BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Nov 7, 2009

Kenangan Lalu

Pada hari Selasa 3hb November aku menghadiri satu Seminar PIBG di Seri Iskandar. Ada perbincaangan dengan pihak PPD dan juga polis. Kira ok juga le pelbagai info aku dapat. Tapi itu bukan cerita yang nak disampaikan. Paling mengujakan aku pada hari itu dapat berjumpa dengan guru-guru yang pernah mengajar diri ini di Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit. Antara yang dapat aku jumpa hari itu adalah Cikgu Rohani, Cikgu Hadijah dan Cikgu Mokhtar. Semua cikgu ni dah naik pangkat rupanya. Cikgu Rohani dan Hadijah dah jadi Pengetua sementara Cikgu Mokhtar dah jadi Pegawai Pelajaran Daerah. Kalau ikutkan hati tu malu juga nak jumpa dia orang sebab aku ni bukannya berjaya sangat. Tetapi disebabkan rasa kuat untuk berterimakasih dengan cikgu-cikgu selamba badak aje aku rapat dengan dia orang. Memang dia orang tak berapa cam maklumlah murid yang dia orang ajar dah cecah ribu-ribu. Kalau kita yang tak dekatkan diri macamana cikgu nak kenal kan? Tapi memang nampak dia orang gembira bila anak murid menyapa mereka.
Setelah memperkenalkan diri bahawa aku ni anak murid dia orang dari Iskandarian tersenyum Cikgu Rohani dan dia terus memanggil Cikgu Hadijah untuk memberitahu bahawa aku ni bekas murid. Maka timbulah ceritera-ceritera lama dahulukala purba di alam persekolahan. Walapun dia orang tak berapa cam sangat muka comot aku ni tapi "Aiman tak kisah" sebab faham situasi cikgu ni macamana.Aku nampak cikgu lama aku ni agak gembira bila ada yang menyapa dan bertanya khabar tentang mereka. Oleh itu sesiapa yang pernah berjumpa dengan bekas guru maka tegur dan bertanya khabar sebagai satu tanda kita berterima kasih. Tetapi tak tahu le pula kalau ada yang pernah mencalarkan kereta atau membuang angin tayar motor cikgunya dahulu patut bercerita semula tentang memori silam. Mana tau kut cikgu pun dah lama mencari siapa le orangnya yang membuat onar dahulu. Maklumlah cikgu juga kan manusia biasa.....

1 pesan memesan:

mrozi said...

Seronoknya bila dapat berjumpa dengan bekas guru-guru kita dahulu.Semoga pertemuaan itu tidak akan berakhir begitu sahaja dan mesti ada follow up dari kita.Bila kita buat program bolehlah jemput mereka sama ok tak?