BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Nov 4, 2009

Kes Dr Asri - Apa aku rasa


Isu Dr Asri memang menarik perhatian seluruh negara. Aku memang mengikuti penulisan Dr Asri setiap masa. Memang agak menarik segala fakta yang dinukilkan olehnya. Secara peribadi aku tidak nampak apa kesalahannya dalam bidang agama. Selain itu tidak tercapai oleh akal berdasarkan keilmuan yang aku ada.
Tetapi sebagai orang biasa agak pelik juga bila mendengar bekas Mufti kena tangkap. Biasa yang kena tangkap ni orang salah. Salahnya tiada permit. Nak mengajar agama pun kena ada permit sekarang ni. Betul le tu. Takut ada berlaku ajaran salah. Tapi salahkan apa yang Dr Asri ajar. Baik ditangkap saja dahulu kalau betul dia salah. Agaknya JAIS takut nak tangkap bila orang ada jawatan. Kiranya bila ada jawatan apa yang diajar dan dibuat tak salah. Haru...
Lepas itu pelbagai isu pulak timbul. Sijil, Wahabi, Yadim, Jakim semuanya seperti bersangkut-sangkut. Semalam kata sijil Dr Asri tak betul hari pulak cerita lain. Kata press silap mendengar dan tulis. Lawak aje bunyinya. Pertamanya wartawan bengong sebab catit tak betul atau yang kena tanya bengong tak reti jawab.
Nampaknya isu ini terjadi apabila orang yang menguruskannya tidak berapa cerdik. Nak tangkap orang pun tengok le keadaan. Asal rasa salah tangkap tak pakai diplomasi langsung. Jatuh air muka kawan buat camtu. Kalau aku kena tangkap apa masalah bukan ramai yang kenal pun. Terjah aje le apa masalah. Ini orang yang memang dikenali seluruh negara. Berlaku pula dalam suasana kontroversi pemilihan pimpinan YADIM. Tunggu aje le lepas selesai ini lepas tu pergi le sergah. Udah orang tu sergah balik biru pulak muka tu.
Lepas kita dengar le saman menyaman berlaku. Ribut pulak diantara orang agama kita ni. Malu bila berlaku macam ni seolah-olah kita ini asyik nak bergaduh aje. Kalau tengok cerita Seniman Bujang Lapok kita tengok pergaduhan suami isteri berlaku.Riuh satu rumah sewa. Datang si Ramlee ni pergi tegur 'Anee.. itu anak taik punya pasal pun mau gaduh ke?' Agaknya gitulah gaduh antara mereka nanti 'keci punya hal pun mau bising ke...kasi basuh aje le itu taik le Anee habis cerita!!'
Moralnya ada benda boleh kita bising ada benda simpan aje le. Pergi setel cara baik idak le malu semua nanti.

1 pesan memesan:

tiblakedah. said...

Orang Perak kata Biole. Memang kerja orang yg pendek pikio, mereka ikut telunjuk orang besor. Masa nak mengundi nanti rakyat pun tak telio. Macam MB Perak sekarang tunjuk beso yg undi mereka harus dua kali pikio. Buatlah yang anda suka tapi ingat anda akan kembali jua akhirnya. Kita jumpe ye.