Semalam bila aku nak bayar duit deposit meter pelbagai masalah berlaku. Pertamanya tayar kereta barai. Hampeh. Telefon si Buyud minta tolong. Bila datang panas telinga kena belasah 'Pakai kereta je tau, tayar spare pun tak de!' Ceh...berlagak nak mampus dia pun bawa kereta Pak Mentua yang pegi Haji...pirahhh
Sampai je kat TNB bila dah bayar kena tunggu hari Isnin baru boleh pasang meter sebab cuti Krismas. Cis...berdebah betul..siapa le suruh cuti lama sangat ni? Dekat 2bulan aku tunggu meter letrik dah nak naik hijau badan aku ni tunggu. Sabar aje le...
Balik ke Kampung Gajah menenangkan hati pegi makan kat kedai mamak tepi sungai. Nampak 2-3 orang kenalan parti *Tuuut* sedang bersembang. Malas nak ganggu dia orang cuma tengok saja sambil menunggu Ibrahim. Naik berjanggut tunggu sempat makan dan memengkih 2 batang Dunhill untuk memenuhi peparu. Ibrahim sampai dan bawa berita gembira anaknya yang bersekolah kat Taayah dapat 7A 1B dalam PMR. Tahniah le walaupun bapaknya tak le berjawatan tinggi hanya seorang pengawal(chief pengawal) tapi anaknya otak bagai batu cincin kena gosok....berkilat!!
Dah selesai makan dan bercandu mula nak belah tapi aku pergi salam dengan meja ahlil politik tadi maklumlah semua kawan-kawan. Sembang lebihkurang timbul isu kedai yang nak dirobohkan di Felcra Changkat Lada. Kedai-kedai dibina atas rezab kerajaan maka Pejabat Daerah Kampung Gajah nak ambil tindakan merobohkannya. Tugas dia orang le nak kena robohkan kedai (beria-ia benar mereka nak jalankan tugas) tak kisah le. Disebelah pekedai termasuk aku kena juga ambil tindakan untuk mempertahankan.
Jadi aku bertanya pada Ketua Cawangan *Tuuut* apa tindakannya sebab kedai dia pun masuk senarai. Tapi jawapannya memang menyakitkan hati, rasa aku nak tinju je muka dia tu. Katanya dia ada kuasa nak tentukan kedai mana yang nak kena roboh atau tak. 'Kan aku ni Ketua Cawangan dan AJK Bahagian' Puihhh.....mujur le kat kedai kalau tak memang si Jebon ni aku carutkan. 'Dia orang sepatutnya jumpa aku minta tolong supaya kedai tak dirobohkan, ini tidak baca Harakah masa susah minta le tolong Harakah...dia orang tak tahu ke aku Ketua Cawangan' ermmm....rendahnya metaliti.
Aku cuma berbasa basi menjawab soalan supaya nampak lebih educated dari Ketua Cawangan yang cuba mengembangkan lubang hidung dia tu. Hehehe...memang macam budak terencat akal je aku tenguk. Bodoh sombong. Aku tengok member yang 2 orang lagi macam terkulat-kulat je mendengar jawapan cap ayam tadi. Nak disampuk pun tak boleh sebab tak boleh bawa dalam perjuangan lansung.
Aku boring dan last kata 'Kalau kedai tu nak dirobohkan aku lari aje le. Kalau siapa nak selamatkan diri sendiri buat le. Ikut sara encik le...aku mana ada power'. Terus belah...huh menyampah aku....
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts
Dec 24, 2009
Ketua Cawangan Kuk Yun
Posted by NJ at 6:10 PM 0 pesan memesan
Labels: Politik
Jun 18, 2009
Nizar 'Samseng'???
Teringin juga nak mengulas pasal YAB Nizar digantung dewan ari tu. Ulasan ini pun bukan nampak sangat dari sudut politik cuma nak ajak kita berfikir sedikit. Tertarik aku satu artikel dalam suratkhabar arini tentang ulasan Y.B Nizar tentang tindakannya melaungkan perkataan 'Bubar DUN'. Begitu juga dengan pemakaian lilit kepala yang dipakai oleh beberapa AP yang lain tanda protes tentang kemelut politik yang berlaku di negeri aku ni. Aku memuda dulu x pakai lilit kepala cuma 'key' warna merah, nak rock katakan...hahahaha.
Apa yang diulas oleh YB Nizar ialah gelaran samseng terhadapnya oleh pihak yang sebelah lagi. Mujur juga samseng sahaja kalu tambahan jalanan haru biru lagi le politik kita ni. Apa yang menarik perhatian adalah kata YB Nizar ialah tindakan samsengnya itu tidaklah sehebat samseng yang dilakukan oleh pihak BN. Samseng pihak BN adalah terlebih dengan pelbagai tindakan yang dirasakan tidak sesuai dilakukan kepada pihak lawannya. Dirasakan oleh pihak YB Nizar bahawa tindakannya tidak sebesar 'dosa' BN terhadap 'kesamsengan'(bole ke frasa kata ni??) yang telah dilakukan.
Ermmm... apa yang menarik perhatian aku adalah frasa kata samseng itu sendiri. Satu pihak berkata samsengnya taklah besar sangat dari samseng yang satu lagi. Maka disini kita lihat kedua-dua pihak tu seakan memang samseng cuma samseng besar atau kecil sahaja. Persoalannya pada YB Nizar, apakah jika ada orang yang samseng dengan kita maka kita harus juga 'bersamsengan' untuk menunjukkan kita juga hebat?? Bukan bermaksud hendak menghentam YB kita tu dari sudut politik, cuma tapi kenyataannya itu yang haru biru sikit. Kata Tan Sri P. Ramlee dalam filem '3 Abdul' 'Eloklah tu bapa penyamun bertemu bapa penipu' lebih kuranglah camtu dialognya yang bermaksud korang tu lebih kurang sama aje. Bukanlah marah cuma nasihat..... tapi pada aku setiap perkara salah yang dilakukan oleh orang lain bukan tiket untuk kita melakukan dosa itu dengan kata2 'alah org dulu lagi teruk apa salahnya aku wat camtu bukannya teruk sangat'. So, sendiri makan pengat sendiri mau ingat...
Teringat aku pada satu kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan wanita Yahudi buta yang selalu menghambur kata nista terhadap Nabi kita itu. Namun amalan dakwah Nabi langsung tidak memarahi wanita tersebut, malahan penuh kelembutan Baginda memberikan makanan kepada Yahudi itu memandangkan kecacatannya itu. Wanita tersebut menyumpah seranah Baginda tanpa menyedari lembutnya tangan Nabi yang menyuap makanan kepadanya. Begitulah keadaan sehari-sehari berlaku namun Baginda tidak pernah langsung memarahi atau membalas dendam pada wanita Yahudi tersebut yang menghinanya padahal terbuka luas untuk Nabi melakukannya. Kelangsungan berlaku sehingga kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, maka Saidina Abu Bakar yang meyedari rutin Nabi terus pergi kepada wanita tersebut untuk menyuapkan makanan. Terasa oleh wanita itu bahawa lain benar tangan yang menyuap makanan kerana kelembutannya terasa kurang walaupun kita tahu bahawa Saidina Abu Bakar itu lembut orangnya. Bertanya wanita itu pada Saidina Abu Bakar kemana pergi orang yang selalu menyuapkan makanan kepadanya. Lalu diberitakan kepadanya bahawa Baginda baru sahaja wafat. Menangis wanita Yahudi tersebut mengenangkan bahawa tangan yang mengenyangkan perutnya setiap hari adalah orang yang dihina, dimaki, dicaci setiap hari. Maka akhirnya wanita tersebut terus memeluk Islam disebabkan dakwah Nabi yang berhemah itu.
Moral kisah ini adakah setiap perbuatan tercela orang kepada kita adakah seharusnya kita juga membuat perkara yang sama?? Maka pada aku contoh terbaik dalam hal ini adalah Nabi kita.........
Moral kisah ini adakah setiap perbuatan tercela orang kepada kita adakah seharusnya kita juga membuat perkara yang sama?? Maka pada aku contoh terbaik dalam hal ini adalah Nabi kita.........
Posted by NJ at 7:01 AM 4 pesan memesan
Labels: Politik
Subscribe to:
Posts (Atom)

