BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dec 28, 2009

Batu Delima, Geliga Embun....

Malam semakin larut. Bukan setakat embun jantan, embun betina pun dah mula luruh. Para sahabat makin galak melihat Tok Moh Muda menurun. Buyud tersenyum-senyum kambing melihat Tok Moh sambil menjeling kat aku. Bau kemenyan yang dibakar semakin menusuk kalbu. Hah...dia dah masuk dalam tubuh Tok Moh. "Assalamualaikum" kata Tok Moh sambil mata terpejam. "Waalaikumsalam" jawab semua cucu yang ada kat situ.

"Cucu tumpang tanya pasal keris...bla...bla...bla" mulalah upacara bertanya kat Tok Moh. Aku pun tumpang sekaki bertanya soalan-soalan bodoh. Hebat semuanya Tok Moh boleh jawab walau nampak macam hentam saja. Tapi statement paling hebat semua kami kat situ ada pendamping. Ada panglima, tok syeikh, raja tapi kebanyakkan semua mempunyai pendamping panglima. Kuta pendampingnya Panglima Hitam, kira hebat le tu. Aku pun Panglima juga, panglima jenis apa aku tak tau. Harun pula jenis Iban sebab dia datang dari Sabah. Paling dasyat Awi sebab panglimanya jenis kuning, keturunan raja kut. Tapi paling lawak Buyud sebab pendampingnya jenis Tok Syeikh kiranya paling alim. Porah....macam le aku tak kenal si Buyud nih!!

Aku dan beberapa member yang lain memang tak konfident pun pasal bomoh ni tapi layan le juga sebab nak tahu macam mana ritualnya. Tapi paling ngeri bila Tok Moh menilik pisau yang dibawa oleh Abg Ani. Walaupun Kuta ada pendamping Panglima Hitam tapi nampaknya pendamping pun lari tengok pisau. "Tak berani aku nanti kalau tiba-tiba mengamuk nahas aku" bisik Kuta sambil lari duduk antara aku dan Buyud. Hahaha....aku pun ngeri tengok pisau tu bantainya dirodok betul-betul mau bocor perut. Tak pasal-pasal nanti ada orang makan bubur kacang free...

Sudah dua tiga kali Tok Moh menurun dan makin lama dah makin mengarut. Ada ke patut aku keturunan Bukit Siguntang. Tak ada logik lansung, kalau nak temberang pun biarlah ada asas macam nujum Pak Belalang. Tapi dia ada cerita nak jual batu delima, geliga embun dan juga keris berdiri. Kalau laku tu mau senang hidup sebab barang jenis macam ini ada yang cari. Ada peminatnya. Tapi betul ke benda tu 'magic' atau mainan jin sahaja.....??

Satu hari tu aku ada jumpa Tok Moh uda ni kat kedai kopi bersama Salleh. Time ini le aku nak belasah Tok Moh ni. Aku bagitahu le kat dia mana ada orang kaya pasal jual keris, batu delima, gelinga ntah apa-apa ntah tu, kalau ada tunjukkanlah kat mana orang tu. Kalau tak rajin macamana le nak kaya, asyik duk merapu dimerata kedai kopi pastu pau pulak kawan-kawan bila nak makan minum. Berbakul-bakul aku syarahkan kat dia dan nampak dia terkulat-kulat macam cipan tertelan kaca. Disokong pula dengan Saleh dan Hamid tokey kedai apalagi macam lebih bersemangat lagi le aku. Untuk mempertahankan diri Tok Moh berkata terpulanglah pada kepercayaan dan keyakinan masing-masing. Selamba badak je Saleh jawab 'Aku tak percaya'

Aku pun tak percaya tapi kalau korang nak beli batu delima, geliga embun pastu ada le lagi barang pelik boleh bagitahu sebab Tok Moh nak jual benda tu. Hahaha...paling tidak aku boleh kaya bila jadi broker jual batu delima. Ok siapa cepat dia dapat....kayooo pakcik kayooooooooo!!!!

Dec 24, 2009

Ketua Cawangan Kuk Yun

Semalam bila aku nak bayar duit deposit meter pelbagai masalah berlaku. Pertamanya tayar kereta barai. Hampeh. Telefon si Buyud minta tolong. Bila datang panas telinga kena belasah 'Pakai kereta je tau, tayar spare pun tak de!' Ceh...berlagak nak mampus dia pun bawa kereta Pak Mentua yang pegi Haji...pirahhh

Sampai je kat TNB bila dah bayar kena tunggu hari Isnin baru boleh pasang meter sebab cuti Krismas. Cis...berdebah betul..siapa le suruh cuti lama sangat ni? Dekat 2bulan aku tunggu meter letrik dah nak naik hijau badan aku ni tunggu. Sabar aje le...

Balik ke Kampung Gajah menenangkan hati pegi makan kat kedai mamak tepi sungai. Nampak 2-3 orang kenalan parti *Tuuut* sedang bersembang. Malas nak ganggu dia orang cuma tengok saja sambil menunggu Ibrahim. Naik berjanggut tunggu sempat makan dan memengkih 2 batang Dunhill untuk memenuhi peparu. Ibrahim sampai dan bawa berita gembira anaknya yang bersekolah kat Taayah dapat 7A 1B dalam PMR. Tahniah le walaupun bapaknya tak le berjawatan tinggi hanya seorang pengawal(chief pengawal) tapi anaknya otak bagai batu cincin kena gosok....berkilat!!

Dah selesai makan dan bercandu mula nak belah tapi aku pergi salam dengan meja ahlil politik tadi maklumlah semua kawan-kawan. Sembang lebihkurang timbul isu kedai yang nak dirobohkan di Felcra Changkat Lada. Kedai-kedai dibina atas rezab kerajaan maka Pejabat Daerah Kampung Gajah nak ambil tindakan merobohkannya. Tugas dia orang le nak kena robohkan kedai (beria-ia benar mereka nak jalankan tugas) tak kisah le. Disebelah pekedai termasuk aku kena juga ambil tindakan untuk mempertahankan.

Jadi aku bertanya pada Ketua Cawangan *Tuuut* apa tindakannya sebab kedai dia pun masuk senarai. Tapi jawapannya memang menyakitkan hati, rasa aku nak tinju je muka dia tu. Katanya dia ada kuasa nak tentukan kedai mana yang nak kena roboh atau tak. 'Kan aku ni Ketua Cawangan dan AJK Bahagian' Puihhh.....mujur le kat kedai kalau tak memang si Jebon ni aku carutkan. 'Dia orang sepatutnya jumpa aku minta tolong supaya kedai tak dirobohkan, ini tidak baca Harakah masa susah minta le tolong Harakah...dia orang tak tahu ke aku Ketua Cawangan' ermmm....rendahnya metaliti.

Aku cuma berbasa basi menjawab soalan supaya nampak lebih educated dari Ketua Cawangan yang cuba mengembangkan lubang hidung dia tu. Hehehe...memang macam budak terencat akal je aku tenguk. Bodoh sombong. Aku tengok member yang 2 orang lagi macam terkulat-kulat je mendengar jawapan cap ayam tadi. Nak disampuk pun tak boleh sebab tak boleh bawa dalam perjuangan lansung.

Aku boring dan last kata 'Kalau kedai tu nak dirobohkan aku lari aje le. Kalau siapa nak selamatkan diri sendiri buat le. Ikut sara encik le...aku mana ada power'. Terus belah...huh menyampah aku....

'Sgt Bilko' dalang Kehilangan Enjin Jet FS5E

Filem tahun 1996 lakunan Steve Martin.

Siapa nak tahu kisah camana enjin jet boleh hilang tengok le filem ni. Sgt Bilko ni lagi hebat projek tentera berharga berjuta dollar habis dicakupnya.

Kita tunggu saja le siasatan siapa jadi 'Sgt Bilko' dalam kes enjin ni. Tapi dalam filem ni Sgt Bilko tak bersalah walau habis duit projek army disentalnya. Maklumlah dia kan 'HERO'.... Dalam army kita ni ada ke 'Sgt Bilko'???

Dec 14, 2009

Penyendal

Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... ..... Benci ...........

Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew.. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

Citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Citer 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"

Citer 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Dec 9, 2009

Rebana - Hadrah Perak

Musim cuti sekolah ni rasa macam artis. Aku dan member2 penuh dengan undangan untuk bermain rebana pada majlis perkahwinan, bersunat dan majlis-majlis keraian yang lain. Ada satu masa tu sampai 2 buah rumah kena pergi satu malam....perghhh macam artis popular le pulak. Tradisi masyarakat orang melayu Perak ini disambung oleh group rebana Taman Changkat Lada Raya yang dianggotai lebih 20 orang. Memang ramai macam kumpulan Rabbani tak pun kumpulan Santana. Di dalam group ini pelbagai ras seperti Perak, Jawa, Banjar, Batubara bergabung dalam satu irama rebana. Difahamkan bahawa tradisi rebana ini berasal dari Timur Tengah dan dibawa oleh perantau Bugis ke Tanah Melayu. Fakta ini kalau orang Indonesia tau mau le dia orang buat demo kat sana menuntut hak rebana. Rebana dimainkan terutama pada majlis kenduri kahwin untuk meraikan pengantin baru. Permainan rebana ini memang mengasyikkan dan boleh membuatkan pemain naik 'syeikh'. Pada generasi terdahulu perkara naik 'syeikh' ini adalah lumrah apabila nikmat bermain rebana itu tercapai.Tapi pada hari ini naik syeikh memang dah tiada kerana penghayatan pada permainan tu tidak seperti dahulu. Tambahan pula jika ada awek atau mak janda ada pada majlis kenduri maka memang sedia maklum sheikh yang ada pun lari. Banyak lagu rebana dimainkan diantaranya Minallah, Sakdoman, Ya Muham, Al Paso, Sargia (Dekun), Ya Omar, Solatullah dan Yaman. Terdapat ratusan lagu rebana ini dan dikampung-kampung terdapat pelbagai versi lagu-lagu ini. Jika kita belajar dengan ramai guru maka terdapat pelbagai bentuk nada dan irama mengikut kefahaman guru tersebut. Terdapat pelbagai pukulan seperti Shafak Enam (Copak Nam), Hadrah, Kinchat dan dekun. Setiap lagu mempunyai rentak yang pukulan rebana yang lebih kurang sama cuma membezakannya pada irama lagu yang didendangkan.Pukulan yang amat berbeza adalah pukulan dekun dan kinchat. Lagu dekun ni kalau dengar macam lagu dikir barat, boria dan juga hindustan dan lebih rancak umpama kumpulan rock metal je. Memang kalau diikuti penuh perasan mau meloncat tuan rummah tengok rumahnya bergegar disebabkan keasyikan pemain rebana memainkan lagu dekun.

