BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jun 12, 2009

Ada Can Kawin Dua......Lalalalalala

Untuk di kongsi bersama teman2 8C
SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

dari Dr Fadzilah Kamsah

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar
terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar
lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata
"Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu
langsung tidak malu.
Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas
pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat
malu)seperti keluarkan
kata2 yg tidak baik pada mertua...
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.
Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis,
selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah
wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta
tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah b aru nak bersolek
dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak
nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah
tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu
hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan
mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami
lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. .. sikit2 dok telefon suami kat
tempat kerja. Suami b aru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami
balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu
mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.
Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje.
Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.
Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah
masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia
melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada

masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan
membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah
yang lemah akhlaknya. Berpelajaran
tinggi belum tentu tinggi akhlaknya.
Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga
kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu
ciri2 8C tu.
wasallam ...

0 pesan memesan: