BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 23, 2009

Hanya Tinggal Kenangan




Aku terima email gambar terakhir aruah Zamri dari isterinya. Seolah-olah tiada perkataan dapat diucapkan, bait tulisan seolah tak termampu aku menulisnya. Hanya Alfatihah dapat ku kirimkan untuk sahabat yang dahulu pergi meninggalkan dunia ini. Beginilah rasanya bila kita kehilangan.....

5 pesan memesan:

Liza said...

Aku amat terharu melihat gambar terakhir sahabat kita zamri.. rasanya baru semalam kita meningalkan alam persekolahan.. biarpun aku hanya sementara di Form 6 SMIS tapi kehilangan sahabat2 sukar digambarkan.. Alfatihah untuk beliau

AT - Tomorrow Never Dies said...

Salam untuk semua rakan2 arwah Zamri di SMIS. Saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan & sokongan yang tlh diberikan semasa arwah sakit hingga beliau meninggalkan kita. HANYA ALLAH SAJA YG DAPT MEMBALAS SEGALA JASA BAIK TUAN/PUAN. Terima kasih juga kepada rakan2 yg sempat dtg menziarah arwah, maaf dipinta saya tak kenal tuan/puan. Saya kenal sebahgian sj itupun secara kebetulan masa arwah masuk wad di Hospital Manjung bulan Jun lalu. Walauapa pun saya bagi pihak arwah memohon ribuan kemaafan diatas segala salah & silap serta halalkan makan, minum dll sepanjang persahabatan tuan/puan bersama arwah. Saya jg mengharapkan doa rakan2 semua utk saya & anak2 meneruskan kehidupan ini tanpa arwah disisi. Dan tak lupa jg sama2 kita doakan agar roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan bersama golongan orang2yg beriman. Alfatihah.....
Sekiranya ada kelapangan@tersesat ke Seremban hubungilah saya, arwah memang dah tiada tp silaturrahim masih berkekalan...insyaAllah.

NJ said...

Aku juga begitu terasa kehilangan seorang sahabat. Selama 1 tahun bersama dirumah sewa Kg Baru dan cukup tahu peribadi aruah yang sememangnya menyenangkan. Kepada At tabah menghadapinya.....

tiblakedah said...

Baru cakap pasal kematian. Tua dan kematian tiada ubatnya melainkan taubat sebelum terlambat.

Mohar Z Abidin said...

Alfatihah dan takziah saya ucapkan bagi pihak ISKANDARIAN kepada ahli keluarga beliau. Semoga roh beliau dirahmati Allah. Drp Mohar, Naib Presiden/Pengerusi Biro Keahlian & Publisiti 2009-2011