BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jun 18, 2009

Nizar 'Samseng'???


Teringin juga nak mengulas pasal YAB Nizar digantung dewan ari tu. Ulasan ini pun bukan nampak sangat dari sudut politik cuma nak ajak kita berfikir sedikit. Tertarik aku satu artikel dalam suratkhabar arini tentang ulasan Y.B Nizar tentang tindakannya melaungkan perkataan 'Bubar DUN'. Begitu juga dengan pemakaian lilit kepala yang dipakai oleh beberapa AP yang lain tanda protes tentang kemelut politik yang berlaku di negeri aku ni. Aku memuda dulu x pakai lilit kepala cuma 'key' warna merah, nak rock katakan...hahahaha.
Apa yang diulas oleh YB Nizar ialah gelaran samseng terhadapnya oleh pihak yang sebelah lagi. Mujur juga samseng sahaja kalu tambahan jalanan haru biru lagi le politik kita ni. Apa yang menarik perhatian adalah kata YB Nizar ialah tindakan samsengnya itu tidaklah sehebat samseng yang dilakukan oleh pihak BN. Samseng pihak BN adalah terlebih dengan pelbagai tindakan yang dirasakan tidak sesuai dilakukan kepada pihak lawannya. Dirasakan oleh pihak YB Nizar bahawa tindakannya tidak sebesar 'dosa' BN terhadap 'kesamsengan'(bole ke frasa kata ni??) yang telah dilakukan.

Ermmm... apa yang menarik perhatian aku adalah frasa kata samseng itu sendiri. Satu pihak berkata samsengnya taklah besar sangat dari samseng yang satu lagi. Maka disini kita lihat kedua-dua pihak tu seakan memang samseng cuma samseng besar atau kecil sahaja. Persoalannya pada YB Nizar, apakah jika ada orang yang samseng dengan kita maka kita harus juga 'bersamsengan' untuk menunjukkan kita juga hebat?? Bukan bermaksud hendak menghentam YB kita tu dari sudut politik, cuma tapi kenyataannya itu yang haru biru sikit. Kata Tan Sri P. Ramlee dalam filem '3 Abdul' 'Eloklah tu bapa penyamun bertemu bapa penipu' lebih kuranglah camtu dialognya yang bermaksud korang tu lebih kurang sama aje. Bukanlah marah cuma nasihat..... tapi pada aku setiap perkara salah yang dilakukan oleh orang lain bukan tiket untuk kita melakukan dosa itu dengan kata2 'alah org dulu lagi teruk apa salahnya aku wat camtu bukannya teruk sangat'. So, sendiri makan pengat sendiri mau ingat...

Teringat aku pada satu kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan wanita Yahudi buta yang selalu menghambur kata nista terhadap Nabi kita itu. Namun amalan dakwah Nabi langsung tidak memarahi wanita tersebut, malahan penuh kelembutan Baginda memberikan makanan kepada Yahudi itu memandangkan kecacatannya itu. Wanita tersebut menyumpah seranah Baginda tanpa menyedari lembutnya tangan Nabi yang menyuap makanan kepadanya. Begitulah keadaan sehari-sehari berlaku namun Baginda tidak pernah langsung memarahi atau membalas dendam pada wanita Yahudi tersebut yang menghinanya padahal terbuka luas untuk Nabi melakukannya. Kelangsungan berlaku sehingga kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, maka Saidina Abu Bakar yang meyedari rutin Nabi terus pergi kepada wanita tersebut untuk menyuapkan makanan. Terasa oleh wanita itu bahawa lain benar tangan yang menyuap makanan kerana kelembutannya terasa kurang walaupun kita tahu bahawa Saidina Abu Bakar itu lembut orangnya. Bertanya wanita itu pada Saidina Abu Bakar kemana pergi orang yang selalu menyuapkan makanan kepadanya. Lalu diberitakan kepadanya bahawa Baginda baru sahaja wafat. Menangis wanita Yahudi tersebut mengenangkan bahawa tangan yang mengenyangkan perutnya setiap hari adalah orang yang dihina, dimaki, dicaci setiap hari. Maka akhirnya wanita tersebut terus memeluk Islam disebabkan dakwah Nabi yang berhemah itu.

Moral kisah ini adakah setiap perbuatan tercela orang kepada kita adakah seharusnya kita juga membuat perkara yang sama?? Maka pada aku contoh terbaik dalam hal ini adalah Nabi kita.........

4 pesan memesan:

Anonymous said...

ikat lilit kepale,melaungkan "bubar dun perak" samseng ke?adnan yaakob tunjuk isyarat lucah berckp "go to hell" dlm sidang dun..arahan umno kpd polis ramai2 masuk sidang dun perak,angkat speaker cmpk dlm stor tu bkn samseng ade lesen??..kalo rasa umno dh bagus sgt dan memg rakyat suke di perak knp tk bubar dun??..knp nk syok sendiri..bknkah tanpa rakyat tkde krajaan..jgn ingat pakai v6 exco 7,8 biji berhenti makan kt wangge pd waktu solat jumaat satu cara nk tunjuk pd rakyat konon leh turun mkn kt kedai2 awam..wayang tinggi production.lihat poll2,undian2 bebas suara rakyat perak yg inginkan keadilan dan dun dibubarkan..semuanya melebihi 80%..rakyat ingin dun dibubarkan..ape kesempatan nizar di parlimen utk menyampaikan hasrat rakyat perak?? hari kedua najib pun dh absent,ramai mp2 bn tk hadir parlimen..umno kini sedang nazak..rakyat menyimpan dendam atas setiap tingkahlaku umno kini..tungguuuuuu...

Nasir said...

kenyataan tentang samseng tu YB Nizar yang buat so terpulangle korang nak pikir camana. Mmg UMNO tu dah samseng maka x seharusnya org lain juga ikut samseng walaupun kecik je samsengnya itu. Rindu aku pada akhlak PAS dulu.....

Anonymous said...

Pemahaman kita berbeza antara satu sama lain.Samseng tu juga berbeza antara satu sama lain.Kadang-kadang kita kena samseng pada yang samseng.Dulu kecoh isu Tuhan Samsengkan.Takkan kita semua dah lupa.Ada masa kita berlembut,ada masa kita berkeras tapi tetap dalam kontek kebenaran.Kita boleh sesekali berlaku samseng untuk menegakkan kebenaran.Itu pendapat hamba le...maaf kalau tak sealiran dengan orang lain.

suratman said...

Pasir Panjang ke Pulau Pangkur
Duduk sebentar atas jeti
PRU13 bagi UMNO BN tesungkur
Itulah bahasa yang dia mengerti