BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sep 13, 2009

Perjumpaan Murid Nak Tua SMIS

Tarikh 12hb September 2009. Seri Iskandar

Berjumpa kat kedai mamak aje. Tajuk perbincangan reunion pada 23hb seperti notis sebelum ni. Hadir...aku, Meor Zaidi, Mi Nusi, Nasir Ismail, Salim, Azizi dan Are Jambul. So, mesyuarat kali ni secara sebulat suara setuju cuma RM30.00/family disebabkan perkiraan bajet cukup untuk hari tu. Ditakdirkan tak cukup korang standby aje le nak pakat derma macam waktu sekolah dulu. Ala dulu rokok sebatang boleh kongsi ramai-ramai inikan pula waktu dah kerja ni. Bayaran boleh dibuat dengan menghubungi no telefon urusetia.

Ditambah kebingitan suara penyokong M. City dan Arsenal ( 3 - 1) mesyuarat setuju untuk memanggil guru-guru lama dahulu. Antaranya Cikgu paling glamour Cikgu Wahid Jidun. Cikgu Nayan, Cikgu Mokhtar bersama isterinya Cikgu Rohani.
Aturcara majlis akan dibincangkan lebih detail nanti. Secara kasarnya:-
10.00 pagi - Pendaftaran
10.15 pagi - Ucapan Pengerusi
10.30 pagi - Ucapan Jemputan
10.45 pagi - Majlis Reunion - memperkenalkan family masing-masing.
11.30 pagi - Acara selingan
12.00 pagi - Penyampaian Cenderahati
12.30 pagi - makan-makan
Tema : Hari Raya le.....pakai baju raya wehhh. Bior meriah

Sesiapa yang berminat dengan Mi Hailam Shamuk boleh mengoder di sebelah sahaja.

Setelah mengoder gelas air yang kedua maka mesyuarat bertambah rancak. Persiapan dewan dan makan-makan akan diarrangekan oleh Salim dan Azizi - 0134805001. Jikalau menu tak menepati citarasa korang belasah aje diaorang tu.

Dimaklumkan bahawa Meor Zaidi tidak dapat hadir disebabkan ada kenduri sebelah keluarganya.
Cadangan dari Rohaidie melalui sms makan sate, kambing bakar atau masak lemak kampor yang dihidangkan oleh Kak Mah Kg Baru. Banyak cantik le muka dia nak makan sedap tapi duit ciput. Pastu sesi karaoke diusulkannya. Yang ni kena tanya Salim camana bole ke tidak.
Perjumpaan ditamatkan pada pukul 12.30 malam dan bil ditanggung oleh Cikgu Salim Mahmood yang memang hensem.

Jadi korang hebohkan maklumat ini pada member-member yang tak dapat dihubungi oleh pihak urusetia. Nanti mati jegil pulak kalau tak dapat jumpa kawan2 lama.

Maklumat terkini 35 orang telah confirm hadir.

Maklumat akan sentiasa diupdate melalui blog ini.

5 pesan memesan:

Anonymous said...

Salam.

Kome tak jemput teman sekali ke?

Iskandarian gak nih yob...

Nasir said...

Sape ni yob? Ramai bebenor x ingat sape. Kalau sudi jemput le dan tepon teman dulu ye

nasuha said...

amboi yob!!! senior2 Asrama tak dijemput ke.

Nasir Jelani said...

Hahaha...Nasuha, ko camana sekarang. Senior aku ni memang payah aku nak lupa sebab selalu ko insaf. Mai le sekali xde masalah. Tak pun kita buat group asrama plak, perghhh memang gempak!!

nasuha said...

aku baik je.. sesungguhnye sesiapa yang sentiasa mengingati nama aku adalah orang yang terpelihara imannya.. kah..kah mcm ustaz le.. kau apa kabo.. la ni duk kat mane?
kalau ada mase boleh le contact aku kat email nasuha@lth.gov.my
ok...