Lama sangat rasanya tak mengemaskini blog aku ni sbb kepupusan idea telah melanda. Tapi ada yang berlaku pada aku baru-baru membuatkan semangat kembali mebuak-buak untuk menulis/menaip. Pertemuan yang tak diduga dan dijangka dengan kawan lama yang telah menghilangkan diri tiba-tiba terjadi. Bukan senang kan untuk berjumpa semula, pelbagai kenangan datang kembali memproses hard disk aku yang nak penuh ni. Memori SDR aku cuma 256MB maka jenuh le prosesor menjalankan tugas. Mujurlah prosesor aku ni dah di 'over clock' maka senang data lama itu muncul kembali. Aku tau data tu penting, nyaris tak de niat nak mendeletenya. Paling selamat data aku dengan dia selamat dari terkena virus kekecewaan dan malware hilang ingatan. Semoga dengan kemunculan data ini semangat mem'bloger'kan diri timbul kembali dan kembali meraih populariti(perasan je ni). Tapi pesanan dari kawan 'ko ni update blog setahun sekali ke?' Aku kembali mengembara.....hahaha
Jan 12, 2013
Dec 25, 2011
Kawan...
Malam minggu baru-baru ini aku berjumpa kawan lama.Sebenar-benarnya aku pun tidak pasti adakah mereka itu kawan-kawan lama aku. Berapa kenalan aku itu masa dahulu mungkin cuma seorang yang pernah bersekolah, sekelas atau satu rumah sewa dengan aku. Dahulunya mungkin hanya sekadar mengangguk kepala tanda kenal tapi tak pernah bertegur sapa. Dahulu hanya menegur di dalam bilik darjah diwaktu senggang bila cikgu tiada sambil sama-sama bergotong royong menjeling bila cikgu seksi yang datang mengajar...heh!
Tapi bila tiba waktu sekarang mereka inilah yang benar-benar tahu erti persahabatan. Gua respek sungguh sikap lu semua. Walau hanya sekali call sanggup hadir berjumpa aku dan kawan-kawan. Agak-agaknya ada kut yang menipu sunat bini untuk keluar malam tu....hahaha. Tapi apa yang pasti mereka ini boleh dikatakan sahabat yang sanggup mendengar coleteh merapu hingga larut malam.Aku boleh agak mereka ni kalau aku ada masalah boleh datang membantu pada bila-bila masa. Walau diatas alasan jalur pertalian yang nipis tetap hadir atas nama persahabatan.
Kadang-kadang terpikir juga ramai kawan-kawan aku kat rangkaian sosial bolehkan menjadi sahabat. Atau aku sendiri yang tak mampu menjadi sahabat?? Pernah sekali tu aku bertemu rakan maya FB di realiti. Tapi hampeh aku langsung tak menegur dia dan begitu juga sebaliknya walau duduk disebelah. Tapi bila di alam maya beria-ia benar bertegur sapa...malu kut :)
Berbagai-bagai cara persahabatan aku telah lalui. Macam cerita 'Sanggam' pun pernah aku rasa memamg terasa macam gampang (kata org Perak). Kawan tipu kawan, ranjau kawan, setia kawan semuanya ada. Dulu kawan yang kita rasa 'terbaekkkk' dah jadi terbalik.
Motif cerita aku kali ini? Bila ada kawan menjemput untuk sesuatu perkara maka hormatilah atas usahanya. Jangan asyik berdolak dalih tak nak hadir sambil bagi alasan serupa '*@#***' macam kata Janggut (kawan senasib aku...haha).
Posted by NJ at 4:37 AM 3 pesan memesan
Jul 28, 2010
Cerita Baru
Lama sungguh x update kat blog ni. Aku dah macam gersang idea nak dipaparkan di sini. Masih ada lagikah saudara, sahabat serta pelawat singgah kat sini. Agaknya dah tidak ada orang yang melintas di sini. Siapa la nak datang jika cerita masih seperti dulu tiada yang baru. Suratkhabar lama mana ada orang nak baca, buat bungkus belacan ok la juga. Hahaha...aku memang begini, ada masa terlampau rajin tambahan dapat menda baru macam juga dapat bini baru,hari-hari rasa nak tidor awal. Bila dah lama ni balik lewat pun tak mengapa. Tapi kena juga mulakan semula kasih sayang aku kat menda lama ni, almaklumlah barang lama ni semakin antik makin tinggi harganya...hehehe.
Posted by NJ at 5:57 PM 0 pesan memesan
Labels: kembara diri
Jan 7, 2010
Cinta Baru Tahun Baru
Ohhh...mengapa aku jatuh cinta lagi. Hari-hari asyik teringatkan dirinya. Rupanya tidak le secun Raja Emma atau semulus Sopia Jane. Namun keramahan dirinya sangat menarik hati.
Bagaimana perasaan kekasih lama aku ini? Merajukkah dia? Sudah lama dirinya tidak ku sapa. Makan nasi berulam jantungkah sidia (sedap nihh). Aku tetap setia pada kekasih lama namun terpaksa membahagikan masa untuk kedua-duanya. Mana bisa ku lupakan. Namun aku akui yang baru ni lebih mantooppp (kata Albanjari). Maklumlah benda baru, bergetah!!
Tapi aku kena akui yang lama tetap ada tarikannya sendiri. Ianya membuatkan aku lebih suka melayani perasaan. Lebih romantik jika dibandingkan dengan yang baru. Lebih bercandu kata orang. Lebih nikmat dan syahdu.
Andai kasih ini terpaksa dibahagi dua aku rela...sungguh rela. Biarlah mereka bermadu dilautan hempedu. Tapi aku rasa tiada cemburu diantara keduannya. Hanya aku yang 'gopla jingga' kepala untuk membahagikan masa. Mereka tidak menuntut hak tapi adilkah aku membiarkan antara keduanya merana. Oh tidak...cau mei nga!!!!!
Biarlah aku berterus terang pada kekasih baru aku 'FB' bahawa kau kutinggalkan jua sekali sekala untuk melayani kekasih pertama aku 'BG'. Biarlah aku menderita mengejar masa kerana kedua-duanya memang menjadi 'PUUUJAAN HATIKU'. Semoga korang berdua mengerti perasaan hatiku....
Nota kaki
BG - Blog - Kekasih awal
FB - Facebook - manyak mantooop o0o0
Posted by NJ at 4:12 AM 1 pesan memesan
Labels: Cinta Aku
Jan 1, 2010
Azam Tahun Baru
Tahun baru - 2010 bertambah lagi usia aku. Kata kawan aku bersyukur kerana kita dah tua sebab orang muda belum tentu tua lagi.
Azam aku tahun baru? Hahaha....macam biasa le nak berhenti merokok. Sehari 2 kotak Dunhill 14 = 6.9 x 2 = 13.80 x 30 = banyak tu. Kalau berhenti mahu jadi kaya aku ni... Ermmmm....jawapannya KALAU....
Tambah anak? Ada rezeki bagus juga, tapi tengok keadaan ibu kat rumah le. Bukan aku yang mengandung tapi dia. Rasanya nak tambah lagi le. Dari aku tambah bini baik tambah anak....
Isteri...tahun baru ni biarlah kami seperti biasa aman damai. Dia pun jenis tak berapa nak kisah sangat dan percayakan aku. Kadang-kadang ada juga bebelannya tu yang buat aku terdiam. Bukan aku takut bini yoppp...tapi bini yang tak takut kat aku...kehkehkeh.
Bisnes? Semoga tahun baru ni ada sinar, maklumlah dah hampir setahun aku bergelap. Sekarang ni kedai umpama bubu atas darat, dekat kuala lagi. Mana tahu dapat pakai Toyota Wish tahun ni. Boleh simpan kat Tabung Haji, pakai Virago, besarkan rumah, wuihhh macam-macam lagi le. Kayoo pakcik....kayooooo
Ok aku nak mulakanlah azam tahun baru ni...camana ye? Susah juga. Ooooo...perkena rokok Dunhill sebatang sementara cari idea.....fuhhh lega!!!!
Posted by NJ at 4:11 AM 0 pesan memesan
Labels: catatan merapu.....
Dec 28, 2009
Batu Delima, Geliga Embun....
Malam semakin larut. Bukan setakat embun jantan, embun betina pun dah mula luruh. Para sahabat makin galak melihat Tok Moh Muda menurun. Buyud tersenyum-senyum kambing melihat Tok Moh sambil menjeling kat aku. Bau kemenyan yang dibakar semakin menusuk kalbu. Hah...dia dah masuk dalam tubuh Tok Moh. "Assalamualaikum" kata Tok Moh sambil mata terpejam. "Waalaikumsalam" jawab semua cucu yang ada kat situ.
"Cucu tumpang tanya pasal keris...bla...bla...bla" mulalah upacara bertanya kat Tok Moh. Aku pun tumpang sekaki bertanya soalan-soalan bodoh. Hebat semuanya Tok Moh boleh jawab walau nampak macam hentam saja. Tapi statement paling hebat semua kami kat situ ada pendamping. Ada panglima, tok syeikh, raja tapi kebanyakkan semua mempunyai pendamping panglima. Kuta pendampingnya Panglima Hitam, kira hebat le tu. Aku pun Panglima juga, panglima jenis apa aku tak tau. Harun pula jenis Iban sebab dia datang dari Sabah. Paling dasyat Awi sebab panglimanya jenis kuning, keturunan raja kut. Tapi paling lawak Buyud sebab pendampingnya jenis Tok Syeikh kiranya paling alim. Porah....macam le aku tak kenal si Buyud nih!!
Aku dan beberapa member yang lain memang tak konfident pun pasal bomoh ni tapi layan le juga sebab nak tahu macam mana ritualnya. Tapi paling ngeri bila Tok Moh menilik pisau yang dibawa oleh Abg Ani. Walaupun Kuta ada pendamping Panglima Hitam tapi nampaknya pendamping pun lari tengok pisau. "Tak berani aku nanti kalau tiba-tiba mengamuk nahas aku" bisik Kuta sambil lari duduk antara aku dan Buyud. Hahaha....aku pun ngeri tengok pisau tu bantainya dirodok betul-betul mau bocor perut. Tak pasal-pasal nanti ada orang makan bubur kacang free...
Sudah dua tiga kali Tok Moh menurun dan makin lama dah makin mengarut. Ada ke patut aku keturunan Bukit Siguntang. Tak ada logik lansung, kalau nak temberang pun biarlah ada asas macam nujum Pak Belalang. Tapi dia ada cerita nak jual batu delima, geliga embun dan juga keris berdiri. Kalau laku tu mau senang hidup sebab barang jenis macam ini ada yang cari. Ada peminatnya. Tapi betul ke benda tu 'magic' atau mainan jin sahaja.....??
Satu hari tu aku ada jumpa Tok Moh uda ni kat kedai kopi bersama Salleh. Time ini le aku nak belasah Tok Moh ni. Aku bagitahu le kat dia mana ada orang kaya pasal jual keris, batu delima, gelinga ntah apa-apa ntah tu, kalau ada tunjukkanlah kat mana orang tu. Kalau tak rajin macamana le nak kaya, asyik duk merapu dimerata kedai kopi pastu pau pulak kawan-kawan bila nak makan minum. Berbakul-bakul aku syarahkan kat dia dan nampak dia terkulat-kulat macam cipan tertelan kaca. Disokong pula dengan Saleh dan Hamid tokey kedai apalagi macam lebih bersemangat lagi le aku. Untuk mempertahankan diri Tok Moh berkata terpulanglah pada kepercayaan dan keyakinan masing-masing. Selamba badak je Saleh jawab 'Aku tak percaya'
Aku pun tak percaya tapi kalau korang nak beli batu delima, geliga embun pastu ada le lagi barang pelik boleh bagitahu sebab Tok Moh nak jual benda tu. Hahaha...paling tidak aku boleh kaya bila jadi broker jual batu delima. Ok siapa cepat dia dapat....kayooo pakcik kayooooooooo!!!!
Posted by NJ at 6:38 PM 0 pesan memesan
Dec 24, 2009
Ketua Cawangan Kuk Yun
Semalam bila aku nak bayar duit deposit meter pelbagai masalah berlaku. Pertamanya tayar kereta barai. Hampeh. Telefon si Buyud minta tolong. Bila datang panas telinga kena belasah 'Pakai kereta je tau, tayar spare pun tak de!' Ceh...berlagak nak mampus dia pun bawa kereta Pak Mentua yang pegi Haji...pirahhh
Sampai je kat TNB bila dah bayar kena tunggu hari Isnin baru boleh pasang meter sebab cuti Krismas. Cis...berdebah betul..siapa le suruh cuti lama sangat ni? Dekat 2bulan aku tunggu meter letrik dah nak naik hijau badan aku ni tunggu. Sabar aje le...
Balik ke Kampung Gajah menenangkan hati pegi makan kat kedai mamak tepi sungai. Nampak 2-3 orang kenalan parti *Tuuut* sedang bersembang. Malas nak ganggu dia orang cuma tengok saja sambil menunggu Ibrahim. Naik berjanggut tunggu sempat makan dan memengkih 2 batang Dunhill untuk memenuhi peparu. Ibrahim sampai dan bawa berita gembira anaknya yang bersekolah kat Taayah dapat 7A 1B dalam PMR. Tahniah le walaupun bapaknya tak le berjawatan tinggi hanya seorang pengawal(chief pengawal) tapi anaknya otak bagai batu cincin kena gosok....berkilat!!
Dah selesai makan dan bercandu mula nak belah tapi aku pergi salam dengan meja ahlil politik tadi maklumlah semua kawan-kawan. Sembang lebihkurang timbul isu kedai yang nak dirobohkan di Felcra Changkat Lada. Kedai-kedai dibina atas rezab kerajaan maka Pejabat Daerah Kampung Gajah nak ambil tindakan merobohkannya. Tugas dia orang le nak kena robohkan kedai (beria-ia benar mereka nak jalankan tugas) tak kisah le. Disebelah pekedai termasuk aku kena juga ambil tindakan untuk mempertahankan.
Jadi aku bertanya pada Ketua Cawangan *Tuuut* apa tindakannya sebab kedai dia pun masuk senarai. Tapi jawapannya memang menyakitkan hati, rasa aku nak tinju je muka dia tu. Katanya dia ada kuasa nak tentukan kedai mana yang nak kena roboh atau tak. 'Kan aku ni Ketua Cawangan dan AJK Bahagian' Puihhh.....mujur le kat kedai kalau tak memang si Jebon ni aku carutkan. 'Dia orang sepatutnya jumpa aku minta tolong supaya kedai tak dirobohkan, ini tidak baca Harakah masa susah minta le tolong Harakah...dia orang tak tahu ke aku Ketua Cawangan' ermmm....rendahnya metaliti.
Aku cuma berbasa basi menjawab soalan supaya nampak lebih educated dari Ketua Cawangan yang cuba mengembangkan lubang hidung dia tu. Hehehe...memang macam budak terencat akal je aku tenguk. Bodoh sombong. Aku tengok member yang 2 orang lagi macam terkulat-kulat je mendengar jawapan cap ayam tadi. Nak disampuk pun tak boleh sebab tak boleh bawa dalam perjuangan lansung.
Aku boring dan last kata 'Kalau kedai tu nak dirobohkan aku lari aje le. Kalau siapa nak selamatkan diri sendiri buat le. Ikut sara encik le...aku mana ada power'. Terus belah...huh menyampah aku....
Posted by NJ at 6:10 PM 0 pesan memesan
Labels: Politik