BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jun 8, 2009

Bermulanya Perjalanan Ini

Ermm......Reunion yang aku cuba usahakan ini bermula dari detik pengetahuan aku bahawa Zamri dalam keadaan sakit. So, waktu itu Rohaide bagitahu dia nak melawat Zam maka aku diajaknya. Fikirkan dah lama tak jumpa sahabat dan tgk keadaanya jadi aku setuju nak pergi ziarah. Pada 6hb Jun 2009 Rohaidie dtg ke rumah aku di Seb Perak bersama familynya. Bila dah jumpa geng lama faham aje le gelak tu lebih dari cerita. Petang hari tu kami pun pergi ke rumah adik ipar Zam bersama family masing-masing. Disana plak jumpa Ode (Khadijah- balu Awi Dicu) dengan Rosnah apa le lagi bersembang tu ngalahkan jumpa org yang sihat...soryy le Zam (tapi ko pun sama je cam org sihat...hahaha).
Balik tu apalagi aku menghabiskan kredit hp untuk contact kenkawan( sapa nak bayar ni???). Mana ada no semua aku contact kalau yang xde tu bagitau boleh le dihubungi atau kalau lebih baik hubungi le aku plak. Jimat juga bil aku....wakakaka. Maka keluarlah nama-nama lama seperti Jun Munah, Meor Cawi, Sherry, Dee (Sadiah), AK, Li Kaloi dan ramai le lagi. Punya best sebab dapat berhubung semula dengan member lama maka ramai yang setuju diadakan perjumpaan ni.
Maka terjadi rancangan nak wat reunion ni pada tahun ini juga maybe masa Hari Raya Puasa.
Rasanya dah terlalu lama tak jumpa kenkawan, hampir 21 tahun lamanya kalau sukat pakai janggut mau dah sampai kaki. Punya le lama... Ermm....camana le pulak kaum kita dahulu ye susah aku nak bayangkan kalau dah ada anak sampai 10 tentu dah kembang semua dah x cam dulu kiut miut. Oh Tidak!!! Apapun kena le jumpa baru tau ada rupa dulu tak?
So Adios kita jumpa nanti...
09/06/2009 - 1.00 pm

0 pesan memesan: