BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jun 19, 2009

Kisah Sahabat Kita -Zamri

Zam paling kiri
Baru terima telefon dari Arif, memberi khabar tentang Zam. Apa khabar Zam? Semoga ko sihat.Banyak memori dengan ko ari tu maklumlah kita dahulu satu rumah sewa. Paling aku x lupa masa kita pergi ke Pulau Pangkor zaman sekolah dulu. Kengkawan lain sibuk nak balik kampung pasal cuti pertengahan tahun tapi kita sibuk nak berpiknik. Rancangannya naik beskal....gilo apa dari Parit ke Pangkor naik beskal, sapa le punya idea ni??. Man Terewong, Die, Mat Dayak sapa ke lagi...lupa lak aku maklumlah prosesor dah lama Pentium 3, RAM pun dah tinggal 512MB je ni (spec komputer nih). Berapa kilometer pun aku xtau mungkin dalam 50 km kut. Lenguh semua sendi, nak tercabut lutut le juga. Tapi zaman tengah muda apa le kisah sangat menda camtu, tapi kalu skrg upah RM500.00 pun aku x sanggup, mau le kaki, tangan tercabut nak sampai ke Parit tu.
Akhirnya sampai le juga kita ke Pangkor, masa tu apa ada sangat kat sana hutan je banyak. Agak2 rimau pun ada kut? Maka dengan rasa bangga kita landing kat Pasir Bongak nun kat hujung sana nakan privacy xnak org kacau. Memang kat ctu xde org camping, geng yang sawan ni je yang berani. Dah siap semua khemah dan bersantai2 menayangkan bodi yang sekeping ni atas pantai. Kalu kat pantai tu cuma Die aje yang real kalu berjemur, silap2 orang kata dugong..hahaha. Dah agak lama kat situ ada org lalu dan citer nape kita berani camping kat ctu sbb belakang khemah kita ada kubur orang India. Hah!! .....sudah,punggah. Tapi ko Zam mmg tak makan saman, ada ka patut kat kubur tu gi nyanyi lagu "Andai Aku Pergi Dulu" dendangan Alleycats. Siut betul, orang patut takut tapi ko menakutkan member2 ada le. Tau le sore ko tu sedap tapi tempat ko nyanyi tu......ishhh. Aku ingat lagi malam tu ribut melanda kat pantai. Beselerak lari ke sekolah sbb ribut kuat sangat sampai nak tercabut khemah. Kena sumpah seranah le ko mlm tu sbb ngatakan mulut ko yang terlebih ramah tamah siang tadi..hehehe. Nyanyi lagi.
Baru tadi Arif bagi tau keadaan ko. Aku harap ko usaha le sembuhkan penyakit ko tu. Setiap penyakit ada ubatnya, usaha le kita dan bertawakallah. Ada sesiapa member nak melawat, Zam skrg ada kat Negeri 9 kat Paroi. Alamat dia No 146 Jalan Markosa 5 Taman Markosa 5, Paroi so sesiapa yang ingin sila le lawat dia.Kalu nak ke sana keluar ikut tol Senawang dan terus sampai simpang 3. Hala ke kanan gi Kuala Pilah, ke kiri ke Paroi so terus aje le sampai le rumah Zam, kalu x jumpa tanya org le beb takan tu pun x reti. Tak pun terus gi tanya pak polisi...huhuhuu.
Bagi aku ko antara kawan yang penting pada hidup ini. Kawan2 inilah antara yang mencorakkan hidup kita ni, sebagaimana kita arini adalah berdasarkan apa yang kita buat dahulu. So aku bersyukur dapat kawan cam ko Zam (jgn lupa belanja aku, bodek nih). Ko hensem, tinggi, baik, atlit plak tu apa ke lagi, hah ko berani ngorat cikgu lawa tu. Sampai cikgu tu lari bila lalu depan kelas kita, ikut belakang le dia kalu nak ngajar kelas sebelah. Cis ko berani ko usik cikgu, aku pun x berani tapi takat budak tengkuk lembek tu aku berani le.....lalalalala.

0 pesan memesan: