Bab puasa ni aku kira terer le juga, boleh berpuasa walau kecik lagi. Tapi mak memang tak tahan sebab aku merengek nak berbuka dari jam yang pertama hingga time berbuka. Disuruhnya aku berbuka tak mahu pulak, tapi tak abih2 nak ugut berbuka. Jenuh pujuk le mak sampai waktu berbuka. Ermmm...elok benar le perangai camtu sebab anak aku dah ikut perangai buruk tu. Hahahaha....rasa cam nak duku je tapi aku pun lebih kurang aje...mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Aug 21, 2009
Ramadhan Al mubarak
Bab puasa ni aku kira terer le juga, boleh berpuasa walau kecik lagi. Tapi mak memang tak tahan sebab aku merengek nak berbuka dari jam yang pertama hingga time berbuka. Disuruhnya aku berbuka tak mahu pulak, tapi tak abih2 nak ugut berbuka. Jenuh pujuk le mak sampai waktu berbuka. Ermmm...elok benar le perangai camtu sebab anak aku dah ikut perangai buruk tu. Hahahaha....rasa cam nak duku je tapi aku pun lebih kurang aje...mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Posted by NJ at 7:15 AM 0 pesan memesan
Aug 16, 2009
Ustaz Rock Kawin Lagi
Posted by NJ at 7:45 AM 0 pesan memesan
Labels: Reunion USA SMIS '87
Aug 12, 2009
Asri Rabbani - Meninggal
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang solleh. Amin...Ya Rabal Alamin |
Posted by NJ at 10:01 PM 0 pesan memesan
Labels: Berita Terkini
Pengajian Agama or Ceramah Politik
Posted by NJ at 6:41 PM 0 pesan memesan
Aug 9, 2009
H Satu N Satu - Beware!!!!
Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan bersama.
High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman
Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...
Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.
Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin... .Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulill ah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus.
Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.
Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...
DMU tak best lah lepas nie.....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body....difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.
Take care You & Your Family
Posted by NJ at 8:22 PM 0 pesan memesan
Labels: Maklumat Am
Aug 4, 2009
Demontrasi Seniman Jalanan
Betul ke apa GMI tu buat? Tak salah ke buat sesak tengah jalan tu? Tak kena langgar dengan lori ke? Tapi kita kan demokrasi jadi boleh le buat camtu. Tak kisah....biasaa. Masing-masing ada hak katanya. Aku pun rasa nak wat demo juga le. Demo tu tajuknya 'Jangan Ada Demontrasi Jalanan'. Boleh kut rasanya. Bukan sebab tak suka dengan orang yang wat demo tu. Aku tak tentang pun prisip dia orang. Lantak le korang nak wat camana pun. Cuma aku nak berdemontrasi juga. Supaya aku boleh gelar diri ni pejuang kalau x pun jet pejuang. Seronok juga kalau ramai2 wat demo tu. Korang x faham pun xpe boleh ikut janji demontrasi. Kalau korang x puas hati buat le demontrasi sendiri. Ajak kawan2 pergi demo. Jgn wat menda lain demo aje tau. Tajuknya'Jangan Jangan Ada Demontrasi Jalanan Lagi'.
Bior pakat ramai2 kita wat cam tu. Masing-masing dengan ideologi. Jadi xde sape2 nak marah. Tak puas hati kita demo. Tak kisah......biasa. Kenapa orang demo, x puas hati? Pakat ramai2 buat demo lagi. X puas hati lagi. Demo lagi....
Bior pening polis kat sini duk pikir pasal kita. Tak kisah....biasa. Tapi korang nak panggil dia orang apa pun x kisah. Aku panggil Pak Polisi le juga. Hormat juga le kat dia orang ni. Kalau ada pencuri kena report kat dia orang. Keduanya takut juga kalau kena tangkap. Aku jiwa halus. Bukan nak berjuang betul-betul. Saja nak demo je. Kena tangkap mau nangis sorang kat lokap. Kalau ramai2 tu aku berani le juga. Kena tunjuk hero nanti orang kata apa plak. Bior depan orang pejuang, kat depan polis....hehehe....kecuttt.
Pasukan FRU pun aku respect. Bukan 'Five Rockers Unions' Hattan punya group tu. FRU ni kiranya pegawai keselamatan juga. Respect sebab dia orang berani. Dulu2 kat konsert rock kalau sapa wat kecoh kena ligan dengan FRU ni. Pastu time bola kena renung dengan FRU telur dah masuk dalam. Dia orang ni memang berani, keras hati jangan wat memain. Memang keje dia orang setel down masalah. Kena ketuk mau bincut kepala. Kalau aku demo jgn le bawak cota ye. Benjol kepala. Korang sergah je aku lari le. Bukan takut tapi dia orang x takut kat aku.....warghhhh. Satu lagi kena respect sebab sepupu aku keje FRU. Walau x berapa kenal tapi sedara aku juga. Tak boleh kata lebih.
Jadi sesiapa nak wat demontrasi dengan aku bole le bagitau. Bayaran tiada. Yuran pun tiada. Makan dan minum sendiri tanggung. Tambang? Naik kereta sendiri. Tajuk demontrasi' Jangan Ada Demontrasi Jalanan Lagi' Kalu x sesuai kita ubah tajuk. Tak kisah....biasa. Aku minat filem 'Kembara Seniman Jalanan' pasni nak buat filem 'Demo Seniman Jalanan'...meletop!!!
Posted by NJ at 8:13 PM 0 pesan memesan
Labels: Demokrasi Terpimpin