BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jun 16, 2009

Senangkah Kita?

Aziz berkerja sebagai sorang broker tanah kiranya jadi cam ular air le. Jika ada orang nak menjual tanah maka dengan lajunya dia menawarkan diri untuk menjadi org tengah. Maklumlah kerja guna air liur je memang le lumayan. Kalau menjadi mau setahun boleh berlingkar cam ular sawa tertelan kerbau.

Pada satu hari dia terdengar cerita orang Pak Kordi nak menjual tanah seluas 40 ekar. Wow lumayan tu kalau kira pakai jari tentu x cukup le nak bilang. Meleleh air liur ngalahkan baru bangun pagi mengenangkan duit yang amatle banyak tu. Tanpa rasa ragu-ragu dia terus mencari Pak Kordi dengan hasratnya itu. Sampai kat rumah orang tua tu hanya yang tinggal isterinya sahaja. Dikhabarkan Pak Kordi telah pergi ke kebun awal pagi lagi. Meluru laju Aziz pergi ke sana kerana ingin menjalankan tugasannya itu. Tiba disana dia lihat Pak Kordi sedang bertenang bawah pokok betik sambil mengorek telinga, syahdu sungguh rupanya sampai terpejam-pejam mata. Apalagi terus dia berjumpa Pak Kordi sambil memberi salam yang teramat le merdunya. Tersengih orang tua tu mengenangkan betapa tingginya ilmu bodek Aziz dan terlebih santunnya itu.
Tanpa membuang masa terus Aziz bertanya tentang berita bahawa Pak Kordi nak mejual tanah sebanyak 40 ekar. Maka berlakunya dialog ini....
"Betul ke pakcik nak jual tanah ni pakcik?"
"Mana ko dapat citer ni.....ishhh xde adalah"
"Orangramai dah citer pakcik. Camnilah pakcik, kalau x jual semua jual separuh pun ok pakcik. Saya ada orang nak beli tanah ni dengan harga yang tinggi....kayo pakcik nanti".
"Ye ke?"
"Kalu duit dah banyak macam2 bole buat. Beli kereta, rumah, melancung dan mcm2 le lagi boleh buat. Kalau nasib baik dapat kawin lagi satu....hahahahaha....hehehe!!! Tentu SENANG pakcik nanti"
"Ye ke???"
"Ye le pakcik tentu senang, bahagia serta gumbira"
"Ermmmm......ko nampak tak pakcik buat apa tadi?"
"Nampak, sedang lepak bawah pokok betik sambil korek telinga"
"Ko tau aku cukup SENANG dah masa ni. Abis tu wat apa aku jual tanah cari duit sebab nak cari senang dan bahagia! Cuba ko fikir balik, akai ada kaaa?????"
"Ye x ye jua.....arggggghhh aku juga x senang"

Moral citer ni...korang fikirle dan tanya diri SENANG DAN BAHAGIAKAH kita sekarang??


0 pesan memesan: