BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dec 9, 2009

Rebana - Hadrah Perak

Musim cuti sekolah ni rasa macam artis. Aku dan member2 penuh dengan undangan untuk bermain rebana pada majlis perkahwinan, bersunat dan majlis-majlis keraian yang lain. Ada satu masa tu sampai 2 buah rumah kena pergi satu malam....perghhh macam artis popular le pulak. Tradisi masyarakat orang melayu Perak ini disambung oleh group rebana Taman Changkat Lada Raya yang dianggotai lebih 20 orang. Memang ramai macam kumpulan Rabbani tak pun kumpulan Santana. Di dalam group ini pelbagai ras seperti Perak, Jawa, Banjar, Batubara bergabung dalam satu irama rebana. Difahamkan bahawa tradisi rebana ini berasal dari Timur Tengah dan dibawa oleh perantau Bugis ke Tanah Melayu. Fakta ini kalau orang Indonesia tau mau le dia orang buat demo kat sana menuntut hak rebana. Rebana dimainkan terutama pada majlis kenduri kahwin untuk meraikan pengantin baru. Permainan rebana ini memang mengasyikkan dan boleh membuatkan pemain naik 'syeikh'. Pada generasi terdahulu perkara naik 'syeikh' ini adalah lumrah apabila nikmat bermain rebana itu tercapai.Tapi pada hari ini naik syeikh memang dah tiada kerana penghayatan pada permainan tu tidak seperti dahulu. Tambahan pula jika ada awek atau mak janda ada pada majlis kenduri maka memang sedia maklum sheikh yang ada pun lari. Banyak lagu rebana dimainkan diantaranya Minallah, Sakdoman, Ya Muham, Al Paso, Sargia (Dekun), Ya Omar, Solatullah dan Yaman. Terdapat ratusan lagu rebana ini dan dikampung-kampung terdapat pelbagai versi lagu-lagu ini. Jika kita belajar dengan ramai guru maka terdapat pelbagai bentuk nada dan irama mengikut kefahaman guru tersebut. Terdapat pelbagai pukulan seperti Shafak Enam (Copak Nam), Hadrah, Kinchat dan dekun. Setiap lagu mempunyai rentak yang pukulan rebana yang lebih kurang sama cuma membezakannya pada irama lagu yang didendangkan.Pukulan yang amat berbeza adalah pukulan dekun dan kinchat. Lagu dekun ni kalau dengar macam lagu dikir barat, boria dan juga hindustan dan lebih rancak umpama kumpulan rock metal je. Memang kalau diikuti penuh perasan mau meloncat tuan rummah tengok rumahnya bergegar disebabkan keasyikan pemain rebana memainkan lagu dekun.

0 pesan memesan: