BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sep 30, 2009

Mai Jumpa Geng Lama

kat sana nanti jgn nakal macam ayah dulu tau...malu ayah - amanat seorang bapa

Mujur korang muat dalam frame kamera ni....
Norliza Ali @ Liza Kampar bersama anak gadisnya.....macam kawan je rupanya
"Aku rasa badan aku ni kecik je macam dulu" Sopiah.

Gambar Reunion Iskandarian 1987 - Ketibaan

Mazeni sedang 'mengebom' kawan-kawan lama
'Most Popular Teacher in Iskandar' - Wahid Jidun
Ode sedang bertanya khabar hutang lama....
Korang nampak laki aku kat mana? Sikit-sikit hilang......kena telefon le pulak!!

Ermmm.....sporting le abang ni sanggup datang
Mr President sedang berjabat tangan dengan Man Trewong
Man Trewong bersama Are @ Bond @ Bonyo
Muka Man lagi.... dengan Li Kecik @ Kaloi

Sep 25, 2009

Mari 'Raikan Cinta'

Selasa 28hb September 2009 - Jamuan meraikan kejayaan reunion di Manjung yang di taja oleh tokeh khemah Mior Zaidi. Sesiapa yang berminat sila hubungi Mior - 0195706516 untuk keterangan lanjut. Aku, Salim, Chee dan lain-lain akan turun untuk menghabiskan wang ringgit Mior di samping untuk mengenyangkan perut. Kita jumpa di Manjung!!!!

Maklumat Terkini !!!

28/09/2009 - Keadaan kesihatan saudara Zamri agak kurang memuaskan. Boleh telefon isterinya Ayu (0196223420) untuk beri kata semangat dan bertanya khabar tentangnya.


Sementara baca kisah-kisah lama, renungkanlah sejenak.......

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nantirezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintuberkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelapdiselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datangbila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE maklumat ini. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)


Sep 23, 2009

Bertemu Kembali...

Kehadiran Ke Majlis Reunion



Alhamdulillah... Jadi juga reunion yang nak dibuat pada 23hb Sep 2007. Bersusah payah dengan member lain bermesyuarat, minum nescafe bercawan-cawan, mencandu berkotak-kotak maka dapat juga dilaksanakan program tu. Perghh...kira puas hati le juga.

22hb 9 2007 - Jam 10.00 malam. Aku tengah pulun nak buat presentation untuk hari esok. Tengah sedap mencurahkan idea, komputer pulak meragam. Macam tahu aje aku tengah sibuk masa ni le plak buat hal. Karang ada benda yang melayang ni!!. Kena pulak repair tengah malam ni juga kalau tak memang klip video tu tak siap. Repair punya repair punya repair... berapa banyak repair daaa. Pukul 11.30 mlm, Pembantu kedai dan customer semua dah balik. Tinggal aku sorang aje ni jam hampir pukul 1.30 pagi. Mula aku duk rasa semacam...tapi kerja tak siap lagi. Ahhh lantak aje le lagi pun nak takut apa (memujuk hati). Mana ada orang mati kena cekik hantu pun. Pulun sampai keluar asap hitam siap juga akhirnya dalam pukul 2 pagi. Huh lega rasanya, balik ni dan jga ngole kat kedai siam.

23.9.2007 - Pagi ni perut pulak meragam. Silap makan apa malam tadi, takan minum nescafe jadi camni. Lantak le, tahan juga le walau perut ni meraung-raung minta tolong. Sabor aje le. Kelam kabut lagi dengan anak sedar tak sedar jam dah pukul 9.30 am. Hah! aku kat Changkat Lada lagi ni mana nak sempat kalau nak ke Parit jam 10.00 am. Azizi telefon dan dia telah pergi check dulu kat resort Cempaka Sari. Nyaris le sebab orang majlis daerah ingat program mula pukul 2.00 petang.

10.30 pagi- Majlis pun bermula. Dipengerusikan oleh Salim yang dah macam dj profesional. Aku pun berucap lebih kurang aje, lagipun bukan ada majlis formal sangat pun. Pastu Cikgu Wahid pulak menyampaikan ucapan. Hermmm....masih cam dulu juga kalau dia bercakap kami ni buat macam dengar tak dengar aje. Hahaha..mungkin kesan psikologi masa lampau!!. Selepas tu seesi memperkenalkan diri pun bermula maklumlah dah 22 tahun tak berjumpa. Kalau lelaki tu mula menampakan kematangan seperti perut yang mula membuncit serta rambut yang memutih dan terang. Kalau perempuan tu dah mula merendang maklumlah dah tak mau tinggi. Tapi ada juga still maintain cam dulu juga.

Acara selanjutnya klip video gambar lama-lama dulu. Nostalgia beb...tapi ada juga gambar yang tidak dapat disiarkan kerana melanggar akta penyiaran negara. Kutipan derma dilancarkan juga untuk anak-anak aruah Awi. Balunya Ode menerima sumbangan hari itu juga. Untuk Zamri kita serahkan pada Rosnah untuk disampaikan padanya. Jumlah semua kutipan derma adalah sebanyak RM 465.00. Alhamdulillah jumlahanya agak banyak, nampaknya semua kawan-kawan prihatin dan semoga ianya menjadi amalan kita nanti.
Cabutan terpilih untuk hari ini, mereka yang begitu special antara kita :-

Asmah - Anak paling ramai 10 orang dan dalam perut ada lagi....
Amaran - Teruna Idaman
Azmi Nusi - Bini 2 pakai 1
Azizi - Kawin Classmate


Selesai semua aktiviti dalam dewan maka upacara yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak berkesempatan bersarapan. Apalagi mari kita makan-makan!! Sambil makan tu berkesempatan pula bergambar serta posing maut. Bertanya khabar, mengenang nostalgia lalu adalah antara aktiviti.

1.00 pm - Acara menuju akhirnya. Semua nampaknya gembira dapat bertemu kembali rakan-rakan lama dahulu. Tapi kaum ibu ni memang aku respect kerana jumlah mereka yang hadir memang agak ramai. Beberapa orang seperti Liza, Sofiah yang sanggup turun walau tahu acara ini last minit. Linda pulak sanggup turun dari KL demi mengejar acara ini. Cayalah pada semua kaum ibu!!!

Sep 13, 2009

Perjumpaan Murid Nak Tua SMIS

Tarikh 12hb September 2009. Seri Iskandar

Berjumpa kat kedai mamak aje. Tajuk perbincangan reunion pada 23hb seperti notis sebelum ni. Hadir...aku, Meor Zaidi, Mi Nusi, Nasir Ismail, Salim, Azizi dan Are Jambul. So, mesyuarat kali ni secara sebulat suara setuju cuma RM30.00/family disebabkan perkiraan bajet cukup untuk hari tu. Ditakdirkan tak cukup korang standby aje le nak pakat derma macam waktu sekolah dulu. Ala dulu rokok sebatang boleh kongsi ramai-ramai inikan pula waktu dah kerja ni. Bayaran boleh dibuat dengan menghubungi no telefon urusetia.

Ditambah kebingitan suara penyokong M. City dan Arsenal ( 3 - 1) mesyuarat setuju untuk memanggil guru-guru lama dahulu. Antaranya Cikgu paling glamour Cikgu Wahid Jidun. Cikgu Nayan, Cikgu Mokhtar bersama isterinya Cikgu Rohani.
Aturcara majlis akan dibincangkan lebih detail nanti. Secara kasarnya:-
10.00 pagi - Pendaftaran
10.15 pagi - Ucapan Pengerusi
10.30 pagi - Ucapan Jemputan
10.45 pagi - Majlis Reunion - memperkenalkan family masing-masing.
11.30 pagi - Acara selingan
12.00 pagi - Penyampaian Cenderahati
12.30 pagi - makan-makan
Tema : Hari Raya le.....pakai baju raya wehhh. Bior meriah

Sesiapa yang berminat dengan Mi Hailam Shamuk boleh mengoder di sebelah sahaja.

Setelah mengoder gelas air yang kedua maka mesyuarat bertambah rancak. Persiapan dewan dan makan-makan akan diarrangekan oleh Salim dan Azizi - 0134805001. Jikalau menu tak menepati citarasa korang belasah aje diaorang tu.

Dimaklumkan bahawa Meor Zaidi tidak dapat hadir disebabkan ada kenduri sebelah keluarganya.
Cadangan dari Rohaidie melalui sms makan sate, kambing bakar atau masak lemak kampor yang dihidangkan oleh Kak Mah Kg Baru. Banyak cantik le muka dia nak makan sedap tapi duit ciput. Pastu sesi karaoke diusulkannya. Yang ni kena tanya Salim camana bole ke tidak.
Perjumpaan ditamatkan pada pukul 12.30 malam dan bil ditanggung oleh Cikgu Salim Mahmood yang memang hensem.

Jadi korang hebohkan maklumat ini pada member-member yang tak dapat dihubungi oleh pihak urusetia. Nanti mati jegil pulak kalau tak dapat jumpa kawan2 lama.

Maklumat terkini 35 orang telah confirm hadir.

Maklumat akan sentiasa diupdate melalui blog ini.

Sep 7, 2009

Reunion SMIS 1987

Salam Ramadhan....

Kepada semua USA SMIS 1987 dimaklumkan sekali lagi bahawa reunion akan diadakan pada :
Tarikh : 23 September 2009 (Rabu) - tarikh ditukar dari 26hb
Tempat : Resort Cempaka Sari Parit
Masa : 10.00 pagi
Bayaran : RM 30.00/family (diubah dari RM 20.00/person)

Sesiapa yang berminat boleh hubungi urusetia dengan kadar segera kepada :-
1) Nasir Jelani - 0196593103
2) Azmi Nusi - 0125720409
3) Salim - 0126789941
4) Mior Zaidi - 0195706516
5) AK - 0124862855
6) Rosli Kecik/Kaloi - 0194334559
7) Khairul Anuar - 0165629035

Berdasarkan lapuran awal ahli yang berminat untuk menghadiri :-
1. Rohaidie
2. Jun Munah
3. Meor Chawi
4. Ode
5. Sharifah/Sherry
6. Mazni
7. Rosiah
8. Are Jambul
9. Arif
10.Forizah
11. Azizah
12. Amaran
13. Sadiah
14.Linda
15.Nasir Abdullah
16. Azizi
17. Latip
18. Mat Pot
19. Joe Omardin

.... dan ramai lagi le aku dah tak ingat. Tapi korang kena konpem le dulu kalau tidak mana nak jalan kerja. Semoga reunion kita ni jadi kenyataan, insyaallah.

Sila daftar dengan segera untuk memudahkan urusetia menjalankan tugas.

Sekian terima kasih

Sep 5, 2009

Pandangan Dr Asri


Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis 'hukuman sebat ke atas peminum arak' di Pahang.

Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama.

Banyaknya urusan menjadikan saya 'ketinggalan bas' kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.

Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan �Abd Rahman bin al-'Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).

Tindakan Khalifah Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).

ImageLebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.

Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: "Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: "Allah telah menghinanya". Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu". Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.

Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan. Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Hudud

Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama.

Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya. Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?

Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini.

Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:

"Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan" (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

"Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza�i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh�".

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Suasana

Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan �disembah hormat� oleh rakyat.

Ada pula berkata: �Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?�. Berbagai lagi sungutan yang lain.

Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau seragam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang. Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.

Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.

Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.

Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.

Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan.

Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta. Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.

Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita.

Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: "Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu"._harakahdaily