BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 26, 2009

Aku dan Muzik Rock


Bermula awal tahun 80'an aku telah diperkenalkan dengan irama rock oleh abang Usop. Disitulah aku mula mengenal Loudness, Scorpions, Sweet Charity, DIO dan pelbagai generasi awal kumpulan rock. Belum ada lagi semasa itu group rock tempatan yang benar-benar popular. Ketika itu lagu blues sedang popular seperti Apo Nak Dikato - Blues Gang. Pakaian rasmi blues mesti baju belang, ada key warna merah (saputangan), kasut warrior, seluar lebor, rambut gondrong. Ketika itu aku tidak sangat mengikuti rentak dan fesyen blues masih lagi skema dengan baju sekolah.

Berpindah aku ke sekolah SMIS Parit (1984) dan disitu memang telah wujud geng yang meminati rock. Masih tebal lagi dengan lagu rock barat seperti KISS, Def Leffard, Rainbow,Black Sabbath. Maka kuat lagi pengaruh rock terhadap aku ditambah pula group tempatan mula mencipta nama seperti Search, Unwanted. Group Search adalah group yang mencipta fenomena irama rock negara. Dengan album 'Cinta Buatan Malaysia' telah membuka mata peminat rock tanahair tentang wujudnya group rock tempatan yang hebat.

First time aku lihat group Search kat TV dengan seluar jalur belang dan bersinglet. Perghh lawanya aku rasa macam tu. Jiwa muda mula mencari alternatif meluahkan kegilaan. Maka rock antara luahan jiwa muda mudi ketika itu. Bagai satu taufan melanda negara semua orang muda mula meminati rock. Bagai satu pakatan semua orang memakai seluar fitt, kasut Aliph merah, singlet dan rambut mula menjulur panjang.
Kedai bundle di Parit kena serbu sebab semua orang ingin mencari seluar jeans. Siapa yang tidak mengikuti fesyen sahih kena gelak dengan mat2 rock.

Konsert rock bercambah dimerata tempat. Berkumpulah anak-anak muda dengan rambut mengerbang. Masa itu aku masih bersekolah tapi bab rock ni tak mahu kalah. Sanggup lari dari asrama pasal nak tengok konsert Sweet Charity. Masa tu seluar punya le sempit sampai nak tanggal seluar nak pergi berak pun susah!!!. Susah pun susah le janji 'ROCK'.

Sempat juga aku tengok Battle of The Band, meriah sakan. Semua Mat Rock dari ceruk rantau Perak ni berkumpul kat Stadium Indera Mulia. Ella and The Boys, Lefthanded, SYJ dan group yang lain datang. 'Head bagging' le kat depan, angguk2 geleng2. Tapi paling best aku tengok konsert Rusty Blade kat Ipoh. Masa masih sekolah Form 6. Aku, Mior, Rohaidie, Li Kaloi, Awi dan Are bersemangat rock menghadirkan diri. Tapi paling best pergi solat dulu kat Masjid Negeri berimamkan Mior Zaidi. Masa Rusty Blade muncul kat atas stage memang Pak Imam kami menerpa dahulu menganggukkan kepala!!

Lepas sekolah usah cerita memang lagi banyak konsert yang aku jengah. Masa tu boleh dikatakan semua anak muda meminati rock. Ianya seumpama budaya dan menjadi prinsip anak muda. Antara kata-kata Sifu M. Nasir 'anak muda ketika ini merupakan golongan yang tidak mahu memikirkan masalah yang remeh temeh'. Golongan yang berpegang kepada prinsip peduli apa. Berani meluahkan pendapat dan perasaan. Siapa yang tak rock tu dah memang 'Mat Belia' satu gelaran yang memang mengerikan. Jika ingin melihat attitude anak muda filem 'Kembara Seniman Jalanan' merupakan menifestasi hidup ketika itu. Ini juga merupakan sebab nama blog aku ni Kembara Diri kununnya kesinambungan zaman rock dulu-dulu le....hahaha

3 pesan memesan:

Anonymous said...

sekali sekala layan cerita cam ni pon best gak... nostalgia...

pakngah said...

salam bro... rasanya kita lbh kurang je... bca post ko ni tringt cerita lama... jaket tak prnh tinggal... mdh2an ank2 aku x jd mcm aku

tiblakedah said...

Kembara ke alam kubu harus dipikio kan jua yope. Kita tak sehebat mana. Jenoh pikio kematian pasti menghampiri kita jua.Tak pecaya tanda ada sifat-sifat...