BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Nov 7, 2009

Kenangan Lalu

Pada hari Selasa 3hb November aku menghadiri satu Seminar PIBG di Seri Iskandar. Ada perbincaangan dengan pihak PPD dan juga polis. Kira ok juga le pelbagai info aku dapat. Tapi itu bukan cerita yang nak disampaikan. Paling mengujakan aku pada hari itu dapat berjumpa dengan guru-guru yang pernah mengajar diri ini di Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit. Antara yang dapat aku jumpa hari itu adalah Cikgu Rohani, Cikgu Hadijah dan Cikgu Mokhtar. Semua cikgu ni dah naik pangkat rupanya. Cikgu Rohani dan Hadijah dah jadi Pengetua sementara Cikgu Mokhtar dah jadi Pegawai Pelajaran Daerah. Kalau ikutkan hati tu malu juga nak jumpa dia orang sebab aku ni bukannya berjaya sangat. Tetapi disebabkan rasa kuat untuk berterimakasih dengan cikgu-cikgu selamba badak aje aku rapat dengan dia orang. Memang dia orang tak berapa cam maklumlah murid yang dia orang ajar dah cecah ribu-ribu. Kalau kita yang tak dekatkan diri macamana cikgu nak kenal kan? Tapi memang nampak dia orang gembira bila anak murid menyapa mereka.
Setelah memperkenalkan diri bahawa aku ni anak murid dia orang dari Iskandarian tersenyum Cikgu Rohani dan dia terus memanggil Cikgu Hadijah untuk memberitahu bahawa aku ni bekas murid. Maka timbulah ceritera-ceritera lama dahulukala purba di alam persekolahan. Walapun dia orang tak berapa cam sangat muka comot aku ni tapi "Aiman tak kisah" sebab faham situasi cikgu ni macamana.Aku nampak cikgu lama aku ni agak gembira bila ada yang menyapa dan bertanya khabar tentang mereka. Oleh itu sesiapa yang pernah berjumpa dengan bekas guru maka tegur dan bertanya khabar sebagai satu tanda kita berterima kasih. Tetapi tak tahu le pula kalau ada yang pernah mencalarkan kereta atau membuang angin tayar motor cikgunya dahulu patut bercerita semula tentang memori silam. Mana tau kut cikgu pun dah lama mencari siapa le orangnya yang membuat onar dahulu. Maklumlah cikgu juga kan manusia biasa.....

Nov 4, 2009

Kes Dr Asri - Apa aku rasa


Isu Dr Asri memang menarik perhatian seluruh negara. Aku memang mengikuti penulisan Dr Asri setiap masa. Memang agak menarik segala fakta yang dinukilkan olehnya. Secara peribadi aku tidak nampak apa kesalahannya dalam bidang agama. Selain itu tidak tercapai oleh akal berdasarkan keilmuan yang aku ada.
Tetapi sebagai orang biasa agak pelik juga bila mendengar bekas Mufti kena tangkap. Biasa yang kena tangkap ni orang salah. Salahnya tiada permit. Nak mengajar agama pun kena ada permit sekarang ni. Betul le tu. Takut ada berlaku ajaran salah. Tapi salahkan apa yang Dr Asri ajar. Baik ditangkap saja dahulu kalau betul dia salah. Agaknya JAIS takut nak tangkap bila orang ada jawatan. Kiranya bila ada jawatan apa yang diajar dan dibuat tak salah. Haru...
Lepas itu pelbagai isu pulak timbul. Sijil, Wahabi, Yadim, Jakim semuanya seperti bersangkut-sangkut. Semalam kata sijil Dr Asri tak betul hari pulak cerita lain. Kata press silap mendengar dan tulis. Lawak aje bunyinya. Pertamanya wartawan bengong sebab catit tak betul atau yang kena tanya bengong tak reti jawab.
Nampaknya isu ini terjadi apabila orang yang menguruskannya tidak berapa cerdik. Nak tangkap orang pun tengok le keadaan. Asal rasa salah tangkap tak pakai diplomasi langsung. Jatuh air muka kawan buat camtu. Kalau aku kena tangkap apa masalah bukan ramai yang kenal pun. Terjah aje le apa masalah. Ini orang yang memang dikenali seluruh negara. Berlaku pula dalam suasana kontroversi pemilihan pimpinan YADIM. Tunggu aje le lepas selesai ini lepas tu pergi le sergah. Udah orang tu sergah balik biru pulak muka tu.
Lepas kita dengar le saman menyaman berlaku. Ribut pulak diantara orang agama kita ni. Malu bila berlaku macam ni seolah-olah kita ini asyik nak bergaduh aje. Kalau tengok cerita Seniman Bujang Lapok kita tengok pergaduhan suami isteri berlaku.Riuh satu rumah sewa. Datang si Ramlee ni pergi tegur 'Anee.. itu anak taik punya pasal pun mau gaduh ke?' Agaknya gitulah gaduh antara mereka nanti 'keci punya hal pun mau bising ke...kasi basuh aje le itu taik le Anee habis cerita!!'
Moralnya ada benda boleh kita bising ada benda simpan aje le. Pergi setel cara baik idak le malu semua nanti.