Nasib Seorang Blogger

Susah juga ye nak jadi seorang blogger!! Patutlah ramai blogger menyembunyikan identiti dari terus dikenali. Pelbagai masalah timbul apabila identiti kita dikenali oleh sahabat, sanak saudara dan masyarakat. Apabila dikenali susah sedikit untuk mengulas atau meluahkan pendapat di ruangan blog kita sendiri. Pendapat kita tidak semestinya disukai oleh pembaca blog maka akan ada komen yang akan timbul. Itu biasalah dan menjadi satu tanda aras bahawa penulisan kita diikuti oleh ramai orang. Tapi bila orang keliling kita tahu tentang tulisan kita....huh...naik merah telinga menahan ombokan kawan-kawan. Memang betul pun apa yang sahabat yang mengenali itu mengkritik kita sebab dia orang amat memahami karekter kita diluar sana. Kadangkala tulisan kita seolah-olah melambangkan seorang manusia yang amat sempurna dan tanpa batasan menghentam orang kiri dan kanan. Tapi hakikatnya sebenarnya kita juga seperti orang lain disekeliling masih bersambalkan belacan, mencicah tempoyak,berulamkan petai. Masih terdapat kelemahan sebagai manusia biasa. Bila ruang bicara kita ini diketahui oleh kenalan maka dengan sendiri keberanian itu mula kendur, bukannya takut tetapi ingin menjaga sensiviti masyarakat sekeliling.
Masalah juga bila kita tidak menampakkan indentiti kerana akan dikatakan blogger yang pengecut. 'Lempar batu sembunyi tangan' satu ayat yang klise terhadap blogger. Tapi bila didedahkan identiti maka kreativiti mula tersangkut-sangkut bagai motor nak habis minyak. Banyak pula pihak ingin saman menyaman jika isu itu agak sensitif, main juta-juta pulak tu mau londeh seluar dalam.
Ibarat kata pujangga 'kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai' membujur lalu melintang patah akan ku redah jua lautan api. Blog tetap aku memblog....warghhhh

Dec 6, 2009

Pindah operasi


Dah lama betul tak tengok blog aku ni. Sibuk memindahkan tapak operasi bisnes aku kesatu tempat baru dan menarik. Kat sini best sebab kawasan tumpuan orang ramai dan ada Kolej Komuniti Pasir Salak, Taman Changkat Lada Raya dan paling penting banyak kedai kopi. Boleh le aku mengole dengan kawan-kawan ahli mesyuarat tingkap selalu. Aku dah tak boleh bertahan dekat sana sebab customer semakin kurang. Maklumlah kawasannya agak jauh dari perumahan penduduk di sini. Kata orang sana tempat jin bertendang....huahuahua.

Diharap bila dah pindah ni rezeki tu lebih le sikit. Insyaallah...amin.
Disini pun pelbagai bentuk perniagaan boleh dibentuk sebab berdekatan lokasi orang ramai. Para sahabat pun ramai, ini pun dah ada yang teringin belajar tentang komputer. Memang bagus kalau macam tu supaya ramai lagi masyarakat kita yang celik IT dan tidak memandangnya sebagai sesuatu yang buruk. Ada yang teringin belajar Words, repair komputer dan menjadi blogger. Aku tak kisah nak mengajar tu sebab dah biasa mengajar di Pusat Latihan Felcra tapi ada le sikit problem kat sini. Ada ke patut penat aku ngajar pengerasnya cuma sebatang rokok gudang garam......warghhhh. Moralnya disini hormati ilmu yang diajar walaupun bukan cikgunya itu....hahaha