BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

Sep 5, 2009

Pandangan Dr Asri


Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis 'hukuman sebat ke atas peminum arak' di Pahang.

Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama.

Banyaknya urusan menjadikan saya 'ketinggalan bas' kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.

Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan �Abd Rahman bin al-'Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).

Tindakan Khalifah Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).

ImageLebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.

Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: "Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: "Allah telah menghinanya". Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu". Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.

Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan. Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Hudud

Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama.

Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya. Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?

Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini.

Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:

"Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan" (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

"Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza�i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh�".

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Suasana

Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan �disembah hormat� oleh rakyat.

Ada pula berkata: �Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?�. Berbagai lagi sungutan yang lain.

Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau seragam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang. Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.

Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.

Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.

Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.

Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan.

Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta. Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.

Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita.

Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: "Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu"._harakahdaily

Aug 12, 2009

Pengajian Agama or Ceramah Politik

Semalam aku pergi le ke surau sebelum waktu Isyak. Nak dengar juga le pengajian agama sbb lama juga le tak pergi. Al maklumlah sibuk sangat kut aku ni sampai terlewat sbb pengajian dah berjalan. Menyelitkan aku kat barisan belakang. Ooooo....ustaz ni ke. Bekas calun ari tu, ok le juga dapat pandangan dari pelbagai pihak.
Terus duduk dan menundukan kepala tanda khusuk le aku tu. Bab pertama aku dengar pasal inkues Teoh Beng Hock. Ada kaitan kut pasal ceramah malam ni. Ulasan diberi pasal inkues tu. Ermmm....ustaz (penceramah) tu macam dah tau aje siapa salah dan benar. Semua macam tak betul bila nak inkues tu dijalankan. Ishh....tak dijalankan inkues nak ada inkues. Bila dijalankan siasatan semua orang tak betul. Biarlah le inkues tu berjalan dulu. Betul ke tak mana kita tau tak abis lagi pun siasatan. Sabor aje le......
Cerita bab kedua adalah berkaitan zalim. Tang ni aku ada menyirap sikit le. Tapi tak sampai jadi hijau. Kata penceramah tu kerja group dia yang boleh peneroka dapat pemilikan tanah tu. Bagus le tu. Orang dulu tak pernah nak buat macam dia orang. Ermmmm.... Hasil pertanian dah meningkat bila diusahakan sendiri. Cantik... Selama ni agensi kerajaan tu memerah hasil titik peluh peneroka. Geran tak bagi sebab agensi tu nak uruskan dan kutip hasil. Maksudnya zalim le tu. Hah!! Tang sini aku mula tak selesa kenyataan tu.
Aku anak peneroka, pernah kerja dengan agensi tu, kawin pulak dengan anak peneroka. Sekarang masih duduk kat sini. Sekurang-kurangnya aku tau agensi tu tak zalim. Memang aku membela agensi tu. Sebab aku tau dari mana asal usul. Nun kat kampung hidup susah. Tanah ada le 1 ekar adik beradik ramai. Mak ayah kerja siang malam. Nak rezeki ayah dapat tanah rancangan. Berbondong-bondong kami pindah duk kat tanah rancangan. Jauh dalam hutan. Ramai yang datang, sama macam ayah semua bekas perajurit. Kerajaan bantu bagi tanah suruh usaha. Alhamdulillah kehidupan kami berubah.
Takan zalim lagi kalau camtu. Memang le dia orang nak juga hasil dari usahasama jadikan tanah rancangan tu. Ada le juga cukai kat sana sini, biasa le tu. Takan terus je nak bagi geran kat orang kita. Dah bagi memang ada yang jual, ramai dah. Tu le antara sebab geran tu lambat diserahkan pada peneroka. Banyak le lagi sebab, aku tau kerana pernah kerja kat situ. Berlakunya penyelewangan tu memang ada tapi tak le teruk sangat. Maklumlah manusia ni kan tamak. Tapi takle teruk sangat agensi tu sampai kata zalim.
Kalau nak berjuang menuntut hak tu tak ada masalah kat aku. Sokongan akan diberi. Tapi kalau sampai nak mengata orang zalim sebab benda yang kita rasa salah mana aci. Ada jasanya yang lebih besar mengubah hidup orang kita ni.
Lepas tu kisah ex MB Nizar pulak timbul. Kisah lilin yang dipegang tu. Kata ustaz tu tak salah sebab lilin tu warna putih bukan merah. Lilin putih macam adat aje. Warna merah pasal agama dia orang. Hermmm....kesitu le pulak. Katanya lagi jangan terus menghukum tanpa merujuk pada alim ulama. Rasanya Dewan Ulama Pas pun dah putuskan benda tu. Abis tu camana?? Takan semua benda nak dibela walau salah. Kang jadi cam geng sebelah tu camana?? Sama aje le walau tak serupa.
Pastu aku mula le buat dengar tak dengar aje pengajian/ceramah tu. Dah melalut-lalut. Orang Melayu tak sedar le. Tak faham politik. Semua tak baik. Cerita tentang pengajian dah tak timbul. Pasal politik sesaja. Aku tengok sorang-sorang keluar pergi baring kat luar. Lastly Pak Imam gi kuar juga main kucing. Aku? Slow aje keluar sebab dah tak sesuai rasanya.
Sebenarnya banyak benda yang aku suka pada pengajian tu. Pertamanya dah cam ceramah politik. Keduanya kalau nak celah pasal politik tak kisah le sangat tapi jangan banyak sangat dan sebut nama somebody. Ada isu semasa tu biarlah mahkamah putuskan dulu. Tak percaya mahkamah nak percaya kat intitusi mana lagi?? Mahkamah korup....nanti dia orang tanggung le kat mahkamah Allah S.W.T. Kat dunia ni tu aje mahkamah yang ada.

Jul 2, 2009

Haru Biru Blue's Pakatan Rakyat

Seminggu dua ni perihal politik PR berlangsung hangat, panas!! Satu cabaran pada PR untuk membuktikan bahawa mimpi bersama itu boleh dilaksanakan kedalam realiti. Panas pungkoq juga le PR ni camana nak setelkan kontraversi yg melanda...

Nun kat Kedah pasal babi pun jadi kecoh haru biru dah ada kawan minta cerai, talak berapa xtau le. Kat Penang dah ngopla jingga kena salap buah pala pening duk cium bau dia. Camana ni bro...?? Tak sampai satu penggal dah kelam kabut ni, hangpa x pernah buat mesyuarat tingkap ka camana nak tidur sebantal ni. Ni duk berkelahi buat malu je, abis camana orang nak pi sokong hangpa ni?? Orang duk perati je perangai hangpa lagu mana, abis le camni PRU akan datang jenuh nak kampui semua masalah bagi selesai.
Memang kalau camni graf sokongan kat PR merosot le. Aku berani kata jika tengok perkembangan yang berlaku sekarang ni. Bukan kata org aku sendiri pun dah naik konpius, muak dengan ragam politik camni. Dulu ada harap le juga kut ada perubahan berlaku tapi la ni... hampehhh!! Dalam PR sendiri pun haru biru blues ni kan pulak kalau satu negara hangpa pegang mau le tunggang langgang. Bukan nak kata tapi tengok sendiri apa yang jadi sekarang ni. Tapi paling best ulasan DSAI 'ini mainan media arus perdana'...huhuhuu. Dari dulu tu le alasan yang keluar dah naik basi, muntah jadinya. Masa dulu kata rakyat dah tak percaya media perdana sbb ada alternatif lain seperti blog, onlines paper dan macam2 lagi le. Tu alasan masa menang PRU12 dulu kata rakyat dah cerdik pandai cari berita. Tapi sekarang kata rakyat kalut sebab 'mainan media arus perdana'! Nak tanya le sekarang rakyat dah tak cerdik lagi ke duk percaya media arus perdana ni?? Ni seolah dah mempermainkan hati dan perasaan aku....oh tidakk tak rela you!! Kiranya rakyat dah tak berapa reti le nak buat pertimbangan tentang isu sekarang.
Lagi satu yang tak puas hati tentang PR dan penyokong depa ni kalau kita duk sanggah sikit pendapat huh satu dunia depa duk salahkan.
Tuan,
apa yg tuan ckp betul dan apa yg MB kedah buat pun betul, tengok mcm kat melaka, bila kebun babi dah luas dah lama bertapak, apa yg MB dia blh buat, masa tu demo mcm nak rak pun tak guna, last2 senyap mcm tu aje.
aku pun pelik, org kafir ni tak makan babi tak blh ke.

