BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Oct 4, 2009

Teringat Cikgu Aku Dulu

Dah jenuh upload gambar, tiba-tiba teringat pula pada cikgu-cikgu aku dahulu. Aku pasti korang pun ada kenangan yang istimewa bila berbicara topik cikgu ni. Menjadi kebetulan ramai saudara dan kawan aku yang menjadi pendidik, tentu meriah kalau diceritakan perihal persekolahan ini.
Antara guru-guru yang masih berbaki memori kt aku
Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar, Semanggol Perak (Tahun 1975 -1978)
Ustazah ?? (lupa nama dia) - dia gemar cubit aku, mak oii sakit wehh. Salah aku sebab pensil selalu hilang mujur ada awek kat belakang bagi pinjam kalau ta mau aku lari dari kelas dia.
Cikgu Sains (Cina) - Dia collect RM0.05/sorang sebab nak beli keju bagi tunjuk kat anak murid dia. Masa tu mana le bebudak kampung tau mana rupa keju, punya le teruja aku simpan dengan bangganya hampir seminggu.
Sekolah Kebangsaan Seberang Perak (1978 - 1980)
Cikgu Salleh - Masuk kelas aje dia suruh bebudak nyanyi. Nyanyi, nyanyi bila dia ngajar aku pun confius. Ari tu kawan aku Anuar melepaskan angin syahdu yang telah lama diperapkannya kat depan semasa kami ramai-ramai ambil keputusan periksa. Hampeh tul....menyumpah cikgu, tapi ye juga kan cikgu suruh nyanyi murid kentut berdiri....hahahaha
Cikgu Damanhuri - Garang nak mampus aku selalu kena sebab lemah Ilmu Hisab, berdiri le atas bangku sampai waktu balik sebab tak hafal sifir. Muka dia masa tu macam crook filem Melayu sekarang ala-ala 'Chinese Look'. Tapi sekarang dia kat PPD Parit, dah tak garang kut boleh ajak ngole...huhuhu
Sekolah Menengah Seberang Perak (1981-1983)
Cikgu Baha - "Bagai aur dengannnn........karipap". Salah satu peribahasa dia, kalau x dapat jawab berbirat belakang kena pembaris. Hari tu aku letak buku untuk mengelakkan impak maksima kat buntut tapi dia memang terer , ada ke rotan kat tangan pulak mana aci....
Cikgu Zaki - Ngajor Sains Pertanian best le dia ni sebab sporting, walau aku dengan member agak nakal. Cikgu Zaki ni tau Kung Fu katanya, maka berkungfu le aku dengan Nuar dalam kelas untuk mengajuk dia. Hehehhe...lastly dia guna kungfu cengkadak cubit perut aku, punya le sakit.
Cikgu Aziz Kintan - Guru Besar dan memang bersaiz besar orangnya serta garang. Entah apa angin hari tu aku dengan member dengan berani pergi terjah bertanyakan duit biasiswa. Aku le pulak gatal duduk depan sekali macam berani sangat. Mujur le dia ok hari tu atau terkejut dengan kehadiran kami tak de dia meroyan sangat hari tu, huh kalau tak mahu le makan penampor Jepun sorang sekali!!!
Sekolah Menengah Iskandar Shah (1984-1987)
Cikgu Nor....... - Guru Kelas merangkap Ibu angkat sekolah. Masa tu setiap guru ada ramai anak angkat yang dipilih secara rawak. Cikgu baik, lemah lembut dan cun tu yang buat aku suka. Dia ngajor Biologi, kalau kelas dia bersemangat waja aku nak masuk, maklumlah mak nak ngajor anak.
Cikgu Tan Kim Teng - Tang garu tangan dia tu memang aku tak lupa sungguh. Satu lagi dia pernah tak perasan aku dalam kelas dia selama 6 bulan. Orang lain mesti kena tanya setiap kali kelas nak habis tapi aku tak pernah. Mungkin masa tu aku membeliakkan mata masa belajar sebab takut kat dia, hingga dia terfana lihat wajah aku.....hehehehe
Cikgu Wahid - Perghhh bila dia masuk mesti nak bertekak fasal politik. Aku kata kereta Proton dia buat dari tin Milo (sebab warna hijau), punya le marah sampai nak cekik aku. Jangan marah cikgu aku sekarang pun pakai kereta Proton....huhuhuhu
Cikgu Hasnah - kalau bebudak lelaki form 6 yang tengah gatal merenyam tu memang kenal sangat cikgu ni. Tapi aku pulak lain sebab pernah dioffer siapa geng-geng nakal tu kalau dapat result cantik Pengajian Am dia belanja. Sampai sekarang dia tak belanja pun.......
Cikgu Maizon - Guru kelas Form 6 aku ni memang cool dan baik sangat. Dia memang minat lagu Ibnor Riza - Meneka Dalam Kesamaran
Sebenarnya ramai lagi cikgu yang aku ingat tapi maklumlah dah lama memori tu dah haus dan naik karat. Korang pun tentu ada guru yang spesial dalam hidup kita ni kan? Itulah kehidupan yang pernah kita lalui serta menjadi memori yan manis walau dulu teramatlah pahit.
Kepada guru beragama Islam yang yang telah tiada kita sedekahkan Alfatihah, kepada guru non Muslim kita kenangkn ilmu yag telah dicurahkan kepada kita. Kepada cikgu yang masih ada 'I love you' cikgu. Duit raya tak ada ke?? Kepada kawan aku yang jadi cikgu......pulangkan balik stokin jambul berbelang tu....PULANGKAN!!!!!!!!

Aug 21, 2009

Ramadhan Al mubarak

Ramadhan muncul lagi, alhamdulillah kita dapat merasainya. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir untuk kita? Jika benar begitu moga kita penuhkan bulan penuh keberkatan ini dengan amal ibadah seolah-olah tiada Ramdhan untuk kita lagi. Kita panjatkan doa untuk kedua ibu bapa yang masih ada atau yang telah meninggalkan dunia fana ini. Kepada yang pergi kita doakan semoga roh mereka tenang di sana.
Teringat aku pada aruah ayah aku yang telah pergi ke rahmatullah pada 31 Julai 2000. Kalau menyambut Ramadhan sibuk ayah membeli untuk bersahur pada hari pertama. Daging atau ayam yang boleh dikatakan mewah waktu tu pasti diusahakan ada di dalam hidangan. Mana ayah dapat duit mana aku tahu, janji makan nak sedap. Kalau waktu berbuka ais ketul mesti ada. Ais tu bungkus dalam habuk kayu, harga lebih kurang RM0.40 je. Cendul atau cincau pun dah kira sedap masa tu, meleleh air liur tunggu nak berbuka. Waktu ini pun nak merasa ais batu kalau hari biasa tu memang payah nak jumpa. Sebelum nak berbuka aku dan abang aku Usup ronda keliling kampung cari buah-buah seperti jambu, mempelam dan apa saja nak berbuka nanti. Macam orang tak makan setahun punya le banyak cari. Tapi waktu berbuka nanti terbongkang dah tak larat makan semua yang ada tu entah kemana hilangnya. Jiran-jiran pun hantar le kuih muih atau lauk pauk kerumah. Berbalas-balas jadi banyak le hidangan kat dalam talam nampak macam mewah pulak berkat kerjasama tu.
Bab puasa ni aku kira terer le juga, boleh berpuasa walau kecik lagi. Tapi mak memang tak tahan sebab aku merengek nak berbuka dari jam yang pertama hingga time berbuka. Disuruhnya aku berbuka tak mahu pulak, tapi tak abih2 nak ugut berbuka. Jenuh pujuk le mak sampai waktu berbuka. Ermmm...elok benar le perangai camtu sebab anak aku dah ikut perangai buruk tu. Hahahaha....rasa cam nak duku je tapi aku pun lebih kurang aje...mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.