BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label USA. Show all posts
Showing posts with label USA. Show all posts

Sep 23, 2009

Bertemu Kembali...

Kehadiran Ke Majlis Reunion



Alhamdulillah... Jadi juga reunion yang nak dibuat pada 23hb Sep 2007. Bersusah payah dengan member lain bermesyuarat, minum nescafe bercawan-cawan, mencandu berkotak-kotak maka dapat juga dilaksanakan program tu. Perghh...kira puas hati le juga.

22hb 9 2007 - Jam 10.00 malam. Aku tengah pulun nak buat presentation untuk hari esok. Tengah sedap mencurahkan idea, komputer pulak meragam. Macam tahu aje aku tengah sibuk masa ni le plak buat hal. Karang ada benda yang melayang ni!!. Kena pulak repair tengah malam ni juga kalau tak memang klip video tu tak siap. Repair punya repair punya repair... berapa banyak repair daaa. Pukul 11.30 mlm, Pembantu kedai dan customer semua dah balik. Tinggal aku sorang aje ni jam hampir pukul 1.30 pagi. Mula aku duk rasa semacam...tapi kerja tak siap lagi. Ahhh lantak aje le lagi pun nak takut apa (memujuk hati). Mana ada orang mati kena cekik hantu pun. Pulun sampai keluar asap hitam siap juga akhirnya dalam pukul 2 pagi. Huh lega rasanya, balik ni dan jga ngole kat kedai siam.

23.9.2007 - Pagi ni perut pulak meragam. Silap makan apa malam tadi, takan minum nescafe jadi camni. Lantak le, tahan juga le walau perut ni meraung-raung minta tolong. Sabor aje le. Kelam kabut lagi dengan anak sedar tak sedar jam dah pukul 9.30 am. Hah! aku kat Changkat Lada lagi ni mana nak sempat kalau nak ke Parit jam 10.00 am. Azizi telefon dan dia telah pergi check dulu kat resort Cempaka Sari. Nyaris le sebab orang majlis daerah ingat program mula pukul 2.00 petang.

10.30 pagi- Majlis pun bermula. Dipengerusikan oleh Salim yang dah macam dj profesional. Aku pun berucap lebih kurang aje, lagipun bukan ada majlis formal sangat pun. Pastu Cikgu Wahid pulak menyampaikan ucapan. Hermmm....masih cam dulu juga kalau dia bercakap kami ni buat macam dengar tak dengar aje. Hahaha..mungkin kesan psikologi masa lampau!!. Selepas tu seesi memperkenalkan diri pun bermula maklumlah dah 22 tahun tak berjumpa. Kalau lelaki tu mula menampakan kematangan seperti perut yang mula membuncit serta rambut yang memutih dan terang. Kalau perempuan tu dah mula merendang maklumlah dah tak mau tinggi. Tapi ada juga still maintain cam dulu juga.

Acara selanjutnya klip video gambar lama-lama dulu. Nostalgia beb...tapi ada juga gambar yang tidak dapat disiarkan kerana melanggar akta penyiaran negara. Kutipan derma dilancarkan juga untuk anak-anak aruah Awi. Balunya Ode menerima sumbangan hari itu juga. Untuk Zamri kita serahkan pada Rosnah untuk disampaikan padanya. Jumlah semua kutipan derma adalah sebanyak RM 465.00. Alhamdulillah jumlahanya agak banyak, nampaknya semua kawan-kawan prihatin dan semoga ianya menjadi amalan kita nanti.
Cabutan terpilih untuk hari ini, mereka yang begitu special antara kita :-

Asmah - Anak paling ramai 10 orang dan dalam perut ada lagi....
Amaran - Teruna Idaman
Azmi Nusi - Bini 2 pakai 1
Azizi - Kawin Classmate


Selesai semua aktiviti dalam dewan maka upacara yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak berkesempatan bersarapan. Apalagi mari kita makan-makan!! Sambil makan tu berkesempatan pula bergambar serta posing maut. Bertanya khabar, mengenang nostalgia lalu adalah antara aktiviti.

1.00 pm - Acara menuju akhirnya. Semua nampaknya gembira dapat bertemu kembali rakan-rakan lama dahulu. Tapi kaum ibu ni memang aku respect kerana jumlah mereka yang hadir memang agak ramai. Beberapa orang seperti Liza, Sofiah yang sanggup turun walau tahu acara ini last minit. Linda pulak sanggup turun dari KL demi mengejar acara ini. Cayalah pada semua kaum ibu!!!

Jul 17, 2009

Reunion....USA SMIS

Salam...ISKANDARIAN!! Dimaklumkan bahawa Ahad ni 19/07/09 majlis walimatulurus...opps pra reunion nak diadakan kat Sri Iskandar dan ditaja oleh Salim yang handsome tu. Tempat akan diberitahu kelak dan dijangkakan pada pukul 10.00 pagi sebab petang tu aku ada hal nak gi dating...hahaha. So sape yang berminat nak gi jumpa sila le contact aku 0194403103 atau Salim (no cari sendiri). Salim kata nak ajak Hashan, Gee, Bonyo dan spesis cikgu2 yang lain (ramainya cikgu geng kita ni). Nak buat kat Pekan Parit x berapa best kata Salim sebab xde kedai makan kecuali Hailam Shamuk, kembang tengkuk kalau nak makan. Katanya kat Sri Iskandar ok ada le port yang sesuai. Lantakle Salim janji ko belanja kalau kat Tanjung Belanja pun aku ikut!!

Lepas perjumpaan tu nanti mungkin boleh ditetapkan kat mana reunion yang grand tu nak diadakan, maybe kat Langkawi ke!. Nanti kita minta Albanjari (Mat Pot) sponsor dengan Kopi Kajungnya tu.

Adios, jumpa kat Seri Iskandar.

Jun 29, 2009

NOTIS REUNION SMIS 1987

Wahai orang-orang kg Tualang Tiga!!!..... Ok kepada kengkawan SMIS Parit USA 1986-87 dengan rasminya aku nak umumkan bahawa reunion yang kita nak buat kira jadi le...hohohoho. Sebelum tu kena le wat perjumpaan x rasmi pasal nak bincang reunion nih maklumlah kalau ramai tentu lagi baik perancangannya. Kalau ikut aku kita gi jumpa kat Tawakal je mkn bawah tangga..hahaha......tempat lepak aku tu dulu, x pun pi Mi Hailam Syamuk aje. Layan mi yg kembang besar jari kelinking tu. Perjumpaan tu nanti ditetapkan kat Parit jadi aku harap sesiapa yang ada kat sana tu contact le aku. Bulan Julai ni kena le wat perjumpaan pra reunion tu supaya ada le agenda nampakle cam pro ckit...(Salim ko ada kat sana tlg le setkan tempat nak jumpa...ko belanja sekali....hahahaha)

Sebelum tu sesiapa yang berminat untuk reunion sila sms kat aku disini tentang kehadiran nanti. Sertakan sekali senarai nama ahli keluarga supaya senang nak arrangekan majlis tu nnt. Kalau ada senarai senang wat budget, kalau harapkan aku korang minum je air sungai Perak tu sampai kembung jimat ckit. Sila hebahkan maklumat ini dengan kadar mi segera!!!

Maklumat akan sentisa di updatekan dlm blog aku ni.......