JULY 2, 2009 6:49 PM

Depa sekarang bawa isu kat Kedah jadi kena selesaikanlah dan bincangkan isu tu dulu. Ni pi campur hal negeri Melaka camana plak, tak ke marah orang kat sana. Lagi satu duk pelik orang bukan Islam makan babi pehal plak?? Dah depa nak makan lantak le, nak marah buat apa depa dah suka. Tapi kalau orang Islam duk melantak menatang tu wajib le kita marah sbb benda tu haram pada kita. Ni duk pi salah pasal apa depa makan, lagi marah le orang bukan Islam kat kita. Kalau kita buat ulasan pun jgn le sentuh sensiviti orang lain hormat le sikit nanti baru le orang hormat kat kita. Baru senang nak berunding ni tak kalau orang tu x ikut kata kita semua orang tu salah. Pikiaq le ckit dik oii!! Camtu le realiti geng PR ni bukan saja di alam maya ni tapi kat luar sana pun sama saja. Tu kadang2 kalau nak berbincang secara baik mmg malas sbb apa hal mesti kena belasah kalau x sokong cakap depa. Kena le ubah standard pemikiran tu sikit jangan asyik2 nak belasah orang, semua orang buat tak betul nanti kena batang hidung sendiri susah. Macam kawan aku ni masa dulu punya le kuat sokong PAS orang dah nak lantik jadi Ketua Pemuda kira hebat le tu. Cakap pun boleh tahan pasal perjuangan ni, kiranya ada fakta tapi yang tak best banyak sangat orang lain yang tak betul. Kiranya puak UMNO tu salah aje le pasal perjuangan sbb nak rebutkan sesuatu. Percaya sungguh aku masa tu sbb masa tu dia aku nampak ok je. Abis masa PRU12, PR menang dan dapat tampuk pemerintahan negeri aku ni. Masa tu mula belang cap harimau dah nak nampak mula le dengar cerita pasal balak, projek sana sini tapi xpe le lagi masing2 punya habuan. Krisis berlaku dlm kerajaan Perak BN pulak dapat perintah member aku ni mula tak berapa semangat sampai mesyuarat pun dah tak datang sebab frust katanya. Ermm frust tang mana plak ni kata dulu perjuangan suci murni gunakan tanpa was-was. Sekarang ni bila dah projek terbengkalai dah jadi slow plak dah xnak berjuang abis tu camano. Ty le realiti yang ditgk jadi kat member2 sama je cam yang dulu mungkin skalanya kecik ckit tapi lastly memang ........ Haru Biru Blue's Pakatan Rakyat

Jun 25, 2009

'UG' - Fantasia Bulan Madu

Lama juga posting ini aku cuba nak siarkan kerana pelbagai reaksi diri sendiri yang timbul yang merasakan agak terganggu dengan artikel ini. Keputusan sudah ditetapkan oleh pihak PR bahawa UG yang diwar-warkan selama ini tidak akan dilaksanakan. Apa nak dikata dah keputusan diambil, nak ckp lebih pun apa le gunanya. Tapi apa salahnya jika difikirkan juga kalau bukan pada waktu ini mungkin 1000 tahun akan datang.....
Tapi aku terpikir juga camana isu UG ini timbul, rasanya dari kepimpinan parti PAS sendiri dan dikatakan cadangan yang direstui oleh Dewan Ulamak. Kiranya cadangan ini juga mempunyai asas untuk direalisasikan oleh kepimpinan kedua-dua parti. Dari satu sudut alangkah manisnya jika impian ini terlaksana. Masa depan politik orang Melayu yang semestinya Islam pasti akan lebih kukuh seandainya Umno dan Pas bergabung. Mengapa tiada langsung titik pertemuan diantara kedua-duanya? Terlalu besar sangatkah jurang diantaranya sehingga tiada jambatan yang mampu menghubungkannya? Atau terlalu besar 'dosa' yang telah ditimpakan ke atas hati masing2 sehingga tiada rasa sekelumit cinta?? Arghh....x faham langsung aku ni. Jika parti Pas itu sendiri tidak mahu bergabung dengan puak Umno mengapa tidak Umno itu sendiri diajak bergabung dengan Pas!! Sekali sekala apa salahnya berfikir secara terbalik pula maka kat situ kita tahu le pihak mana yang benar-benar mahukan perpaduan. Ataupun kedua-dua pihak ini memang bersandiwara demi kelansungan politik masing2.....
Komentar di dalam blog ramai juga dlm parti Pas tidak menggemari TGHA dan Nasha. Mungkin perkara ini hanya sebentar seperti 'biduk berlalu kiambang bertaut' akan redalah ribut di dalam cawan itu. Bersatulah semula demi survival politik sendiri! Jika parti Pas itu sendiri sudah berlaku permasalahan dalaman apa lagi yang boleh kita harapkan kepada lain-lain kumpulan siasah. Ini kerana diwar-warkan bahawa Pas itu sendiri merupakan kumpulan yang disokong oleh ramai orang kita. Namun apa yang berlaku terjadi sebaliknya pula dimana Pas pula bertelagah.

Melayu oh me-layu
Kita sering berbicara tentang dasar kemelayuan dan sering menolaknya atas dasar kesamarataan antara kita. Namun begitu apa yang merunsingkan aku selama ini adakah dengan menolak kemelayuan ini akan membuatkan pihak lain akan membuang dasar bangsanya sendiri. Kiranya ia berlaku alangkah baiknya dan harmoninya negara kita ini. Sememangnya itu yang kita harapkan supaya negara tidak menjadi kacau bilau. Tetapi tidak mengapalah jika begitu kehendak majoriti orang kita sendiri, semoga baiknya sifat kita akan dituruti oleh orang lain. Jangan sampai kita 'terhantuk baru nak terngadah' kerana 'sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya'. Fikir-fikirkanlah wahai orang yang bijaksana diluar sana,

Artis : TAN SRI S. M SALIM/ M. NASIR
Lagu : Seloka Cak Kun Cak

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali

Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
ramai perwira

Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang

Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang

Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur

Yang mana khilaf tegur menegur
La..la…la..la…

Jun 22, 2009

PPSMI - Komentar

Minit Mesyuarat MT

11.30 PM : Ahli mesyuarat tingkap pun bersidang lagi, kali ni tajuknya aku rasa agak serius sampai ada ahli majlis 'duk nganga' sebab xtau nak celah. 'Tutup mulut tu Pak Abu nanti masuk lalat'...hahaha. Kali ni kisah tentang PPSMI, rasanya ramai yang telah mengulas dan mengupas tentang benda ni. Aku 'search' dlm internet pun banyak laman sesawang yang menentang tentang hal ini. Ahli mesyuarat tingkap pun kebanyakkan semua x setuju dan berhujah dengan fakta-fakta yang menarik. Kiranya sampai pusing dunia le punya fakta, x sangka tinggi juga intelektual group tingkap aku ni...hahhahha

Cikgu Li (nama samaran...dia takut kena tukar) salah sorang panel 'mengomen' (bukan beromen) dari sudut pembelajaran sistem tu sendiri.


ii) Buku Panduan Guru (Teacher's Guide)

Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

Kata dia cikgu sendiri x bersedia untuk mengajar matapelajaran dalam B.I. Kalau dah cikgu sendiri x bersedia anak murid camana ye?? 'Cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari' habis kalau kencing berlari cucu cicit kita kencing camana le plak ye?? Mau le kencing manis.............

Apa yang aku nak ulas skrg ni adalah pasal kedudukan Menteri Pelajaran dalam rombakan sistem pelajaran di negara kita. Setiap kali ubah menteri mesti sistem kena ubah, lama kelamaan kita juga yang pening dah xtau nak ajar anak camana. Adakah perlu sistem pendidikan tu diubah setiap kali pak menteri berubah??. Kalau nanti kerajaan berubah adakah sistem pendidikan berubah lagi, brapa byk mau berubah daaa!!

Habis tu kemana le dasar-dasar pelajaran yang telah dibuat ketika dahulu adakah telah di'recyclebin' kan? Aku rasa apa yang patut diubah adalah kedudukan MP (Menteri Pelajaran) tu sendiri. Maksudnya MP tiada kuasa untuk mengubah dasar atau apa ke jadahnya dalam akta pendidikan dengan sewenang-wenangnya. Biarkan pembuat dasar itu adalah orang akademik atau org yang mmg pakar dalam bidang pendidikan. Waktu dulu ada Penyata Barnes (1950), Penyata Razak (1956), Lapuran Rahman Talib (1960) dan mcm 2 lagi le yang membuat dasar pelajaran. Walaupun dasar2 ini ditentang tapi kita dapat fahami ada kajian mendalam untuk menentukan sistem pendidikan negara. Ini tidak tukar je menteri tukar le sistem, gilo H1N1 gamaknya kut? Rasanya ini melibatkan kedudukan MP tu sendiri. Kita maklum sesapa je kalau duduk kat 'seat' tu ada can le jadi PM, jadi nak tunjukan MP tu best maka buatlah pelbagai cadangan yang menyusahkan rakyat. Skrg ni heboh plak nak lulus B.I dalam SPM, nak lupuskan PPSMI yang dahulu. Abis tu pelajar yang terlibat dengan PPSMI dahulu camana plak x ke rugi jadinya. Sapa yang malu depa dan keluarga depa juga nooo..

Tahun 70'an dahulu tulisan jawi sekolah rendah telah dihapuskan oleh MP ketika itu. Maka berapa ramai orang Melayu x tau menggunakan tulisan Jawi. Rasanya ramai generasi aku masa skrg susah nak membaca atau tulis dalam Jawi. Orang kata 'merangkak' le baca Jawi! Perghh..korang ingat senang ke nak membaca kena merangkak mau haus lutut wehh.Lagi satu malu kat anak2, depa terer sbb ada kelas Agama waktu petang skrg ni.Mak ayah...huh hampeh!! Tu le penangan dan kesan dari penghapusan tulisan Jawi dalam pendidikan negara. Kesannya nampak ketara selepas 10-20 tahun bukan sekejap itu. Tu tulisan Jawi kalau Pak Menteri wat larangan 'masuk jawi' tak boleh camana.....lagi le haru biru.

Kali ni aku harap kita sebagai rakyat Malaysia dapat mengubah menda camni. Tak kira le sesiapa pun nak memerintah atau pegang jawatan MP tu nanti jgn ikut sedap hati nak memandai ubah dasar. Gilo weh rakyat camni duk pening asyik tukar2 aje. Dah xde keje lain kut?

Mesyuarat Tingkap ditangguhkan sehingga jam 3.00 pagi. Alamak melepas lagi............!!

Jun 19, 2009

Krisis 'PAS' - Pandangan Luar Kotak

Menelusuri polemik dalam parti PAS sekarang ini membuat aku tertanya2 bagaimana perkara semcm ini boleh terjadi. Kalau ada yang berminat lebih mendalam boleh lihat blog Mat Pot

Apa yang ingin aku tanyakan kenapa parti itu x dapat membuat satu keputusan yang jitu tentang UG? Adakah struktur pentadbiran/hiraki dalam parti itu menimbulkan masalah?. Untuk orang yang berada di luar parti itu memang agak memeningkan kerana suara pihak yang mana ingin didengari kerana skrg PAS juga memainkan peranan penting dalam survival Islam dan Melayu di tanahair kita ini.

Di satu sudut Pas mmg dalam kerugian kerana isu ini kerana ianya telah dimainkan oleh pelbagai pihak yang menentang atau sebaliknya. Tetapi apa yang penting sekali adalah pandangan rakyat biasa terhadap isu ini. Boleh dikatakan tidak semua rakyat melihat dan mengupas isu ini secara mendalam. Pemahaman yang mendalam dalam isu ini hanya dikatakan dan difahami oleh ahli PAS itu sendiri malahan tidak kesemuanya mengerti apa yang berlaku. Jadi bagaimana pula dengan persepsi orang2 biasa tentang hal ini. Persepsi memainkan peranan penting terhadap sokongan terhadap sesuatu parti kerana tidak semua mengikuti politik secara kritis. Pandangan terhadap isu UG ini akan melemahkan sokongan terhadap parti PAS sendiri. Jadinya kita lihat PAS juga yang menanggung kerugian. Makcik2, pakcik, petani, tokey kedai, tidak akan mengulas dan mengupas isu ini dengan mendalam tetapi hanya melalui persepsi masing2. Lihat mereka sendiri pun berbalah macam mana pula kalau memerintah. Itulah persepsi golongan ini sekarang yang ditemui dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Mungkin kita yang berada diruang maya yang penuh informasi dapat memahami isu ini dan dapat berhujah antara satu sama lain tentang kebenaran masing2. Bagaimana pula dengan mereka2 yang berada diluar sana adakah faham dalam minda tentang hal ini??

Maka diharapkan PAS dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dan jika terdapat isu2 besar pada masa akan datang selesaikan melalui mesyuarah. Biarkan politiking itu berlaku di dalam 'cawan' sahaja jgn sampai tertumpah. Masyarakat Islam hari ini bergantung harap pada parti PAS untuk mencorakan masa depan namun politiking yang berlaku seolah meranapkan impian tersebut. Kebergantungan masyarakat akan pudar dan hilang lantas ini merugikan semua pihak.

Jun 18, 2009

Ahli Mesyuarat Tingkap (1)


Semalam aku gi lepak dan minum2 dengan kwn2 kat rumah member sorang ni. erm mcm2 topik disembangkan sampai satu dunia punya hal masuk dlm mesyuarat tingkap ni. Semuanya seolah boleh diselesaikan dihujung lidah kami tu....hahahaa mmg terer. Selalunya camtu le tambahan pulak kalu ada yg minum biak (bahaya minum ni) mmg abis dia sorang yg bercakap kita ni duk nganga aje le. Ermm....abis tu apa relevan citer aku ngan gambar seksi kat atas tu ye?

Dalam mesyuarat tanpa pengerusi tu timbul cerita tentang ular tedung. Ni citer pasal ular tedung selar bukan seluar ye!! Dikatakan oleh member aku ni Mat namanya, ular tedung ni akan mengeluarkan bunyi berketak kalu dia bertelur. Ok le aku terima le fakta tu, lagipun aku bukan pernah skodeng ular tu bertelur pun. Fakta kedua ni membuatkan ana rasa konpius, fenin kepala, ngopla jingga mcm2 le. Ada ke katanya dalam byk2 telur ular tadi sebiji darinya akan menjadi ayam hutan. Kalu buat ayam sabung perghh mmg terer bole pegang tali pinggang WWE bahagian ayam. Ye ke? Ahli Mesyuarat Tingkap yang lain pun sama fakta dengan si Mat tadi dan mengiyakannya pulak. Ishh...mana le logik camtu kan, kalu dah telur ular jadi ular le takan jadi ayam hutan. Abis tu kalu orang utan telur sapa le plak diambik gamaknya ye??

Berbalik pada relevan gambar atas tadi, dulu org takut nak bergambar 3 orang sebab sorang akan kojol. Ganas dan brutal betul tanggapan tu. Mmg le ada yg dah kojol dalam gambar tu tapi bukan org le tp kucing yang kat depan tu. Tu tanggapan tahun 80'an biasa le kita x terdedah dengan maklumat dan informasi. Skrg ni dah zaman "Macam2 Ada" rasanya dah x relevan lagi kenyataan tu. Aku rasa fakta2 mengarut ni dah xde le pada zaman milinum ni tp hampeh......

Dalam ramai2 ahli MT (mesyuarat tingkap) tadi bukan tarak sekolah semuanya sekolah dan ada yang jadi cikgu sekolah pun. Tp kepercayaan karut tu masih menebal dalam jiwa org kita ni. Mana aku x penin, ingatkan org kita dah maju kehadapan tapi masih kat takuk lama, pemikiran masih tahun 80'an, 70'an. Klu sorang xpe le juga abis semua semua ahli MT percaya, kiranya aku ari tu diam aje le kalu bising takut kena halau dari DEWAN!!!. Kena plak gantung 3 hari langsung x leh bermesyuarat...hahahah...hukhukhuk.