BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 26, 2009

Aku dan Muzik Rock


Bermula awal tahun 80'an aku telah diperkenalkan dengan irama rock oleh abang Usop. Disitulah aku mula mengenal Loudness, Scorpions, Sweet Charity, DIO dan pelbagai generasi awal kumpulan rock. Belum ada lagi semasa itu group rock tempatan yang benar-benar popular. Ketika itu lagu blues sedang popular seperti Apo Nak Dikato - Blues Gang. Pakaian rasmi blues mesti baju belang, ada key warna merah (saputangan), kasut warrior, seluar lebor, rambut gondrong. Ketika itu aku tidak sangat mengikuti rentak dan fesyen blues masih lagi skema dengan baju sekolah.

Berpindah aku ke sekolah SMIS Parit (1984) dan disitu memang telah wujud geng yang meminati rock. Masih tebal lagi dengan lagu rock barat seperti KISS, Def Leffard, Rainbow,Black Sabbath. Maka kuat lagi pengaruh rock terhadap aku ditambah pula group tempatan mula mencipta nama seperti Search, Unwanted. Group Search adalah group yang mencipta fenomena irama rock negara. Dengan album 'Cinta Buatan Malaysia' telah membuka mata peminat rock tanahair tentang wujudnya group rock tempatan yang hebat.

First time aku lihat group Search kat TV dengan seluar jalur belang dan bersinglet. Perghh lawanya aku rasa macam tu. Jiwa muda mula mencari alternatif meluahkan kegilaan. Maka rock antara luahan jiwa muda mudi ketika itu. Bagai satu taufan melanda negara semua orang muda mula meminati rock. Bagai satu pakatan semua orang memakai seluar fitt, kasut Aliph merah, singlet dan rambut mula menjulur panjang.
Kedai bundle di Parit kena serbu sebab semua orang ingin mencari seluar jeans. Siapa yang tidak mengikuti fesyen sahih kena gelak dengan mat2 rock.

Konsert rock bercambah dimerata tempat. Berkumpulah anak-anak muda dengan rambut mengerbang. Masa itu aku masih bersekolah tapi bab rock ni tak mahu kalah. Sanggup lari dari asrama pasal nak tengok konsert Sweet Charity. Masa tu seluar punya le sempit sampai nak tanggal seluar nak pergi berak pun susah!!!. Susah pun susah le janji 'ROCK'.

Sempat juga aku tengok Battle of The Band, meriah sakan. Semua Mat Rock dari ceruk rantau Perak ni berkumpul kat Stadium Indera Mulia. Ella and The Boys, Lefthanded, SYJ dan group yang lain datang. 'Head bagging' le kat depan, angguk2 geleng2. Tapi paling best aku tengok konsert Rusty Blade kat Ipoh. Masa masih sekolah Form 6. Aku, Mior, Rohaidie, Li Kaloi, Awi dan Are bersemangat rock menghadirkan diri. Tapi paling best pergi solat dulu kat Masjid Negeri berimamkan Mior Zaidi. Masa Rusty Blade muncul kat atas stage memang Pak Imam kami menerpa dahulu menganggukkan kepala!!

Lepas sekolah usah cerita memang lagi banyak konsert yang aku jengah. Masa tu boleh dikatakan semua anak muda meminati rock. Ianya seumpama budaya dan menjadi prinsip anak muda. Antara kata-kata Sifu M. Nasir 'anak muda ketika ini merupakan golongan yang tidak mahu memikirkan masalah yang remeh temeh'. Golongan yang berpegang kepada prinsip peduli apa. Berani meluahkan pendapat dan perasaan. Siapa yang tak rock tu dah memang 'Mat Belia' satu gelaran yang memang mengerikan. Jika ingin melihat attitude anak muda filem 'Kembara Seniman Jalanan' merupakan menifestasi hidup ketika itu. Ini juga merupakan sebab nama blog aku ni Kembara Diri kununnya kesinambungan zaman rock dulu-dulu le....hahaha

Oct 25, 2009

Walimatul Urus

Semalam ada kenduri kawin kat tempat aku dan sungguh meriah majlis tersebut. Aku pun join tapi bukan sebagai 'Pengantin' tapi salah seorang anggota masyarakat yang bergotong royong. Disebabkan kawasan taman perumahan di sini baru diduduki maka purata umur penduduknya boleh dikatakan muda belia juga le.
Bukan aku nak cerita tentang majlis perkahwinan tu nanti aku pulak teringin nak kahwin. Tapi aku cuma senyum sumbing dengan gelagat tuan rumah yang juga kenalan aku ini. Mungkin apa yang dilakukan adalah sesuatu yang selalu dilakukan oleh diri dan masyarakat kita dan ianya tidak langsung menampakkan kesalahan. Seminggu dua sebelum kenduri aku lihat dirinya kerap juga ke surau taman ini padahal selama ini memang jarang kelihatan simamat ni. Kata kawan aku 'Ermmm....baikkkk....baik ada makna tu'. Aku tak kisah dan menyambut baik kedatangan individu yang berbuat baik. Lagipun diakui aku pun bukannya baik sangat sehingga boleh menilai tahap keimanan seseorang.
Tapi perlakuan yang boleh menyirapkan darah aku ni adalah mengapa bila ada kepentingan baru kita berlagak alim. Pada hal selama ini bila ditanya ayat yang selalu keluar adalah sibuk memanjang bagai tak cukup masa untuk berjemaah. Ditakdirkan Allah S.W.T bagi sampai 34 jam sehari baru tahu padan muka tu. Mengapa bila kita memerlukan khidmat masyarakat kita menggunakan agama atas kepentingan diri sendiri. Mulalah kerap berjemaah dan menghadiri kenduri kendara orang lain padahal selama ini terbukti teramatlah jarang menghadirinya. Masyarakat memerhati perkara ini dan tak kisah pun perlakuan seperti itu. Kenduri tetap kita tolong walau camana peragai sebab dah jadi kewajipan.
Buatlah seperti biasa dan jangan keterlaluan menunjuk-nunjuk kebaikan kita itu sebab ianya menjolok mata. Jika kita tak mampu rasanya berjemaah contohnya tidak perlulah bersusah payah datang ke surau sebab takut orang tak datang kenduri. Ini tiap kali waktu solat muka dialah yang paling awal. Itu kira bagus jika diteruskan dan kita besangka baik dirinya berubah. Tapi paling hampehhhh lepas kenduri secara perlahan-lahan menghilangkan diri dan akan kita berjumpa bila kenduri akan diadakan lagi.
Jika tidak dapat hadir ke surau apa kita boleh cakap kerana setiap manusia ada masalah tersendiri. Begitu juga dengan hal lain berkenaan masalah masyarakat jika tidak dapat mencampurinya biarlah. Janganlah berpura-pura dan seolah-olah sanggup menjual agama untuk diri sendiri.
Tapi jika orang tak datang rumah kita sebab tak campur masyarakat, tidak pernah jenguk ke surau atau masjid, tidak pernah menziarahi orang meninggal, kenduri kahwin tak pernah jengah.... sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!!!!

Oct 23, 2009

Hanya Tinggal Kenangan




Aku terima email gambar terakhir aruah Zamri dari isterinya. Seolah-olah tiada perkataan dapat diucapkan, bait tulisan seolah tak termampu aku menulisnya. Hanya Alfatihah dapat ku kirimkan untuk sahabat yang dahulu pergi meninggalkan dunia ini. Beginilah rasanya bila kita kehilangan.....

Oct 19, 2009

Bill Gates Couldn't Answer

An Indian discovered that nobody can create a FOLDER anywhere on the computer which can be named as "CON".

This is something pretty cool...and unbelievable...

At Microsoft the whole Team, including Bill Gates, couldn't answer why this happened!

TRY IT NOW !!

IT WILL NOT CREATE "CON " FOLDER.......instead it will name it as new folder....TRY IT !!!

Oct 18, 2009

Misteri Nusantara 2


Setelah berbincang kata sepakat diambil untuk memanggl Wak Biran yang biasa dalam hal sebegini. Maka Laili pun terus menurut Wak kat rumah memandangkan telefonnya tidak diangkat apabila dihubungi tadi. Sementara menunggu Wak Biran datang sempat juga aku menjeling-jeling kearah budak dan kawan-kawannya yang dikatakan kena rasuk tu. Kadang-kadang dia menjerit mengatakan dia bosan. Suaranya juga agak nyaring boleh menyebabkan telinga bingit. Kawan-kawannya pula nampak macam kering darah disebabkan takut. Semua sekali mereka ada 8 orang dan hanya sorang saja yang berani merapati sisakit tadi.

Setelah pukul 12.30 malam baru Wak Biran datang bersama adiknya Harun. Masa tu aku berada kat luar je sebab rasa tak selesa kat dalam tu maklumlah semuanya perempuan. Aku tengok Wak menjampi serapah dan mendenguskan nafasnya sambil merenung tajam kedalam rumah. Katanya banyak makhluk halus berada sekitar kawasan disitu memandangkan diseberang jalan ada tanah perkuburan. Aku memang tak nampak pun mungkin tahap ilmu tak sampai lagi. Kalau nampak mahu putih tapak kaki aku lari sebab mesti muka makhluk tu tak secantik Maya Karin ataupun Siti Norhaliza. Setelah berjampi serapah Wak memasuki rumah terus menuju kearah budak tadi. Disiramnya dengan air zam-zam yang dibawa dari rumah dan terus dia membaca sesuatu. Tidak semena-mena budak itu meraung dengan lebih kuat serta meronta-ronta dan cuba menendang Wak. Maka hero-hero yang datang tadi disuruh memegang kaki, tangan dan belakang pesakit supaya tidak meronta. Aku cuma tengok saja bukan tak berani nak pegang tapi rasa lain. Nak dipegang itu perempuan, aku pula bukannya yakin sangat benda macam ni. Lain pulak aku pegang tak ke haru jadinya lebih baik tengok saja biarlah kawan lain yang ikhlas nak tolong. Setelah dipegang Wak membaca jampi serapah ditelinga pesakit kemudian menarik ibu jari kaki. Menjerit-jerit budak tadi dengan mengatakan bodoh pada Wak dan cuba menendang. Aku tenguk kelam kabut juga kawan-kawan yang memegang tadi seolah-olah budak itu ada kekuatan yang luarbiasa. Setelah berulang kali melakukan ritual tadi seterusnya Wak menyuruh 'makhluk' yang ada dalam tubuh badan pesakit keluar secara baik. Berkali-kali juga Wak menyuruh keluar tapi masih seperti tadi meronta-ronta dan menjerit-jerit.

Part kali ni memang aku nampak macam lawak aje. Setelah berhempas pulas berusaha tetapi masih seperti itu aku tengok Wak melakukan ritual yang agak luarbiasa yang tak pernah aku tengok. Tiba-tiba dia menggunakan telefon bimbit dia untuk telefon seseorang!!!. Dah pukul 1.00 pagi siapa pula yang ditelefonnya. Canggih juga bomoh sekarang ni ye kata hati aku dan dalam masa yang sama aku dah nak tergelak. Tapi kena kontrol nanti tak pasal-pasal Wak kena rasuk dan membelasah aku pula. Aku bersangka baik mungkin Wak sedang telefon Tok Guru atau seseorang yang lagi terer untuk ambil nasihat. Disebabkan perbualan itu dalam versi bahasa Jawa maka tidak dapat diterjemahkan oleh aku. Setelah berbincang dalam telefon itu Wak mencuba kaedah yang sama tapi mungkin dengan ayat yang lebih power. Dua tiga kali juga dari peha hingga ke ibu jari budak tadi ditarik untuk mengeluarkan 'makhluk' yang degil tu. Itu le sebab aku tak jadi bomoh sebab kalau bab macam ini takut terlajak mengurut...hehehe.

Nampak gayanya kali ini cara yang dilakukan agak berjaya kerana aku lihat budak tu macam letih dan tidak bermaya. Berkali-kali Wak memberi salam dan akhirnya salam dijawab. Alhamdulillah semua selesai kata Wak menandakan makhluk tu dah keluar dari tubuh badan budak tadi. Pesakit tadi nampak sdah normal tetapi agak keletihan juga dan ditenangkan oleh kawan-kawanya yang sudah berani merapatinya.

Jam 2.00 pagi barulah selesai dan kami beransur pulang apabila melihat terkeadaan sudah terkawal. Aku pun kena balik juga nanti ada makhluk yang boleh mengamuk dan bertukar hjau kat rumah sebab balik lambat. Durian pun dah dibeli maka baliklah pagi tu tapi benak aku penuh dengan pertanyaaan. Mengapa hanya budak perempuan saja kena rasuk macam tu?. Mengapa hanya budak Melayu saja kena sakat oleh hantu?. Betul ke budak tu kena rasuk atau dia dalam keadaan stress disebabkan kerja yang banyak? Mengapa aku tak rasa seram sangat padahal itu kawasan perumahan aku? Banyak sangat persoalan yang timbul dan paling pening adakah orang Melayu kita ni paling koman sebab selalu terkejut dan meracau-racau padahal bangsa lain jarang benar cerita macam ni.

Entahlah aku sendiri tiada jawapan pada pagi tu sehingga kini. Biarlah ianya menjadi misteri nusantara kat aku tapi yang paling penting durian tu aku makan dengan anak lelaki pada pukul 2.30 pagi!!!!

Oct 16, 2009

Misteri Nusantara



Selepas minum di kedai kopi jam menunjukkan pukul 12.00 tgh malam. Ermm....tiba masa untuk balik ni nanti lewat membebel pulak orang rumah. Sebelum sampai kat rumah entah apa gila kawan aku Mat Sepat dan Kanuk ni pergi jual durian tengah malam kat depan rumah dia. Memang lawak gila dia orang ni. Terkenang anak yang gemar makan buah durian maka aku pun singgah beli. Dalam duk sibuk merasa durian yang dah dibuka kelibat Ustaz Amir ketua taman menjelma. Apa hal pulak Ustaz keluar tengah malam ni nak kata bini pantang tak ade le pulak. Rupanya ada budak perempuan kolej Komuniti Pasir Salak telefon bagitahu rakan serumah kena rasuk.



Hah rasuk!! Perempuan!!! Hantu!!! Boleh le aku jadi seeker malam ni sebab pengalaman bab hantu (dan perempuan.......muhahahaha) ni memang kurang sikit. Teringin juga nak tengok perkara misteri macam ni. Apabila Ustaz Amir megajak pergi kerumah budak kolej tu dengan kadar segera aku menawarkan diri. Mat Sepat, Kanuk dan Lan Pardi turut serta dalam misi merbahaya ini melihat awek kena rasuk...
Sampai di rumah sewa budak tu aku lihat Laili tokey rumah sewa telah ada kat situ sedang menenangkan keadaan. Aku tengok budak yang dikatakan kena rasuk tu tengah terbaring ditengah rumah sedang menjerit-jerit. Mujur juga hanya sekali sekala jeritan dia yang kuat tu bergema kalau selalu mahu pekak mendengarnya. Kami yang baru sampai masing-masing memandang antara satu sama lain. Siapa yang boleh buat penawar? Harap aku....takat repair komputer boleh le tapi bab repair orang kena rasuk belum khatam lagi. Semua pakat tengok Ustaz Amir yang nampak agak arif dalam bidang ni. Senyum manja aje ustaz bagitahu dia pun memang tak berapa mahir bab macam tu. Habis siapa yang memang ahlil nujum yang duduk kat taman ini yang terer dalam bab ni.....???

Oct 11, 2009

Rutin Harian

Hari Isnin selalunya hari yng paling memboringkan dan kelam kabut seolah-olah bermulanya hidup baru. Semalam Ahad, cuti minggu tergolek gelantang menyuburkan tahi mata dengan rehat yang sepuas-puasnya. Tak perlu memikirkan nak hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, nak bayar bil, seolah-olah semua urusan berhenti semalam. Tapi hari Isnin maka bermulalah rutin seharian yang berlaku sepanjang tahun. Pada yang kerja pejabat mulalah sibuk nak bersiap siaga pada diri dan anak-anak. Menjerit-jerit dipagi hari menggerakkan anak supaya mandi sebelum pergi sekolah. Sarapan belum lagi dibuat, anak menjerit-jerit berebut bilek air. Baju belum disterika lagi, bedak belum bersapu, perfume belum disembur.....ahhh macam-macam benda nak dibuat....tension ooooo.....
Aku.....disebabkan kerja sendiri ada sikit lapangnya, iatupun waktu nak masuk kerja lewat sedikit kalau tidak mesti terkejar-kejar juga. Selepas menghantar ank kesekolah sempat lgi minum bersama anak kecil aku kat kedai. Ada harapan anak aku ni turut jejak menjadi ahli mesyuarat tingkap....hahaha. Selesai membaca suratkhabar serta makan minum baru le mengantar anak ke KEMAS pada pukul 8.00 pagi. Selesai tugas sekali lagi boleh melepak-lepak kat mana pun sebelum pukul 9.30 pagi waktu masuk bertugas.
Begitulah rutin harian sepanjang masa melainkan waktu cuti sekolah. Ermmm....kadangkala difikirkan boring juga tapi bila melihat langkah kaki anak kesekolah dan waktu pulangnya mereka hilang segala kebosanan melalui rutin tersebut. Sehingga petang nanti menghantar semula mereka kesekolah agama dan mengambilnya. Bila malam tuision sedia menanti dengan pelbagai subjek dan kerja rumah yang mesti disiapkan sebelum pagi esoknya.
Difikirkan semula bagaimanalah anak-anak kita melalui zaman pembelajaran sekarang? Penuh dengan waktu belajar dari pagi hingga bawa ke malam, tiada erti rehat. Tiada masa untuk melastik burung, bermain layang-layang, guli, gelang getah apatah lagi mencari anak ikan disungai, parit atau ban. Bagaimana kita dahulu terus mencampakan beg sekolah apabila tiba di rumah tanpa memperdulikannya sehingga tiba waktu sekolah esoknya. Bila waktu petang berkejar-kejaran bermain mengikut musim permainan. Badan berkilat dan berbau hapak menahan panas terik matahari, kaki yang penuh dengan kehitaman selut dan limbah.
Aku lihat anak zaman sekarang tiada lagi zaman untuk bermain-main. Asal celik mata belajar, belajar, belajar sehinggalah tutup mata. Kiranya aku diletakan diwaktu ini untuk melaluinya mahu le pitam sehingga seminggu sebab selalu kena belajar. Arghh....mahu koma asyik tenguk buku dan cikgu, tiada langsung waktu bermain. Tapi nak buat macam mana sebab tuntutan zaman sememangnya begitu, tidak diikutkan akan ketinggalan. Maka disebutkanlah orang 'Si Luncai terun dengan labu-labunya' 'Biarkan, biarkan'. Fikirkanlah kita sekarang ini adakah kita menjadi Luncai atau labu-labunya??

Oct 8, 2009
















Hari Jumaat, aku dah tak tahu nak buat apa maka aku upload aje gambar masa reunion untuk tatapan semua......

Oct 5, 2009

Alfatihah....Zamri (1967 - 2009)



Perginya seorang lagi teman kita saudara Zamri yang berasal dari Pintu Gerbang Beruas Perak. Bersekolah di S.M.Iskanar Shah dari tahun 1986-1987. Akan dikebumikan di Negeri Sembilan.

Para sahabat disini silalah menghantar berita antara satu sama lain dan menghubungi keluarga aruah (0196223420 - Ati Wife Zam) untuk memberi sokongan moral. Satu kutipan akan dilancarkan dan hanya menanti confirmationdari pihak keluarganya.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus kepada isteri Arwah Zamri iaitu Hasfawati bt Mohamad akaun Maybank 105019-716868. Semoga dengan sumbangan yang kita salurkan dapat meringankan beban kewangan dan juga dari sudut moral bahawa ramai antara kita yang prihatin tentang masalah saudara kita. Dialu-alukan sumbangan dari semua Iskandarian diseluruh negara!!!!

Bersamalah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang soleh.

Amin Ya Rabbalalamin.......

Oct 4, 2009

Teringat Cikgu Aku Dulu

Dah jenuh upload gambar, tiba-tiba teringat pula pada cikgu-cikgu aku dahulu. Aku pasti korang pun ada kenangan yang istimewa bila berbicara topik cikgu ni. Menjadi kebetulan ramai saudara dan kawan aku yang menjadi pendidik, tentu meriah kalau diceritakan perihal persekolahan ini.
Antara guru-guru yang masih berbaki memori kt aku
Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar, Semanggol Perak (Tahun 1975 -1978)
Ustazah ?? (lupa nama dia) - dia gemar cubit aku, mak oii sakit wehh. Salah aku sebab pensil selalu hilang mujur ada awek kat belakang bagi pinjam kalau ta mau aku lari dari kelas dia.
Cikgu Sains (Cina) - Dia collect RM0.05/sorang sebab nak beli keju bagi tunjuk kat anak murid dia. Masa tu mana le bebudak kampung tau mana rupa keju, punya le teruja aku simpan dengan bangganya hampir seminggu.
Sekolah Kebangsaan Seberang Perak (1978 - 1980)
Cikgu Salleh - Masuk kelas aje dia suruh bebudak nyanyi. Nyanyi, nyanyi bila dia ngajar aku pun confius. Ari tu kawan aku Anuar melepaskan angin syahdu yang telah lama diperapkannya kat depan semasa kami ramai-ramai ambil keputusan periksa. Hampeh tul....menyumpah cikgu, tapi ye juga kan cikgu suruh nyanyi murid kentut berdiri....hahahaha
Cikgu Damanhuri - Garang nak mampus aku selalu kena sebab lemah Ilmu Hisab, berdiri le atas bangku sampai waktu balik sebab tak hafal sifir. Muka dia masa tu macam crook filem Melayu sekarang ala-ala 'Chinese Look'. Tapi sekarang dia kat PPD Parit, dah tak garang kut boleh ajak ngole...huhuhu
Sekolah Menengah Seberang Perak (1981-1983)
Cikgu Baha - "Bagai aur dengannnn........karipap". Salah satu peribahasa dia, kalau x dapat jawab berbirat belakang kena pembaris. Hari tu aku letak buku untuk mengelakkan impak maksima kat buntut tapi dia memang terer , ada ke rotan kat tangan pulak mana aci....
Cikgu Zaki - Ngajor Sains Pertanian best le dia ni sebab sporting, walau aku dengan member agak nakal. Cikgu Zaki ni tau Kung Fu katanya, maka berkungfu le aku dengan Nuar dalam kelas untuk mengajuk dia. Hehehhe...lastly dia guna kungfu cengkadak cubit perut aku, punya le sakit.
Cikgu Aziz Kintan - Guru Besar dan memang bersaiz besar orangnya serta garang. Entah apa angin hari tu aku dengan member dengan berani pergi terjah bertanyakan duit biasiswa. Aku le pulak gatal duduk depan sekali macam berani sangat. Mujur le dia ok hari tu atau terkejut dengan kehadiran kami tak de dia meroyan sangat hari tu, huh kalau tak mahu le makan penampor Jepun sorang sekali!!!
Sekolah Menengah Iskandar Shah (1984-1987)
Cikgu Nor....... - Guru Kelas merangkap Ibu angkat sekolah. Masa tu setiap guru ada ramai anak angkat yang dipilih secara rawak. Cikgu baik, lemah lembut dan cun tu yang buat aku suka. Dia ngajor Biologi, kalau kelas dia bersemangat waja aku nak masuk, maklumlah mak nak ngajor anak.
Cikgu Tan Kim Teng - Tang garu tangan dia tu memang aku tak lupa sungguh. Satu lagi dia pernah tak perasan aku dalam kelas dia selama 6 bulan. Orang lain mesti kena tanya setiap kali kelas nak habis tapi aku tak pernah. Mungkin masa tu aku membeliakkan mata masa belajar sebab takut kat dia, hingga dia terfana lihat wajah aku.....hehehehe
Cikgu Wahid - Perghhh bila dia masuk mesti nak bertekak fasal politik. Aku kata kereta Proton dia buat dari tin Milo (sebab warna hijau), punya le marah sampai nak cekik aku. Jangan marah cikgu aku sekarang pun pakai kereta Proton....huhuhuhu
Cikgu Hasnah - kalau bebudak lelaki form 6 yang tengah gatal merenyam tu memang kenal sangat cikgu ni. Tapi aku pulak lain sebab pernah dioffer siapa geng-geng nakal tu kalau dapat result cantik Pengajian Am dia belanja. Sampai sekarang dia tak belanja pun.......
Cikgu Maizon - Guru kelas Form 6 aku ni memang cool dan baik sangat. Dia memang minat lagu Ibnor Riza - Meneka Dalam Kesamaran
Sebenarnya ramai lagi cikgu yang aku ingat tapi maklumlah dah lama memori tu dah haus dan naik karat. Korang pun tentu ada guru yang spesial dalam hidup kita ni kan? Itulah kehidupan yang pernah kita lalui serta menjadi memori yan manis walau dulu teramatlah pahit.
Kepada guru beragama Islam yang yang telah tiada kita sedekahkan Alfatihah, kepada guru non Muslim kita kenangkn ilmu yag telah dicurahkan kepada kita. Kepada cikgu yang masih ada 'I love you' cikgu. Duit raya tak ada ke?? Kepada kawan aku yang jadi cikgu......pulangkan balik stokin jambul berbelang tu....PULANGKAN!!!!!!!!

Acara Luar Dewan - MakanMakan

Makan tu sopan santun nak oiii, tgk mak makan pun sempat senyum
Mana lagi le laki aku pergi ni...... tadi dah hilang, sekarang muka pun tak nampak

Korang tau nak oii, mak dulu ramai peminat tapi mak buat tak layan je


Bihun je, janji aku dapat makan dah bulur tahap gaban ni
Gumbira raya tahun ni ye, ramai teman tapi mesra dah jumpa balik

Masih dalam Dewan

Sabor Salim jgn nangis cikgu dah nak balik ni!!!
Lawak cerita Hashan ni, suka bebenor MC tu....
Ada ke patut, Dee royak Kelantan dengan aku......
Cuba teka siapa saya, Batman, Spiderman or Cicakman???
Bangga dapat bergambar dengan orang popular tu
Mak oii....jenuh nakupload gambar korang ni. Tapi demi sahabat semua biar putih tulang jangan putih muka akan ku teruskan walau tubuh ini renta, mata ini kelabu melihat monitor dan jari ini kematu menekan kuncipapan. Arghhhh.....rock steady!!!

Oct 3, 2009

Tukar Kulit

Ermm....baru-baru ni ada jumpa Mior Zaidi bersama-sama kawan-kawan lain. Dia belanja makan sea food bukan siput... Kalau free tu memang le sedap semuanya. Antara yang hadir Mior Aris, Faizol Som, Salim, Mi Nusi, Azizi, Amaran, Are Jambul dan Hamdan.
Mior Z komen kat aku gambar blog aku ni separuh lucah....hahahaha. Ye ke? Atas permintaan Tok Imam aku tu maka layout tu diubah jadi bersopan santun supaya tidak menjolok mata dan membutakan matanya itu. Tapi korang agak le dia tak suka separuh-separuh atau dia nak penuh tu.
Azizi ada bagi gambar lama kat aku supaya dimasukan dalam blog. Akan aku usahakan tapi sekarang agak sibuk jadi coming soon aku letakkan dalam blog ni. Tapi ada satu gambar yang spesial jadi aku scan dan letakkan kat sini. Korang teka aje le siapa dia dan camana boleh ada dalam koleksi Azizi!!

Siapa dia?? Orang Parit tentu kenal.

Korang kalau nak gambar boleh tenguk dalam MukaBuku (Facebook) aku. Klik aje kat sini kat sini.

Oct 1, 2009

Penyampaian Cenderahati dari Penganjur

Asmah and Family - 10 semua anaknya, hebat, fantastic, memang da boom!!
Ode balu kepada Awi
Amaran masih mencari cinta sejati...
Senyum Mr President - kategori kawin dah 2 kali (pakai seorang je)
Satu classmate berkahwin. Couple yg lain camana yek????

Dalam Dewan Lagi

Dapat duit raya
Mengayam ketupat ke Ma Pohat oiii......
Kalau dah nakal tu sampai tua masih nak duk kat belakang aje
Rohaidie, Man Trewong, Jo Omardin, Jun Ganja, Nasir Ismail
Rosiah mennkontrolkan diri depan camera man
Ok ke gaya camni ??

Di dalam dewan lagi

Sama baju kita ye Sherry, sedondon
Masih maintain aje che kak kita ni dari dulu
Amanat dari cikgu tentang ekonomi semasa dan keluk permintaan
Ko ni asyik nak tidur je Azizah!!
Isteri tengah menjejaki suami mengunakan GPRS!!

Majlis Dalam Dewan

Aktiviti di dalam dewan antaranya interframe muka
Liza sedang mencurahkan senyuman pada camera!!
Antara anak-anak yang sedang membesar
Julaidah & Family. Abangnya mengantuk aje rupanya
Undilah Parti Barisan Bertindak Pakatan Iskandarian
Pengerusi Majlis sedang menyampaikan ceramah perdana

Acara dijalankan dengan ucapan Pengerusi Pengelola, Cikgu Wahid dan seesi pengenalan diri maklumlah dah lama tidak berjumpa. Suasana ceria dan dikawal rapi oleh pengerusi majlis yang memang merapu-rapu tapi cool.