BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Aug 21, 2009

Ramadhan Al mubarak

Ramadhan muncul lagi, alhamdulillah kita dapat merasainya. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir untuk kita? Jika benar begitu moga kita penuhkan bulan penuh keberkatan ini dengan amal ibadah seolah-olah tiada Ramdhan untuk kita lagi. Kita panjatkan doa untuk kedua ibu bapa yang masih ada atau yang telah meninggalkan dunia fana ini. Kepada yang pergi kita doakan semoga roh mereka tenang di sana.
Teringat aku pada aruah ayah aku yang telah pergi ke rahmatullah pada 31 Julai 2000. Kalau menyambut Ramadhan sibuk ayah membeli untuk bersahur pada hari pertama. Daging atau ayam yang boleh dikatakan mewah waktu tu pasti diusahakan ada di dalam hidangan. Mana ayah dapat duit mana aku tahu, janji makan nak sedap. Kalau waktu berbuka ais ketul mesti ada. Ais tu bungkus dalam habuk kayu, harga lebih kurang RM0.40 je. Cendul atau cincau pun dah kira sedap masa tu, meleleh air liur tunggu nak berbuka. Waktu ini pun nak merasa ais batu kalau hari biasa tu memang payah nak jumpa. Sebelum nak berbuka aku dan abang aku Usup ronda keliling kampung cari buah-buah seperti jambu, mempelam dan apa saja nak berbuka nanti. Macam orang tak makan setahun punya le banyak cari. Tapi waktu berbuka nanti terbongkang dah tak larat makan semua yang ada tu entah kemana hilangnya. Jiran-jiran pun hantar le kuih muih atau lauk pauk kerumah. Berbalas-balas jadi banyak le hidangan kat dalam talam nampak macam mewah pulak berkat kerjasama tu.
Bab puasa ni aku kira terer le juga, boleh berpuasa walau kecik lagi. Tapi mak memang tak tahan sebab aku merengek nak berbuka dari jam yang pertama hingga time berbuka. Disuruhnya aku berbuka tak mahu pulak, tapi tak abih2 nak ugut berbuka. Jenuh pujuk le mak sampai waktu berbuka. Ermmm...elok benar le perangai camtu sebab anak aku dah ikut perangai buruk tu. Hahahaha....rasa cam nak duku je tapi aku pun lebih kurang aje...mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.



0 pesan memesan: