BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dec 28, 2009

Batu Delima, Geliga Embun....

Malam semakin larut. Bukan setakat embun jantan, embun betina pun dah mula luruh. Para sahabat makin galak melihat Tok Moh Muda menurun. Buyud tersenyum-senyum kambing melihat Tok Moh sambil menjeling kat aku. Bau kemenyan yang dibakar semakin menusuk kalbu. Hah...dia dah masuk dalam tubuh Tok Moh. "Assalamualaikum" kata Tok Moh sambil mata terpejam. "Waalaikumsalam" jawab semua cucu yang ada kat situ.

"Cucu tumpang tanya pasal keris...bla...bla...bla" mulalah upacara bertanya kat Tok Moh. Aku pun tumpang sekaki bertanya soalan-soalan bodoh. Hebat semuanya Tok Moh boleh jawab walau nampak macam hentam saja. Tapi statement paling hebat semua kami kat situ ada pendamping. Ada panglima, tok syeikh, raja tapi kebanyakkan semua mempunyai pendamping panglima. Kuta pendampingnya Panglima Hitam, kira hebat le tu. Aku pun Panglima juga, panglima jenis apa aku tak tau. Harun pula jenis Iban sebab dia datang dari Sabah. Paling dasyat Awi sebab panglimanya jenis kuning, keturunan raja kut. Tapi paling lawak Buyud sebab pendampingnya jenis Tok Syeikh kiranya paling alim. Porah....macam le aku tak kenal si Buyud nih!!

Aku dan beberapa member yang lain memang tak konfident pun pasal bomoh ni tapi layan le juga sebab nak tahu macam mana ritualnya. Tapi paling ngeri bila Tok Moh menilik pisau yang dibawa oleh Abg Ani. Walaupun Kuta ada pendamping Panglima Hitam tapi nampaknya pendamping pun lari tengok pisau. "Tak berani aku nanti kalau tiba-tiba mengamuk nahas aku" bisik Kuta sambil lari duduk antara aku dan Buyud. Hahaha....aku pun ngeri tengok pisau tu bantainya dirodok betul-betul mau bocor perut. Tak pasal-pasal nanti ada orang makan bubur kacang free...

Sudah dua tiga kali Tok Moh menurun dan makin lama dah makin mengarut. Ada ke patut aku keturunan Bukit Siguntang. Tak ada logik lansung, kalau nak temberang pun biarlah ada asas macam nujum Pak Belalang. Tapi dia ada cerita nak jual batu delima, geliga embun dan juga keris berdiri. Kalau laku tu mau senang hidup sebab barang jenis macam ini ada yang cari. Ada peminatnya. Tapi betul ke benda tu 'magic' atau mainan jin sahaja.....??

Satu hari tu aku ada jumpa Tok Moh uda ni kat kedai kopi bersama Salleh. Time ini le aku nak belasah Tok Moh ni. Aku bagitahu le kat dia mana ada orang kaya pasal jual keris, batu delima, gelinga ntah apa-apa ntah tu, kalau ada tunjukkanlah kat mana orang tu. Kalau tak rajin macamana le nak kaya, asyik duk merapu dimerata kedai kopi pastu pau pulak kawan-kawan bila nak makan minum. Berbakul-bakul aku syarahkan kat dia dan nampak dia terkulat-kulat macam cipan tertelan kaca. Disokong pula dengan Saleh dan Hamid tokey kedai apalagi macam lebih bersemangat lagi le aku. Untuk mempertahankan diri Tok Moh berkata terpulanglah pada kepercayaan dan keyakinan masing-masing. Selamba badak je Saleh jawab 'Aku tak percaya'

Aku pun tak percaya tapi kalau korang nak beli batu delima, geliga embun pastu ada le lagi barang pelik boleh bagitahu sebab Tok Moh nak jual benda tu. Hahaha...paling tidak aku boleh kaya bila jadi broker jual batu delima. Ok siapa cepat dia dapat....kayooo pakcik kayooooooooo!!!!

0 pesan memesan: