BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 11, 2009

Rutin Harian

Hari Isnin selalunya hari yng paling memboringkan dan kelam kabut seolah-olah bermulanya hidup baru. Semalam Ahad, cuti minggu tergolek gelantang menyuburkan tahi mata dengan rehat yang sepuas-puasnya. Tak perlu memikirkan nak hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, nak bayar bil, seolah-olah semua urusan berhenti semalam. Tapi hari Isnin maka bermulalah rutin seharian yang berlaku sepanjang tahun. Pada yang kerja pejabat mulalah sibuk nak bersiap siaga pada diri dan anak-anak. Menjerit-jerit dipagi hari menggerakkan anak supaya mandi sebelum pergi sekolah. Sarapan belum lagi dibuat, anak menjerit-jerit berebut bilek air. Baju belum disterika lagi, bedak belum bersapu, perfume belum disembur.....ahhh macam-macam benda nak dibuat....tension ooooo.....
Aku.....disebabkan kerja sendiri ada sikit lapangnya, iatupun waktu nak masuk kerja lewat sedikit kalau tidak mesti terkejar-kejar juga. Selepas menghantar ank kesekolah sempat lgi minum bersama anak kecil aku kat kedai. Ada harapan anak aku ni turut jejak menjadi ahli mesyuarat tingkap....hahaha. Selesai membaca suratkhabar serta makan minum baru le mengantar anak ke KEMAS pada pukul 8.00 pagi. Selesai tugas sekali lagi boleh melepak-lepak kat mana pun sebelum pukul 9.30 pagi waktu masuk bertugas.
Begitulah rutin harian sepanjang masa melainkan waktu cuti sekolah. Ermmm....kadangkala difikirkan boring juga tapi bila melihat langkah kaki anak kesekolah dan waktu pulangnya mereka hilang segala kebosanan melalui rutin tersebut. Sehingga petang nanti menghantar semula mereka kesekolah agama dan mengambilnya. Bila malam tuision sedia menanti dengan pelbagai subjek dan kerja rumah yang mesti disiapkan sebelum pagi esoknya.
Difikirkan semula bagaimanalah anak-anak kita melalui zaman pembelajaran sekarang? Penuh dengan waktu belajar dari pagi hingga bawa ke malam, tiada erti rehat. Tiada masa untuk melastik burung, bermain layang-layang, guli, gelang getah apatah lagi mencari anak ikan disungai, parit atau ban. Bagaimana kita dahulu terus mencampakan beg sekolah apabila tiba di rumah tanpa memperdulikannya sehingga tiba waktu sekolah esoknya. Bila waktu petang berkejar-kejaran bermain mengikut musim permainan. Badan berkilat dan berbau hapak menahan panas terik matahari, kaki yang penuh dengan kehitaman selut dan limbah.
Aku lihat anak zaman sekarang tiada lagi zaman untuk bermain-main. Asal celik mata belajar, belajar, belajar sehinggalah tutup mata. Kiranya aku diletakan diwaktu ini untuk melaluinya mahu le pitam sehingga seminggu sebab selalu kena belajar. Arghh....mahu koma asyik tenguk buku dan cikgu, tiada langsung waktu bermain. Tapi nak buat macam mana sebab tuntutan zaman sememangnya begitu, tidak diikutkan akan ketinggalan. Maka disebutkanlah orang 'Si Luncai terun dengan labu-labunya' 'Biarkan, biarkan'. Fikirkanlah kita sekarang ini adakah kita menjadi Luncai atau labu-labunya??

0 pesan memesan: