BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 25, 2009

Walimatul Urus

Semalam ada kenduri kawin kat tempat aku dan sungguh meriah majlis tersebut. Aku pun join tapi bukan sebagai 'Pengantin' tapi salah seorang anggota masyarakat yang bergotong royong. Disebabkan kawasan taman perumahan di sini baru diduduki maka purata umur penduduknya boleh dikatakan muda belia juga le.
Bukan aku nak cerita tentang majlis perkahwinan tu nanti aku pulak teringin nak kahwin. Tapi aku cuma senyum sumbing dengan gelagat tuan rumah yang juga kenalan aku ini. Mungkin apa yang dilakukan adalah sesuatu yang selalu dilakukan oleh diri dan masyarakat kita dan ianya tidak langsung menampakkan kesalahan. Seminggu dua sebelum kenduri aku lihat dirinya kerap juga ke surau taman ini padahal selama ini memang jarang kelihatan simamat ni. Kata kawan aku 'Ermmm....baikkkk....baik ada makna tu'. Aku tak kisah dan menyambut baik kedatangan individu yang berbuat baik. Lagipun diakui aku pun bukannya baik sangat sehingga boleh menilai tahap keimanan seseorang.
Tapi perlakuan yang boleh menyirapkan darah aku ni adalah mengapa bila ada kepentingan baru kita berlagak alim. Pada hal selama ini bila ditanya ayat yang selalu keluar adalah sibuk memanjang bagai tak cukup masa untuk berjemaah. Ditakdirkan Allah S.W.T bagi sampai 34 jam sehari baru tahu padan muka tu. Mengapa bila kita memerlukan khidmat masyarakat kita menggunakan agama atas kepentingan diri sendiri. Mulalah kerap berjemaah dan menghadiri kenduri kendara orang lain padahal selama ini terbukti teramatlah jarang menghadirinya. Masyarakat memerhati perkara ini dan tak kisah pun perlakuan seperti itu. Kenduri tetap kita tolong walau camana peragai sebab dah jadi kewajipan.
Buatlah seperti biasa dan jangan keterlaluan menunjuk-nunjuk kebaikan kita itu sebab ianya menjolok mata. Jika kita tak mampu rasanya berjemaah contohnya tidak perlulah bersusah payah datang ke surau sebab takut orang tak datang kenduri. Ini tiap kali waktu solat muka dialah yang paling awal. Itu kira bagus jika diteruskan dan kita besangka baik dirinya berubah. Tapi paling hampehhhh lepas kenduri secara perlahan-lahan menghilangkan diri dan akan kita berjumpa bila kenduri akan diadakan lagi.
Jika tidak dapat hadir ke surau apa kita boleh cakap kerana setiap manusia ada masalah tersendiri. Begitu juga dengan hal lain berkenaan masalah masyarakat jika tidak dapat mencampurinya biarlah. Janganlah berpura-pura dan seolah-olah sanggup menjual agama untuk diri sendiri.
Tapi jika orang tak datang rumah kita sebab tak campur masyarakat, tidak pernah jenguk ke surau atau masjid, tidak pernah menziarahi orang meninggal, kenduri kahwin tak pernah jengah.... sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!!!!

0 pesan memesan: