. Cakap pun boleh tahan pasal perjuangan ni, kiranya ada fakta tapi yang tak best banyak sangat orang lain yang tak betul. Kiranya puak UMNO tu salah aje le pasal perjuangan sbb nak rebutkan sesuatu. Percaya sungguh aku masa tu sbb masa tu dia aku nampak ok je. Abis masa PRU12, PR menang dan dapat tampuk pemerintahan negeri aku ni. Masa tu mula belang cap harimau dah nak nampak mula le dengar cerita pasal balak, projek sana sini tapi xpe le lagi masing2 punya habuan. Krisis berlaku dlm kerajaan Perak BN pulak dapat perintah member aku ni mula tak berapa semangat sampai mesyuarat pun dah tak datang sebab frust katanya. Ermm frust tang mana plak ni kata dulu perjuangan suci murni gunakan tanpa was-was. Sekarang ni bila dah projek terbengkalai dah jadi slow plak dah xnak berjuang abis tu camano. Ty le realiti yang ditgk jadi kat member2 sama je cam yang dulu mungkin skalanya kecik ckit tapi lastly memang ........ Haru Biru Blue's Pakatan Rakyat

Jul 1, 2009

Intelligent Blues Club....Part 1

Ermm...baru semalam kawan lama aku Kucai telefon bertanya khabar. Kiranya dia ni salah sorang member kamcing aku yang hensem dan berjiwa rakyat. Maklumlah dia ni hisap rokok Camel waktu duk asrama selalu sangat mengsedekahkan untanya kpd kenkawan (sebenarnya kami curik). Masa aku duk kat Aspura SMIS Parit dulu kiranya dia ni taiko le selalu buli budak lain. Badan dia mcm guni beras xde sape berani nak dekat lagipun dia jenis xmandi kut sbb tu org lari jauh....

Aku masuk asrama tahun 1984-1985, masa tu aku baru form 4. Fuyoo seronok arr aku masa tu maklumlah dari Seb Perak dapat pindah ke Parit masuk plak Aliran Sains kira glamour le masa tu. Aku, Nad, Amin, Halim antara student dari Seb Perak gi kesana sbb sekolah lama xde aliran sains. Lastly tinggal aku,Amin Noge, Halim je stay kat SMIS yang lain tukar ke Teluk Anson sbb dekat nak balik kg tapi aku x sbb dah jatuh cinta sama Parit...huhuhu.
First day masuk hostel cam cilako...apalagi kena raging dengan senior. Adaka patut suruh tiup lampu kalimantang sampai padam, sampai sudah x selesai!!. Tp senior buat mau plak padam sbb depa pi tutup suis, mmg le boleh...hampeh. Aku ni budak kampung yang naif....haha..teruk le kena raging. Pagi2 kena bangun awal siap pi kokok sebelah telinga senior, apa korang ingat aku ayam serama ke?. Mcm2 le kena suruh, basuh baju, urut badan, ketuk ketampi tapi semua xlama le sangat ada le sebulan tapi cukup seksa macam penjara Guatonomo....huhuhuhu.
Antara senior yang aku ingat Din Lenyo, Fendi,Goffery,Lim, Pian, Atan Da'u deme ni kira spesis ganas le cam dinosour tapi baik le juga boleh kawan. Paling aku nyampah sekali abg Kamal sbb suka suruh aku ketuk ketampi kerana dia punya baju Levi's sama mcm aku.. pirahhh...aleh dengki le tu aku punya lagi lawa le bang!!. Kunun x leh sama le senior dan junior tp sebenornya baju dia .... xlawa yeh! yeh!. Kiranya hidup masa tu cam tawanan perang semua kena displin maklumlah aku ni kan budak baru.Merela aje le. Aku duk tgk aje le tahun tu nak melawan x berani sbb penyekeh deme tu jenis H1N1 berbuih kalu kena. Tapi xpe......pembalasan akan tiba .....warghhhahahaha!!! Tungguuuuu!!