BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Aug 4, 2009

Demontrasi Seniman Jalanan

Aku boring tul la semenjak dua menjak ni. Semua menda nak buat x jadi, kepala naik ngopla jingga duk pk mcm2. Camana dengan projek reunion nnt? Projek kat Seri Iskandar jadi ke? Projek kat UiTM camana? har har har.....sewel kepala atas bawah.

Pastu tgk plak berita orang wat demo...bukan demo MLM tapi demo mansuhkan ISA. Ya, bukan Isa kawan aku tu yg memang hensem. Bukan juga En Isa Pegawai perut buncit....tidak sama sekali. ISA ni adalah satu akta tahan orang terutamanya waktu darurat dulu-dulu. Kiranya akta ni 'pendemo' nak mansuhkan le (GMI). Memang dia orang x puas hati dengan akta yang asyik tangkap orang tanpa bicara.

Betul ke apa GMI tu buat? Tak salah ke buat sesak tengah jalan tu? Tak kena langgar dengan lori ke? Tapi kita kan demokrasi jadi boleh le buat camtu. Tak kisah....biasaa. Masing-masing ada hak katanya. Aku pun rasa nak wat demo juga le. Demo tu tajuknya 'Jangan Ada Demontrasi Jalanan'. Boleh kut rasanya. Bukan sebab tak suka dengan orang yang wat demo tu. Aku tak tentang pun prisip dia orang. Lantak le korang nak wat camana pun. Cuma aku nak berdemontrasi juga. Supaya aku boleh gelar diri ni pejuang kalau x pun jet pejuang. Seronok juga kalau ramai2 wat demo tu. Korang x faham pun xpe boleh ikut janji demontrasi. Kalau korang x puas hati buat le demontrasi sendiri. Ajak kawan2 pergi demo. Jgn wat menda lain demo aje tau. Tajuknya'Jangan Jangan Ada Demontrasi Jalanan Lagi'.

Bior pakat ramai2 kita wat cam tu. Masing-masing dengan ideologi. Jadi xde sape2 nak marah. Tak puas hati kita demo. Tak kisah......biasa. Kenapa orang demo, x puas hati? Pakat ramai2 buat demo lagi. X puas hati lagi. Demo lagi....

Bior pening polis kat sini duk pikir pasal kita. Tak kisah....biasa. Tapi korang nak panggil dia orang apa pun x kisah. Aku panggil Pak Polisi le juga. Hormat juga le kat dia orang ni. Kalau ada pencuri kena report kat dia orang. Keduanya takut juga kalau kena tangkap. Aku jiwa halus. Bukan nak berjuang betul-betul. Saja nak demo je. Kena tangkap mau nangis sorang kat lokap. Kalau ramai2 tu aku berani le juga. Kena tunjuk hero nanti orang kata apa plak. Bior depan orang pejuang, kat depan polis....hehehe....kecuttt.

Pasukan FRU pun aku respect. Bukan 'Five Rockers Unions' Hattan punya group tu. FRU ni kiranya pegawai keselamatan juga. Respect sebab dia orang berani. Dulu2 kat konsert rock kalau sapa wat kecoh kena ligan dengan FRU ni. Pastu time bola kena renung dengan FRU telur dah masuk dalam. Dia orang ni memang berani, keras hati jangan wat memain. Memang keje dia orang setel down masalah. Kena ketuk mau bincut kepala. Kalau aku demo jgn le bawak cota ye. Benjol kepala. Korang sergah je aku lari le. Bukan takut tapi dia orang x takut kat aku.....warghhhh. Satu lagi kena respect sebab sepupu aku keje FRU. Walau x berapa kenal tapi sedara aku juga. Tak boleh kata lebih.

Jadi sesiapa nak wat demontrasi dengan aku bole le bagitau. Bayaran tiada. Yuran pun tiada. Makan dan minum sendiri tanggung. Tambang? Naik kereta sendiri. Tajuk demontrasi' Jangan Ada Demontrasi Jalanan Lagi' Kalu x sesuai kita ubah tajuk. Tak kisah....biasa. Aku minat filem 'Kembara Seniman Jalanan' pasni nak buat filem 'Demo Seniman Jalanan'...meletop!!!

Zaman reform 1998 dulu teringat aku lebih kurang kata Hishamudin Rais pasal demontrasi ni ' Selagi kita berada dalam kerangka demokrasi sebegini jangan dimimpi akan kemenangan. Hanya ada satu jalan iaitu dengan berlakunya reformasi besar-besaran antaranya demontrasi jalanan' Pastu dalam ramai2 orang dia yang kena tangkap dulu. Heran masa tu kenapa dia kena tangkap dulu pada hal dia hanya seorang pengarah filem cam Ahmad Nifsu. Hehehehe...herann...


0 pesan memesan: