BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 18, 2009

Misteri Nusantara 2


Setelah berbincang kata sepakat diambil untuk memanggl Wak Biran yang biasa dalam hal sebegini. Maka Laili pun terus menurut Wak kat rumah memandangkan telefonnya tidak diangkat apabila dihubungi tadi. Sementara menunggu Wak Biran datang sempat juga aku menjeling-jeling kearah budak dan kawan-kawannya yang dikatakan kena rasuk tu. Kadang-kadang dia menjerit mengatakan dia bosan. Suaranya juga agak nyaring boleh menyebabkan telinga bingit. Kawan-kawannya pula nampak macam kering darah disebabkan takut. Semua sekali mereka ada 8 orang dan hanya sorang saja yang berani merapati sisakit tadi.

Setelah pukul 12.30 malam baru Wak Biran datang bersama adiknya Harun. Masa tu aku berada kat luar je sebab rasa tak selesa kat dalam tu maklumlah semuanya perempuan. Aku tengok Wak menjampi serapah dan mendenguskan nafasnya sambil merenung tajam kedalam rumah. Katanya banyak makhluk halus berada sekitar kawasan disitu memandangkan diseberang jalan ada tanah perkuburan. Aku memang tak nampak pun mungkin tahap ilmu tak sampai lagi. Kalau nampak mahu putih tapak kaki aku lari sebab mesti muka makhluk tu tak secantik Maya Karin ataupun Siti Norhaliza. Setelah berjampi serapah Wak memasuki rumah terus menuju kearah budak tadi. Disiramnya dengan air zam-zam yang dibawa dari rumah dan terus dia membaca sesuatu. Tidak semena-mena budak itu meraung dengan lebih kuat serta meronta-ronta dan cuba menendang Wak. Maka hero-hero yang datang tadi disuruh memegang kaki, tangan dan belakang pesakit supaya tidak meronta. Aku cuma tengok saja bukan tak berani nak pegang tapi rasa lain. Nak dipegang itu perempuan, aku pula bukannya yakin sangat benda macam ni. Lain pulak aku pegang tak ke haru jadinya lebih baik tengok saja biarlah kawan lain yang ikhlas nak tolong. Setelah dipegang Wak membaca jampi serapah ditelinga pesakit kemudian menarik ibu jari kaki. Menjerit-jerit budak tadi dengan mengatakan bodoh pada Wak dan cuba menendang. Aku tenguk kelam kabut juga kawan-kawan yang memegang tadi seolah-olah budak itu ada kekuatan yang luarbiasa. Setelah berulang kali melakukan ritual tadi seterusnya Wak menyuruh 'makhluk' yang ada dalam tubuh badan pesakit keluar secara baik. Berkali-kali juga Wak menyuruh keluar tapi masih seperti tadi meronta-ronta dan menjerit-jerit.

Part kali ni memang aku nampak macam lawak aje. Setelah berhempas pulas berusaha tetapi masih seperti itu aku tengok Wak melakukan ritual yang agak luarbiasa yang tak pernah aku tengok. Tiba-tiba dia menggunakan telefon bimbit dia untuk telefon seseorang!!!. Dah pukul 1.00 pagi siapa pula yang ditelefonnya. Canggih juga bomoh sekarang ni ye kata hati aku dan dalam masa yang sama aku dah nak tergelak. Tapi kena kontrol nanti tak pasal-pasal Wak kena rasuk dan membelasah aku pula. Aku bersangka baik mungkin Wak sedang telefon Tok Guru atau seseorang yang lagi terer untuk ambil nasihat. Disebabkan perbualan itu dalam versi bahasa Jawa maka tidak dapat diterjemahkan oleh aku. Setelah berbincang dalam telefon itu Wak mencuba kaedah yang sama tapi mungkin dengan ayat yang lebih power. Dua tiga kali juga dari peha hingga ke ibu jari budak tadi ditarik untuk mengeluarkan 'makhluk' yang degil tu. Itu le sebab aku tak jadi bomoh sebab kalau bab macam ini takut terlajak mengurut...hehehe.

Nampak gayanya kali ini cara yang dilakukan agak berjaya kerana aku lihat budak tu macam letih dan tidak bermaya. Berkali-kali Wak memberi salam dan akhirnya salam dijawab. Alhamdulillah semua selesai kata Wak menandakan makhluk tu dah keluar dari tubuh badan budak tadi. Pesakit tadi nampak sdah normal tetapi agak keletihan juga dan ditenangkan oleh kawan-kawanya yang sudah berani merapatinya.

Jam 2.00 pagi barulah selesai dan kami beransur pulang apabila melihat terkeadaan sudah terkawal. Aku pun kena balik juga nanti ada makhluk yang boleh mengamuk dan bertukar hjau kat rumah sebab balik lambat. Durian pun dah dibeli maka baliklah pagi tu tapi benak aku penuh dengan pertanyaaan. Mengapa hanya budak perempuan saja kena rasuk macam tu?. Mengapa hanya budak Melayu saja kena sakat oleh hantu?. Betul ke budak tu kena rasuk atau dia dalam keadaan stress disebabkan kerja yang banyak? Mengapa aku tak rasa seram sangat padahal itu kawasan perumahan aku? Banyak sangat persoalan yang timbul dan paling pening adakah orang Melayu kita ni paling koman sebab selalu terkejut dan meracau-racau padahal bangsa lain jarang benar cerita macam ni.

Entahlah aku sendiri tiada jawapan pada pagi tu sehingga kini. Biarlah ianya menjadi misteri nusantara kat aku tapi yang paling penting durian tu aku makan dengan anak lelaki pada pukul 2.30 pagi!!!!

0 pesan memesan: